Rabu, 21 Julai 2010

KULIAH DI PROTON CITY :AGRESIFKAH MPP TERHADAP KEBAJIKAN PELAJAR UPSI?

1. Saya merujuk satu artikel yang saya tulis dalam blog saya bertajuk “KULIAH DI PROTON CITY : PENAMBAHBAIKAN ATAU PERPINDAHAN PENDERITAAN” pada Khamis, 01 April 2010 yang lalu.

2. Kini sudah masuk dua minggu ke dua pengajian bagi sesi kali ini. Saya sejujurnya berasa puas hati dengan suasana persekitaran serta kemudahan pembelajaran bilik-bilik kuliah di Proton City.

3. Saya juga pernah menyuarakan hasrat dan keinginan kepada rakan-rakan sekuliah agar dapat melihat UPSI memiliki suasana persekitaran pembelajaran yang selesa seperti yang berada di Proton City.

4. Dalam tulisan saya pada April lalu berkaitan kuliah di Proton City, saya ada mengupas akan cabaran-cabaran yang dihadapi dan juga ada menyarankan penyelesaian kepada kemungkinan permasalahan yang timbul.

5. Salah satu yang menarik perhatian saya dalam perbincangan akan cabaran berkenaan ialah masalah pengangkutan. Melihat perkembangan dan mutu perkhidmatan bas setelah masuk minggu ke dua penkuliahan, ternyata apa yang saya jangkakan April lalu menjadi kenyataan.

6. Saya berpendapat, mutu perkhidmatan pengangkutan semakin merosot terutamanya bagi laluan-laluan kritikal semasa waktu puncak seperti di laluan KUO/KHAR - PINTU TIMUR, KAB/KZ – PROTON CITY dan KAB/KZ - PROTON CITY.

7. Saya kira perkara ini tidak patut berlaku disaat setelah segala perbincangan dan semua sumbangsaran oleh wakil pelajar dalam MPP telah disuarakan.

8. Rakan saya yang duduk di kerusi MPP memberitahu bahawa semua perkara yang saya utarakan dalam tulisan saya 3 bulan lalu sudah pun diperhalusi dan diambil tindakan susulan.

9. Namun setelah masuk minggu ke dua, hasilnya kurang memuaskan sehinggakan mula menimbulkan semakin banyak keluhan, rintihan dan tomahan yang kurang menyenangkan.

10. Melihat keadaan ini yang makin hari makin membengkak, saya sarankan sekali lagi kepada mereka yang terlibat dalam membuat keputusan tidak kira diperingkat manapun, kaji dan teliti semula keputusan lepas yang menyusahkan.

11. Pimpinan pelajar (MPP) anda patut melihat senario ini sebagai satu isu sensitif pelajar. TINDAKAN BERIMPAK MAKSIMA DIPERLUKAN bagi mendesak pihak-pihak tertentu agar melakukan sesuatu sesegera mungkin bagi mengatasi masalah ini.

12. Kepada MPP, desakan diperlukan bagi menambah bilangan bas secepat mungkin. Saranan dan perbincangan secara diplomasi sudahpun dibuat, tetapi hasilnya tetap juga mendukacitakan, justeru saya juga mencadangkan agar satu memorandum perlu sebagai menunjukkan keagresifan terhadap isu kebajikan pelajar. Dalam memorandum tersebut, perlu diberikan suatu tempoh masa kepada pihak tertentu untuk menyelasaikan masalah berkenaan dan jika gagal MPP boleh menganjurkan rapat umum dan memboikot kuliah sehingga ada jalan penyelesaian konkrit.

13.MPP tidak perlu takut kerana jika benar anda komited memperjuankan kebajikan pelajar, seluruh pelajar UPSI pasti akan menyokong apa juga tindakan yang membawa kebaikan kepada usaha perjuangan isu-isu kebajikan pelajar.


“MAHASISWA PELOPOR"

“JIHAD FOR EXCELLENCE”

MANIFESTO JAMINAN POSTING AUTA ATAU KOTA

1. Saya tertarik dengan perkembangan terkini berkaitan posting pelajar UPSI baru-baru ini.

2. Mengikut satu perkembangan, dilaporkan lebih 600 orang pelajar UPSI yang tidak berjaya dalam temuduga posting bagi sesi lepas oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Perkembangan ini memang ada impak negatif pada imej UPSI dan seluruh dasar serta anggota pentadbirannya.

3. Lantaran itu, saya suka merujuk tentang pilihanraya kampus yang berlangsung pada sesi lepas. Saya ada terdengar akan satu manifesto oleh calon yang bertanding yang telahpun berjaya dalam pemilihan berkenaan serta menjawat jawatan penting dalam Majlis Perwakilan Pelajaran UPSI.

4. Tatkala mendengar berita itu, Saya teringat akan antara manifesto calon terbabit iaitu “JAMINAN POSTING KEPADA SEMUA PELAJAR UPSI”. Saya menaruh harapan dengan kapasiti yang dipikul oleh calon berkenaan, pasti akan menjanjikan sesuatu yang positif terhadap isu ini.

5. Saya yakin perkembangan ini merupakan satu tamparan hebat yang mencabar ditangani kepada mereka yang pernah memberi jaminan posting kepada semua UPSI. Inilah masanya mereka patut menunjukkan kebolehan sama ada janji boleh dikotakan.

6. Saya kira bukan sahaja isu ini penting diambil kira oleh MPP, tetapi juga oleh semua mahasiswa dan mahasiswi UPSI.

7. Berikut adalah butiran terkini berkaitan yang merupakan punca kegagalan posting yang lepas untuk kita renungkan bersama bagi mempersiapkan diri pada hari temuduga berkenaan dan tidak perlu yakin sangat akan mana-mana jani manis dalam mana-mana Piliharaya Kampus sekali pun.

8. Kepada rakan-rakan saya yang duduk dalam MPP, anda tonggak perjuangan kepentingan pelajar UPSI. Lakukan sesuatu supaya kedaan ini tidak akan berlaku lagi. Jika kedaan ini tetap berlaku pada masa hadapan, ternyata ada benarnya juga manifesto berkenaan auta. Buktikan salah tanggapan sesetengah pelajar UPSI bahawa manifesto itu auta.

“JIHAD FOR EXCELLENCE”