Selasa, 2 Februari 2010

PRAKTIK ATAU TEORITIS

1. 01 FEBRUARI 2010. Masa terus berlalu tanpa menghiraukan sesiapa, satu sifat masa yang unik ialah “KONSISTEN TANPA SIMPATI”. Mana pernah masa berlalu tanpa mengambil kira sensitiviti serta perasaan seluruh makhluk. Masa berdetik dan terus berdetik.

2. Saya semalam ada di kunjungi oleh sahabat saya yang layak duduk dalam Saff Kepimpinan MPP kali ini. Dia memang sorang yang mempunyai bakat pimpinan baik dan berpotensi tinggi dikembangkan.

3. Satu sikap yang saya lihat pada dirinya ialah gemar meminta pandangan. Saya tidak tahulah pula jika itu dah memang menjadi amalan dia, namun konten yang ingin saya sampaikan ialah sikap suka meninjau pandangan orang lain ini memang baik untuk menjadi amalan oleh semua orang.

4. Perlu saya garis bawahi, saya menerima hakikat bahawa karekter setiap individu memang berbeza, tapi dalam konteks pemimpin inilah satu sikap yang perlu ada dan harus menjadi nilai-nilai positif yang dipraktiskan dalam apa jua profesi.

5. Sahabat saya ini cuba mencungkil apa sebenarnya dalam pemikiran saya yang boleh dia ambil pengajaran terhadap pemantapan MPP kali ini. Dalam perbualan kami, saya tidak pernah prejudis dan saya cenderung mengambil sikap terbuka. Beliau bertanya akan gagasan dan usaha saya andai saya berada di barisan MPP.

6. Saya tidak tahulah sebab dia bertanya hal sedemikian pada saya. Pada saya, mungkin saya adalah antara calon yang pernah turut serta dalam PRK kali ini, maka sahabat saya ini merasa berkewajipan mengunjungi saya dan mengemukakan soalan sedemikian.

7. Saya terus terang suka jika ada orang yang cuba menyelamai gagasan pemikiran saya. Saya sempat mengemukakan beberapa cara diperingkat awal untuk menyatupadukan BLOK TERPISAH dalam barisan MPP kali ini. Di sini saya tegaskan saya sedang tidak cuba mempengaruhi mana-mana pihak, pada saya semua pelajar UPSI bukan musuh tapi sahabat.

8. Saya juga ditanyakan bagaimana saya mengendalikan MPP jika saya memegang portfolio YDP MPP. Saya justeru tersenyum apabila ditanyakan soalan ini. Sambil saya menjawab, saya sempat berfikir dalam hati antara TEORITIS dan PRAKTIK, saya lebihkan PRAKTIK.

9. Saya dah pun mengemukakan pandangan diperinkat awal kepada sahabat yang juga salah seorang ahli majlis, biar dia cernakan dan fikir apa yang patut. Saya harap sikap hati kecil saya lebihkan PRAKTIK dari TEORITIS dapat menjadi peringatan kepada para pimpinan MPP yang membaca coretan saya ini .

10. Semangat PELOPOR harus mengambil sikap BERPENDIRIAN GENTLEMAN. Jika anda benar pasti sokong menyebelahi anda dan jika pula ternyata salah terima pandangan baiki kelemahan.

11. Kepada seluruh Mahasiswa UPSI, berikan sahabat-sahabat kita yang membentuk Jemaah MPP sedikit kepercayaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Peringatan kepada semua.............“APA YANG PENTING? KERJASAMA.....”

1 ulasan: