Khamis, 28 Januari 2010

SIKAP DAN KRISIS NILAI PELAJAR UPSI

1. 27 JANUARI 2010. Kira-kira pukul 12.40pm selepas saya selesai kuliah di Taman Bernam, sementara menunggu bas ke kampus, saya sempat berbual-bual dengan pengawal keselamatan yang sedang bertugas di kawasan sekitar.

2. Dalam perbualan kami, saya sempat bertanya apa sebenarnya yang menjadi masalah pelajar UPSI yang menghantui mereka.

3. Menurut pengalaman mereka, pelajar UPSI sebenarnya adalah baik dan tiada masalah sangat yang mereka timbulkan. Cuma ada beberapa perkara yang ternyata menjadi kerungisngan mereka

4. Pengalaman mereka di UPSI memang cukup lama dan berbaloi untuk kita fikirkan sejenak agar boleh kita ambil pengajaran di dalamnya.

5. Di sepanjang perbualan, perkara paling mendasar dalam luahan mereka ialah krisis sikap dan nilai yang melanda kebanyakkan pelajar UPSI. Budaya memberi salam, bertegur sapa dan budaya hormat-menghormati memang berada pada tahap serius.

6. Saya terpanggil mengutarakan hal ini kerana saya masih ingat kata-kata staf berkenaan “dalam 100 orang yang lalu di depan kami, amat payah cari seorang yang memberi teguran apatah lagi memberi salam”.

7. Rata-rata semua staf khususnya yang berkerja sebagai Pengawal Keselamatan di UPSI ini telah saya temubual dan memang mereka menyatakan hal yang sama.

8. Kebimbangan ORANG DEWASA seperti mereka ialah sikap menyombong diri dan tidak menghormati orang lain dikhuatiri akan menular dan menjadi satu sindrom dalaman serius, apatah lagi dalam konteks profession sebagai guru kelak. Budaya seumpama ini tidak cocok ditunjukkan dan perlu kita ambil serius.

9. Mereka berasa seolah-oleh dipinggirkan dan dipandang rendah oleh pelajar UPSI. Wahai sahabat-sahabatku pelajar UPSI. Tidak perlu rasanya mengata dan menyalahkan itu dan ini untuk merubah budaya negatif ini, semuanya bermula dari dalam diri sendiri.

10. Percayalah anda tidak akan rugi walau sesen pun jika memberi senyuman, teguan dan memberi salam. Budayakan sikap PELOPOR dalam diri anda, yakinlah tiada implikasi ekonomi dan tidak perlu dibayar pun untuk memupuk nilai-nilai yang baik.

11. Saya ingatkan diri sendiri “Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga” Jangan biarkan diri anda menjadi Nila itu. Anda Berfikir? Fikir-fikirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan