Khamis, 1 April 2010

KULIAH DI PROTON CITY : PENAMBAHBAIKAN ATAU PERPINDAHAN PENDERITAAN

1. Sepanjang semester ini tersebar luas berita tentang perpindahan tempat kuliah ke Proton City. Ramai memperkatakan Bilik-Bilik Kuliah Taman Universiti akan di tutup.

2. Alasan perpindahan tersebut pun turut banyak cerita yang timbul. Ada yang bercakap bahawa kontrak telah pun tamat dan ada juga yang mendakwa sewa di Taman Universiti adalah mahal berbanding di Proton City. Khabar angin tentang perpindahan itu terus berlanjutan sehinggalah ke minggu 13 pengkuliahan.

3.
29 Mac 2010, pukul 12.36PM saya ada melawat portal UPSI. Berita terkini tentang Jadual Pendaftaran & Pra-Pendaftaran Kursus Ijazah Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2010/2011 telah mula diambil perhatain oleh pelajar yang berkaitan.

4. Dengan paparan berita itu, maka terjawablah sudah segala spekulasi tentang perpindahan tersebut. Pelbagai reaksi timbul, rata-rata pelajar yang saya temui mengeluh akan hal ini. Terutamanya mereka yang menduduki KUO dan KHAR. Bagi pelajar yang mendiami KAB dan KZ, sudah pasti ini menjadi satu berita baik dan dialu-alukan setelah penderitaan yang mereka alami selama ini.

5. Saya secara peribadi tiada masalah dengan perubahan ini. Namun apa yang menarik perhatin saya ialah ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak bertanggungjawab. Tujuan saya tidak lain ialah untuk melihat agar tidak terjadi situasi “Perpindahan Penderitaan” (Transfer of Suffering) pelajar KAB dan KZ kepada pelajar KUO dan KHAR. Bagi pelajar UKLK lagilah ada cabaran tersendiri.

6.
Saya yakin pihak pentadbiran Univerisiti sudah pasti mempunyai alasan tersendiri atas keputusan terbabit. Selepas beberapa hari paparan keputusan perpindahan tersebut, semakin hangat perbincangan mengenainya, pelbagai pandangan timbul, yang nyata pelajar bercakap negatif lebih dari positif.

7. Keadaan ini tidak sesuai dalam masyarakat kampus yang harmoni. Saya terpanggil untuk memelihara hubungan baik dan menggalakkan tangapan positif serta membina keyakinan pelajar terhadap barisan pentadbian Universiti. Bagi saya pelajar berhak mengetahui hal yang sebenarnya.

8. Keputusan ini berdepan dengan cabaran yang dihadapi oleh semua pihak yang terlibat sama ada diperingkat pelajar mahupun pentadbitan Universiti yang membuat keputusan. Hal pengangkutan sudah semestinya paling mendasar dalam perubahan ini. Perkhidmatan bas untuk ke kuliah menuntut ketertiban dan lebih sistematik supaya keputusan ini tidak menimbulkan kerungsingan pelajar pada semester depan.

9. Penambahan bas dalam kadar berpatutan sesuai dengan permintaan dan keperluan pelajar di KHAR dan KUO yang mencecah ribuan orang berulang alik ke dewan kuliah setiap hari patut sudah difikirkan penyelesaiannya.

10. Cabaran pengurusan masa sudah pasti tidak ketinggalan dalam perubahan ini. Bagi mereka yang memiliki kenderaan sendiri, memang mudah mereka untuk bergerak sesuai dengan kemudahan yang mereka miliki. Tetapi bagaimana pula halnya bagi pelajar yang bergantung penuh dengan pengangkutan bas sedia ada? Saya kira harus apa juga keputusan yang dibuat perlu berorentasikan kebajikan semua pelajar.

11. Waktu puncak terutamanya disebelah pagi, tengahari dan petang amat jelas kesesakannya. Gambaran yang kita perolehi sekarang ialah usahkan bicara tentang kualiti, sedangkan kapasiti pun belum cukup memadai sesuai dengan laungan yang dibangga-banggakan kemudahan kelas pertama.

12. Jika kita mengandaikan semua pelajar yang ada kuliah pada waktu puncak bersiap seawal dua atau tiga jam untuk ke kuliah, belum tentu dapat mengangkut semua pelajar terbabit tepat pada masanya kecuali disokong dengan pertambahan pengangkutan bas yang luar biasa. Ini kerana faktor masa perjalanan yang diambil, tambahan pula kapasti bas sedia ada belum cukup efesian untuk mendepani perubahan ini pada semester hadapan. Kesannya hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati pelajar

13. Bersangkutan hal ini, sudah pasti sesi pengkuliahan tidak akan pernah berjalan seperti yang sepatutnya, terutamanya kuliah seawal 8.00 pagi. Diburukkan lagi dengan masalah peralatan bantu mengajar di dewan-dewan kuliah, kelewatan setengah jam atau mungkin lebih menjadi satu kebiasaan yang semangnya sudah menjadi hal biasa di UPSI. Keputusan berpindah ke Proton City ini patut dapat membina budaya tepati masa agar kebiasaan lewat kuliah dapat dibendung.

14. Menyentuh hal kos pula, Saya tidak tahu sama ada perpindahan tersebut lebih kompetetif dan menjimatkan ataupun sebaliknya. Dalam hal ini saya juga tidak pasti sama ada pihak mana yang lebih mendapat faedahnya dari segi kos, sama ada pelajar mahupun mahupun pihak Universiti.

15. Ramai sahabat saya yang memiliki kenderaan sendiri mendakwa kos pengangkutan akan bertambah hampir dua kali ganda kerana jarak perjalanan yang lebih panjang. Saya harap hal ini telah pun dikaji seteliti mungkin agar tidak membebankan kumpulan pelajar yang memiliki kenderaan sendiri. Saya fahami hakikat bahawa tidak mungkin dapat memuaskan hati semua pihak, namun saya berpendapat di Universiti ini perlu pembudayaan “Situasi Menang-Menang” di semua peringkat pengurusan. Tiada guna jika satu pihak sahaja yang mendapat manfaat sedangkan ada pihak yang lain rasa teraniaya.

16. Justeru saya mencadangkan kepada pimpinan pelajar kususnya MPP, perlu mendesak agar diadakan satu siri penerangan khusus untuk menjelaskan hal ini kepada seluruh pelajar agar tiada sangkaan buruk pelajar kepada mana-mana pihak. Siri penerangan ini pula perlulah dilakukan bersungguh-sunguh, agresif dan konsisten serta tidak mengambil sikap sekadar “Melepaskan Batuk Di Tangga”.

17. Siri penerangan ini patut diselenggara secepat mungkin yang mana perlu dokongan oleh pihak pentadbiran Universiti sendiri. Dalam siri perangan tersebut pelajar diharap dapat berinteraksi terus mengikut saluran yang ada tanpa perlu merekayasa, membuat andaian sendiri serta dapat bersumbangsih bagi mengelakkan fitah dan pelbagai bentuk tindakan dan tanggapan negatif lain di belakang tabir.

18. Persepsi pertama saya tentang keadaan dewan kuliah baru di Proton City secara jujurnya positif. Saya beranggapan ianya satu keputusan bermanafaat dalam usaha memberi lebih keselesaan dan membina semasa proses P&P. Dengan mengambil kira tahap profesionalisma pihak pembuat keputusan, saya juga berpendapat cabaran yang telah saya sebutkan siap siaga dikenalpasti penyelesaiannya.

19. Semua sedia maklum akan keluhan pelajar-pelajar terutamanya di KAB dan KZ terhadap kesulitan yang mereka alami. Menerusi perubahan baru ini, saya berharap ianya akan menjanjikan penambahbaikan perkhidmatan.

20. Jangan kerana “DASAR PENJIMATAN MAKSIMUM” yang semakin jelas diamalkan oleh pentadibran Universiti kini, hal kebajikan pelajar terabai dan terpaksa pula berkorban menerima sengsaranya. Kepada mereka yang bertanggungjawab, JANGAN BIARKAN ANDAIAN SAYA INI MELESET.

21.
Sekali lagi saya ingatkan pentadbiran yang baik tidak akan sekali-kali membenarkan terjadi situasi “Transfer of Suffering” kepada mana-mana pihak. Saranan kepada MPP, inilah salah satu kesempatan untuk perjuangkan kebajikan pelajar sesuai dengan Visi yang dicanangkan.

“MAHASISWA PELOPOR KEHARMONIAN KAMPUS”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan