Jumaat, 22 Januari 2010

PENAMAAN CALON PRK UPSI : ANTARA KELALAIAN DAN KELEMAHAN SISTEM

1. 22 JANUARI 2010, Hari ini saya sememangnya bersemangat untuk ke pusat penamaan calon. Segala persiapan yang sepatutnya sediakan sudah saya laksanakan. Segala dokumen penting, wakil-wakil calon, pencadang dan penyokong pun kelihatannya bersemangat untuk bersama-sama saya pada pagi tersebut.

2. Saya tiba ke pusat penamaan calon lebih kurang pukul 9.40am, sepanjang tempoh menunggu giliran untuk ke kaunter seketeriat, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

3. 10.55am tibalah giliran saya, saya bersama-sama penyokong dan pencadang mengambil tempat. Saya agak rungsing dengan borang pencalonan saya yang ada sedikit masalah. Menurut rakan-rakan yang juga sama-sama menghantar borang pencalonan, borang pencalonan saya ada masalah.

4. Setibanya di Kaunter Pertama, saya terlebih dahulu memaklumkan kepada pegawai seketeriat akan masalah borang pencalonan tersebut. Masalah pertama borang pencalonan saya ialah pengunaan huruf kecil dalam ejaan nama. Pegawai yang terlibat pun kemudiannya memeriksa borang pencalonan saya. Dalam masa yang sama, saya mencadangkan agar saya menulis semula nama penuh dengan menggunakan huruf besar, namun pegawai seketeriat menghalang saya dari berbuat demikian.

5. Menurut pegawai terbabit hal tersebut tidak menjadi masalah asalkan jelas dan boleh dibaca. Namun saya tidak yakin dengan jaminan yang diberikan, lalu saya kemudiannya bertanya jika perkara ini akan menyebabkan pencalonan saya dibatalkan. Menurut pegawai seketeriat lagi, saya tidak perlu risau kerana hal terbabit tiada apa-apa masalah yang akan timbul kerana mereka mempunyai autoriti dalam hal ini.

6. Setelah yakin dengan jaminan yang diberikan, maka saya mengekalkan penggunaan huruf kecil tersebut kerana beranggapan hal tersebut sudah pun selesai. Segala kata-kata dan jaminan oleh pegawai seketeriat di Kaunter Pertama juga turut disaksikan oleh penyokong dan pencadang saya.

7. Maka dengan itu, saya kemudiannya beralih ke Kaunter Kedua untuk memaklumkan kepada Dr. Mohamad Suhaily Yusri b. Che Ngah, Tim. Dekan FSSK UPSI bahawa borang pencalonan saya telah pun disokong oleh Dr. Ibrahim bin Hashim iaitu Dekan FSSK UPSI.

8. Selesai hal tersebut, saya dengan diiringi oleh penyokong dan pencadang seterusnya beralih ke Kaunter Ketiga iaitu tempat dimana borang pencalonan akan disemak untuk kali terakhir dan diserahkan kepada pihak seketeriat.

9. Di Kaunter Ketiga ini, sekali lagi saya mengemukanan akan masalah borang pencalonan tersebut. Kali ini saya menjelaskan satu lagi masalah borang pencalonan saya iaitu tiada cop dan tandatangan oleh pihak penganjur Program Kempimpinan Mahasiswa 2009 yang dibawa kendalian seorang pegawai JHEPA UPSI.

10. Sebelum pergi kepada penjelasan lebih lanjut, saya mengimbas kembali hari semalam iaitu semasa penjualan borang pencalonan pada 21 JANUARI 2010. Saya kelmarin sudah pun berjumpa pegawai JHEPA UPSI terbabit untuk mendapatkan cop serta tandatangan beliau, namun saya diyakinkan bahawa berkenaan hal cop dan tandatangan terbabit tidak diperlukan kerana menurut beliau, saya tidak perlu risau kerana beliau yang bertanggungjawab pada hari penamaan calon, dan menyatakan bahawa perkara itu tidak menjadi masalah. Jadi saya pun beranggapan masalah kedua ini sudah pun selesai.

11. Berbalilk kepada situasi di Kaunter Ketiga, menurut pegawai seketeriat di sana mereka juga menyatakan saya tidak memerlukan cop ataupun tandatangan pegawai JHEPA terbabit atas alasan program tersebut adalah dibawah kendalian sepenuhnya oleh beliau. Masalah yang terakhir ialah, borang pencalonan saya mengandungi kesalahan menulis nombor yang saya garisakn sahaja tanpa menurunkan tandatangan bersebelahan penulisan itu. Juga saya diberitahu bahawa hal tersebut dianggap sudah selesai. Walaubagaimanapun saya masih berasa bimbang. Untuk itu saya sekali lagi bertanya untuk konfirmasi akan kenyataan tersebut. Setelah bersoal jawab dengan pihak seketeriat, mereka memberi jaminan bahawa masalah borang pencalonan saya juga sudah dianggap tiada masalah dan selesai.

12. Justeru saya pun bersama-sama dengan penyokong serta pencadang pun beredar selepas tamat sesi penyerahan dan penyemakan terakhir borang pencalonan tersebut. Sejurus selepas itu saya dengan penuh semangat pergi ke ruang fotografi untuk mengambil gambar sebagai calon.

13. Setelah selesai solat Jumaat, saya balik semula ke rumah dan berehat sebentar. Pukul 4.30pm saya kembali semula ke pusat penamaan calon. Untuk makluman, pukul 2.45pm sehingga 3.45pm merupakan tempoh masa bagi calon mengemukakan bantahan, rayuan serta tarik diri.

14. Seorang sahabat saya telah mengemukakan bantahan terhadap ketiga-tiga masalah borang pencalonan saya tadi. Sepanjang tempoh terbabit, saya tidak dimaklumkan oleh pihak seketariat akan bantahan yang dibuat terhadap saya.

15. Saya hanya menyedari akan hal bantahan terbabit semasa pengumuman keputusan bantahan dan pengumuman calon-calon yang layak bertanding. Justeru saya tidak berkesempatan untuk mengemukakan rayuan. Semasa mendengar pengumuman tersebut, saya sudah pasti terkejut kerana menyedari hal bantahan itu hanya semasa pengumuman muktamad calon.

16. Selepas pengumuman tersebut, saya tidak duduk diam sebaliknya menyatakan bantahan keras kepada pihak seketeriat. Pihak seketeriat bersetuju untuk saya mengemukakan rayuan kepada Prof. Dr. Sahaharudin selaku pengerusi.

17. Dalam sesi perbincangan dengan Prof. iaitu selepas pengumuman keputusan bagi calon yang layak bertanding. Saya menjelaskan dengan terperinci setiap permasalahan dan penjelasan kukuh dalam borang pencalonan saya.

18. Prof. selaku pengerusi untuk seketeriat pemilihan MPP kali ini mengaku tidak mempunyai autoriti mengubah keputusan suruhanjaya bebas yang telah dilantik mengendalikan jawatankuasa bantahan. Walaupun ada alasan yang kukuh dan hujah tanpa bantahan yang saya kemukakan tidak mampu untuk mengubah keputusan muktamad.

19. Saya akur dengan keputusan terhadap bantahan terbabit. Saya bukan mahu menunding jari kepada mana-mana pihak terutamanya pihak UPSI, itu juga adalah disebabkan kelalaian saya sendiri. Namun perkara yang lebih bermakna disebalik kekecewaan tidak berpeluang bertanding ialah Prof. sendiri mengaku dan akur akan kelemahan sistem pemilihan MPP kali ini. Hal ini disaksikan saya sendiri dan wakil-wakil.

20. Saya secara jujurnya sudah pasti kecewa dengan perkara ini.. Sepatutnya pihak seketeriat membuat pengumuman jika ada apa-apa bantahan dalam tempoh tersebut. Saya dimaklumkan oleh wakil calon saya yang setia menunggu sepanjang tempoh bantahan, memang tiada pengumuman yang dibuat oleh pihak seketeriat. Hal ini mengecewakan kerana nyata terdapat kelemahan dalam pengurusan sistem pemilihan kali ini. Tambahan pula masa sejam yang diberikan untuk membuat bantahan, rayuan dan tarik diri memang tidak praktikal serta dilihat mempunyai kepentingan tersembunyi dari sudut politik sehingga Prof. sendiri mengaku atas kelemahan sistem dan peraturan pemilihan kali ini. Saya sendiri mengemukakan saranan kepada Prof. dan Prof berjanji sistem dan peraturan yang sebegini akan diperbaiki pada masa akan datang. Ini satu usaha “MAHASISWA PELOPOR” yang dapat menundukkan dan membuat pihak bertanggungjawab menelan ludah sendiri.

21. Saya tidak tahu sama ada hal ini sengaja diada-adakan untuk mengekang calon seperti saya, segalanya mempunyai seribu satu kemungkinan. Sejujurnya sejak mula lagi saya tidak bersetuju terhadap peraturan sedemikan. Justeru saya terpanggil menyentuh isu sistem dan peraturan pilihanraya kampus yang lebih saksama tidak berkepentingan, tidak menindas serta tidak ultra vires yang sudah pasti menjadi agenda dan bahan berkempen jika berjaya dalam pencalonan hari ini. Namun segalanya musnah akibat kelalaian saya dan kelemahan sistem hinggakan pihak lawan mengambil kesempatan.

22. Kepada sahabat saya yang mengemukakan bantahan, saya ucapkan jutaan terima kasih kerana berikan saya pelajaran yang sangat bermakna ini. Anda sahabat yang baik kerana sanggup memberi saya tiga pelajaran. PERTAMA - Jangan Percayakan Orang Lain 100% Hatta Sahabat Kita Sendiri. KEDUA - Jangan Lalai Dan Cuai Hingga Membuka Ruang Untuk Memusnahkan Harapan, Cita-Cita Serta Usaha Diri Sendiri. KETIGA - Meningatkan Saya Supaya Jangan Jadi Pemimpin Hasil Menjatuhkan Orang Lain. Apapun saya sedar akan hakikat asam garam politik. Sabahatku yang membuat bantahan anda tidak perlu risau, dunia akhirat saya tidak berdendam pada anda. Sudah menjadi amalan saya, setiap malam sebelum tidur pasti saya akan memaafkan seluruh orang yang meyakiti saya.

23. Teristimewa buat rakan-rakan yang banyak menyokong saya, maafkan saya kerana mengecewakan anda semua atas kegagalan menjadi calon untuk MPP kali ini. Saya sudah cuba sedaya upaya mengikut saluran yang ada. Terima kasih sokongan anda, Anda sahabatku dunia akhirat.

24. Pasti ini ujian Allah S.W.T untuk saya menjadi lebih terdidik dan berpengalaman dalam menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi Allah S.W.T ini. Sekali lagi sabahat-sabahat yang menyokongku, maaf mengecewakan harapan menggunung anda.

25. Perjuangan saya tidak behenti disini, saya mempelawa calon-calon yang bertanding untuk melihat 25 perkara yang saya saya senaraikan sebagai garis panduan pejuangan kebaikan semua. “Yang Baik Anda Sokong Yang Buruk Anda Perbaiki”. Tinggi harapan saya agar sahabat-sahabat yang sah bertanding sebagai calon MPP akan datang, lebih berwaspadalah, bersaing secara berhikmah dan sihat. Ingat pejuanganmu untuk Agama, Bangsa dan Negara.

“MAHASISWA PELOPOR” di http://mohammadazriamatan.blogspot.com/

20 ulasan:

  1. bodoh..dah nak bertanding tapi tak tahu peraturan..sendiri mau ingat la kawan..xkan ana dan anta dari pro-m tidak tolong saudara??lepas tu lagi satu,SALAH SENDIRI SENDIRI MAU INGAT LA,JGN SALAHKAN ORG LAIN..

    BalasPadam
  2. kalo x tahu menari,jangan dikata lantai tinggi rendah..

    BalasPadam
  3. sedap2 rase mengata orang bodoh.. ape yang menulis itu pandai sgt yek..x tau lah t klu dah jd cikgu.. abiz generasi akan datang dibodoh2 kan.. ish2..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum ..

    Sahabat, saya berasakan anda masih mempunyai peluang untuk bertanding dalam calon etnik sabah @ sarawak. Cuba tengok bagaimana syarat untuk pemilihan calon Etnik.

    Nama apa pun aku ajukan sebauh kata2 "lebih baik diasingkan daripada menyerah kepada kemunafikan" pihak -pihak yang berlakon itu. Mereka perlu ditegur disebabkan matinya kejujuran dalam diri mereka.

    MenunTut ketelusan dan keadilan adalah perkara yang besar dan dilihat kecil oleh golongan munafik yang hidup penuh kepura-puraan.

    Mereka menggunakan politik sentimen dan menghalalkan cara untuk mencapai matlamat, tiada istilah politik adab/nilai dalam diri orang semacam ini!

    TERUSKAN PERJUANGAN , AKU YAKIN MEREKA TAKUT AKAN KAMU DAN TAKUT BERDEPAN DALAM DUNIA DEMOKRASI WALAUPUN MEREKA MENGUASAI SISTEM


    'LEBIH BAIK DIASINGKAN DARI MENYERAH KEPADA KEMUNAFIKAN "

    BalasPadam
  5. salam...saudara yg mengeluarkan statement yg pertama itu perlu tahu..sesuatu perkara kta x perlu menguasainya utk membuat kesimpulan.Jadi sekiranya saudara di tpt yg berkenaan maka saudara akan faham. setahu saya tuan blog ini tdk menyebelahi mana2 pihak tetapi lebih cenderung utk memperjuangkan kebajikan serta hak yg perlu kita semua ada. Kalau takut memang nak jatuihkan org dgn cra x bermaruah.so kalo takut di lambung ombak jgn berumah di tepi pantai.Fikir2kan la ye saudara yg bg komen yg terawal.

    BalasPadam
  6. SHITTTTTTTTTTTT..
    HEP, DAN ASPIRASI..
    TUNGGU PENGHAKIMAN DARIPADA MAHASISWA UPSI

    BalasPadam
  7. politik KOTOR bermula dari IPT....(UPSI)...
    - tiada demokrsai
    - hak bersuara disekat
    - MPP jadi PAK TURUT HEP, pelajar terseksa
    - angkat pemimpin yg x bwat keje... halang pemimpin yg bwat kerja
    - TUNGGU PENGHAKIMAN DI AKHIRAT

    BalasPadam
  8. alhamdulillah anda xjd calon..borg pencalonan pn xtau nk isi..diri sendiri bengap..xtau peraturan, cmne nk memimpin..dpermain2kn oleh org.kah3

    BalasPadam
  9. kdp org yg bg komen ke lapan tu...ingatla pada tuhan ..teliti la diri tu sblm berkata-kata..kerana kadang2 kata2 tu susah di tarik smula..adakah diri anda sempurna ..fikirkan la jgn asyik tau menyalak....................................blh ka anda menhjadi seperti tuan punya blog ni...jd fikir-fikir kn la,,,sesungguhnya dunia akhirat wujud,,,,...

    BalasPadam
  10. kepada org yg bagi komen pertama tu...tahniah anda telah berjaya memperkenalkan diri anda dalam dunia tanpa sempadan ni..walaupun dengan cara yg buruk...adakah anda bijak?????jika ya..napa kata2 azimat "bodoh" tu blh di unggkapkan dr mulut anda...jd la seorang yg matang....

    BalasPadam
  11. assalamualaikum...
    kpd saudara ku..
    tingkat kan usaha kerana sesungguhnya tuhan itu suka dengan mereka yang kuat berusaha...
    jangan leka hanya kerana sedikit kata2 sinis..
    kerana saya tahu bahawa saudara adalah seorang yg ada sifat-sifat mulia yg tiada dalam diri sesetengah orang,,,...
    jalankn tugas mu...,,,
    teruskan perjuangan mu...
    sekian.....

    BalasPadam
  12. Saya percaya setiap yg berlaku mesti ada hikmah nya.. pada saya masih byk lagi bidang dan ruang utk saudara memberikan hikmat.. pada saya MPP ni cuma sebahagian kecil di sini.. kita masih kolej kediaman, persatuan.. diorg pun aktif apa.. dan pada saya Mpp kat sini belum mampu menimbusi kolej-kolej kediaman.. saya harap saudara lebih berhati2 pada msa yg akan dtg.. di sini bukan satu akhirnya utk satu perjuangan.. insyaallah

    BalasPadam
  13. Power of leadership is not we gain from voters, we earn it from the one who treat us as their leaders.. Eventhough you win or lose.. your followers never turn back as you never give up..

    BalasPadam
  14. salam...
    buat sahabat azri..
    anda tidak perlu gusar..
    kerana anda tidak kehilangan apa2..
    sebaliknya UPSI akan kehilangan bakal pemimpin yang mereka sepatutnya miliki...

    BalasPadam
  15. sapa yang kate 'bodoh' tue...anda sem berapa ek?kalau sem 1 takpe la...dimaafkan..tp kalau dah sem 6, 7..rasanya anda patot kembali ke tingkatan satu balik (tu pun klu ada sekolah nak terima la)..kalu pegi sekolah..insan2 mcm andalah yg akan memalukan UPSI...seterusnya memburukkan bakal2 cikgu selepas anda...herm...'lu pikir la sendiri'...

    BalasPadam
  16. salam 1 Malaysia..ingin sy tegaskan di sini baawa sy mengenali azri amatan sejak di sekola menengah lagi.sifat kepimpinan beliau memg terserlah dari dulu.kami sents bganding bau dalam bbrpa organisasi di sekolah..byk pencapaian yg baik telah dtonjolkan oleh beliau..kepada org yg memberi komen pertama, bdoalah moga Tuhan maafkan anda, juga moga pemilik blog ini maafkan anda yg tlalu BIJAK mengeluarkan perkataan yg tak bermoral itu.Juga kepada pemberi komen no 8, perkataan BENGAP 2, mgkn anda suda biasa menggunakannya..n dari sikap anda, sy yakin anda x layak untuk jd guru yg btul2 dapat mbimbing murid2nya..ingat, kata2 itu doa..jgn biarkan anak bangsa kita menjadi BENGAP sebab keceluparan anda mengeluarkan kata2 yg tidak BIJAKSANA.anda sebagai guru harus tahu perkara tersebut..

    Kepada sahabatku, Mohammad Azri Amatan, perjuangan anda bukan setakat di sini sahaja.Masih banyak ruang dan peluang untuk anda d luar sna..Ingat, sy sntsa menyokong anda..Bersabarlah menghadapi cemuhan dan kritikan dari org yang kurang bijaksana..InsyaAllah, 1 hari anda pasti akan berjaya..Amin..

    BalasPadam
  17. buat sahabat komen pertama dan kelapan, terima kasih kerana kalian merupakan manusia yang mengaku sempurna....
    setiap insan tidak lari dari melakukan kesilapan..
    cuba baca blek catatan di atas, saudara azri ingin membetulkan kesilapan, tetapi dihalang oleh manusia yang bertopengkan ORANG UTAN...
    tiada manusia yang tidak akan mengulangi kesalahan dan dosa kecuali para nabi dan rasul...
    kita bukan maksum wahai saudara komen 1 dan 8!!!
    kepada students UPSI, anda pilih lah calon yang boleh menjalankan kerja bukan menjadi PAK @ MAK TURUT HEP semata mata...
    pelajar terseksa..MPP sesi 08/09, pe kebajikan yang anda buat untuk kami???
    apabila kita mengangkat pemimpin yang tidak layak, maka musnahlah umat..
    kepada azri, jangan berputus asa atas ujian ini. kami senantiasa menyokong kamu....

    BalasPadam
  18. Salam ukhuwah. Sabar. Insya Allah ada hikmahnya. Kamu dah berusaha, dah berikhtiar. Ada saksinya. Kamu juga telah berdoa, juga bertawakal. Allah lebih mengetahuinya.

    Apapun, ketentuannya pada Allah juga.

    "...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ianya amat baik bagimu, boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."- al-Baqarah ayat 126

    Namun, tak bermakna harus pasrah dengan kelemahan. Kerana kamu adalam mangsa. Mangsa kelemahan sistem. Tindakan kamu yang selanjutnya juga adalah usaha dan ikhtiar kamu untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

    Yang lepas, tak boleh diubah. Masa kita adalah apa yang ada didepan mata. Masa hadapan belum tentu pasti untuk kita.

    Usaha.Ikhtiar.Doa.Tawakal.

    pemuda@gama
    www.pemudaagama.blogspot.com

    BalasPadam
  19. Hidup Mahasiswa Pelopor...hidup YB Kunak....heheheheheeee

    BalasPadam
  20. Prof. Ungku Aziz dalam syarahannya bertajuk The Quest of Success di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (2009) menggariskan empat aspek yang menjadi tanggungjawab mahasiswa untuk berjaya iaitu diet dan permakanan yang sihat, alat untuk membangunkan pemikiran, pelbagai strategi mencapai kejayaan dan kepimpinan. Justeru, sebenarnya teras kelangsungan kecemerlangan sesebuah bangsa itu banyak bergantung harap kepada pemimpin berkaliber laksana pelita cahaya yang akan menyuluh lorong perjalanan bangsa dan agamanya. Menurut Stephen R. Covey “pemimpin yang memimpin berteraskan prinsip adalah lelaki dan wanita yang mempunyai keperibadian yang mampu bekerja ‘di ladang’ berserta ‘biji benih dan tanah’ dan bekerja secara harmoni dengan prinsip-prinsip ‘kebenaran sejati’ semula jadi dan dengan ‘peraturan-peraturan penuaian.’”(Ismail Noor, 2000). Oleh yang demikian, mahasiswa harus bersifat menyeluruh dengan ciri-ciri peribadi unggul seperti jati diri yang tinggi, inovatif, produktif, berkemahiran, berdaya saing dan kreatif bagi menangani cabaran negara dan arus dunia tanpa sempadan hari ini.

    http://ibnusuhaili88.blogspot.com/2011/02/tanggungjawab-dan-peranan-mahasiswa.html

    BalasPadam