Khamis, 4 Februari 2010

KES LIWAT DATO' SERI ANUAR IBRAHIM : SUATU PENGAJARAN KEPADA PARA KHALIFAH

1. 4 Feb 2010. Pagi tadi sebelum ke kuliah, sempat saya membuka beberapa akhbar online. Antara perkara yang menjadi fokus tarikan pembaca sudah pasti berkaitan isu LIWAT Dato' Seri Anuar Ibrahim.

2. Saya tidak mahu mengulas panjang soal ini, semua pun sedia maklum akan perjalanan kes tersebut. Pihak akhbar pun memang dah menjadi tugas mereka melaporkan dari semasa ke semasa akan hal ini.

3. Saya membaca beberapa akhbar utama dan membuat perbandingan antara laporan yang ditulis oleh akhbar-akhbar alternatif. Tengah saya asyik membaca, saya sedih dan berfikir.

4. Saya tidak mengetahui kisah dan tahap kebolehpercayaan isu sebenar berkaitan kes tersebut, namun pada saya ialah kejadian seperti ini harus menjadi iktibar pada diri saya dan seluruh umat manusia yang sememangnya memegang tampuk kekuasaan khalifah di muka bumi ini.

5. Soal benar dan salahnya hanya mereka yang bersangkutan sahaja tahu. Kepada pihak pemutus keadilan laksanakan keadilan dengan seadil-adilnya. Nasihat saya kepada wartawan-wartawan yang membuat liputan sila memberi maklumat yang benar dan boleh dipertanggunjawabkan, ingat laporan yang anda tulis akan pasti merencana pemikiran dan keharmonian masyarakat Malaysia.

6. Semua mengakui bahawa kes ini pasti mempunyai signifikan yang serius kepada landskap politik negara. Justeru kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dengan kes ini, anda harus mengambil sikap rasional dan memikirkan keharmonian negara.

7. Kepada rakyat Malaysia, kes seumpama ini sudah pasti akan mematangkan paradigma dan mentaliti terutamanya dalam mencerna maklumat yang diperoleh dengan setepat tepatnya. Jadilah warga Malaysia yang BERJIWA NASIONAL BUKANNYA EMOSIONAL.

Inilah cabaran kepada masyarakat Malaysia, Inilah ruang untuk kita membuktikan perpaduan yang menjadi teras kehidupan aman dan damai yang menjadi kunci kejayaan Malaysia hari ini. Sebagai warga sejati, tanya diri anda apakah anda mampu mengharungi cabaran ini?

"MAHASISWA PELOPOR KEHARMONIAN NEGARA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan