Selasa, 26 Januari 2010

PEMILIHAN WAKIL ETNIK SABAH : ANTARA PERJUANGAN, MARUAH, PRINSIP DAN KUASA

1. 26 JANUARI 2010. Hari ini berjalan seperti hari-hari biasa, pergi dan balik kuliah menjadi rutin yang terbiasa.

2. 10.30am selepas saya selesai menghadiri kuliah En. Nizamuddin saya terus ke bangunan JHEPA untuk berjumpa dengan seketeriat pemilihan MPP bertanyakan hal wang cagaran semasa hari penamaan calon.

3. Saya pergi hanyalah semata-mata ingin bertanyakan sama ada saya boleh menuntut semula wang tersebut ataupun tidak. Menurut pegawai seketeriat, segala urusan berkaitan wang cagaran hanya akan boleh dirujuk semula selepas selesai pemilihan MPP kali ini. Saya bersetuju dengan penjelasan yang diberikan.

4. Sepanjang saya dalam pejabat terbabit, sempat pegawai seketeriat MPP memberitahu dan memperlawa saya membeli borang pencalonan untuk turut serta dalam pemilihan kerusi Etnik Sabah dalam MPP akan datang. Sempat saya bergurau dengan pegawai terbabit “Hai takkan Kerusi UMUM nak turun pangkat ke kerusi ETNIK” Pegawai terbabit tergelak kecil.

5. Mengimbas semula tarikh penamaan calon sehingga ke hari ini, memang saya banyak menerima pelbagai respon terhadap kegagalan menjadi calon akibat bantahan 22 JANUARI 2010 lepas.

6. Ada yang begitu gembira sekali atas kegagalan saya, malah tak kurang juga hebatnya getaran kekecewaan yang dialami oleh sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong saya.

7. Artikel yang saya tulis bertajuk “PENAMAAN CALON PRK UPSI : ANTARA KELALAIAN DAN KELEMAHAN SISTEM” selepas kegagalan dalam pencalonan bertujuan untuk menjelaskan posisi sebenar saya, memang mendapat sambutan yang luar biasa. Saya menyambut baik komen-komen yang diberikan. Niat saya adalah menyatakan kebenaran, biar para pembaca yang sendiri yang menjadi hakimnya.

8. Komen-komen yang diberikan dalam blog saya pun begitu hangat. Terima kasih kepada yang memberi komen, saya hargainya sebagai bonus memperkasakan kelemahan diri. Jangan risau, saya maafkan anda dunia akhirat. Hal itu tidak menjadi masalah pada saya, sedangkan Tun Dr. Mahathir sendiri pun melalui kritikan, inikan pula saya yang sekerdil ini. Saya yakin, pihak wartawan blog-blog popular UPSI pun turut tidak ketinggalan mengikuti perkembangan saya.

9. Saya ada mengirim artikel berkenaan kepada pihak pem-blog popular tersebut. Saya minta untuk disiarkan bertujuan memberi penerangan tentang kedudukan sebenar semasa hari penamaan calon tersebut.

10. 7.00pm, saya melawat sekali lagi ke blog popular berbabit. Saya melihat artikel yang saya tulis dalam blog peribadi saya ada disiarkan. Terima kasih anda sebarkan suatu kebenaran.

11. 5.35pm tadi saya sempat membuka laman blog popular terbabit, saya ada terbaca satu artikel khusus yang dikarang membincangkan hal saya yang bertarikh 26 JANUARI 2010 bertajuk “AZRI BERPELUANG TANDING KERUSI ETNIK”.

12. Setelah membaca artikel tersebut, saya terpanggil untuk menyatakan pendirian saya terhadap isu tersebut. Sebetulnya, Isu untuk bertanding dalam kerusi etnik ini sudah menjadi bahan bualan oleh rakan-rakan saya semenjak pembatalan pencalonan saya dalam merebut Kerusi UMUM lagi.

13. Semua rakan yang menyokng saya ternyata sangat kecewa selepas kegagalan dalam penamaan calon 22 JANUARI 2010 lalu. Selepas kegagalan pertama itu reaksi mereka memang bervariasi dan penuh kontroversi. Mereka berkehendakkan agar saya turut serta dalam merebut kerusi Etnik Sabah dalam MPP akan datang.

14. Suka saya hendak tegaskan di sini bahawa, saya mempunyai prinsip dalam berjuang, saya bukannya mudah disogok dengan mana-mana kuasa, tumpukkan wang ringgit ataupun hal-hal yang memikat kalbu. Apabila saya telah menyatakan pendirian tentang sesuatu perkara apatah lagi dalam hal sebegini penting, pasti saya sukar berganjak. Ini bukan soal kuasa tapi ini soal perjuangan yang menguji kekebalan prinsip, kematangan dan maruah saya.

15. Saya memahami atas permintaan ramai yang mahukan saya bertanding dalam kerusi Etnik Sabah setelah gagal dalam percubaan pertama. Saya juga mengerti akan harapan menggunung mereka. Namun, pada saya soal kemaslahatan ummah lebih utama saya tidak rela meretakkan silaturahim hanya semata-mata hal dunia.

16. Saya berkeyakinan penuh dengan calon yang kami jangkakan menang tanpa bertanding bagi merebut kerusi Etnik Sabah untuk kali ini. Soal perjuangan, saya yakin dia mampu meneruskan usaha sabahat -sahabat sebelumnya yang berjuang demi warga sabah di bumi UPSI ini. Cuma dia perlukan sedikit kepercayaan dan sokongan dari kita semua Warga Sabah. Berikan ruang dan peluang untuk membuktikan semangat berkobar-kobar yang ditunjukkannya pada malam tersebut.

17. Walaupun banyak pendapat yang berbeza, suara harus disatukan. Yakinlah sahabat-sahabatku perpecahan hanya akan mengundang kelemahan serius yang pasti merugikan kita semua.

18. Saya teringat semasa Kursus Kepimpinan Mahasiswa 2009 yang lalu, Cik Nadijah selaku Fasilitator selalu berpesan “Jangan Sesekali Menjadi Pemimpin Hasil Menjatuhkan Orang Lain” ditambah pula pengalaman pada hari penamaan calon yang mencatat sejarah tersendiri bagi diri saya. Pengajaran ini memang melekat dalam otak dan naluri saya.

19. Saya berjuang dengan memegang banyak tunjang dalaman antaranya prinsip ini yang telah saya pelajari. Bodoh dan sombonglah saya jika saya tidak mengambil iktibar dari pengajaran lepas. Saya tidak mahu menjadi seperti kata pepatah melayu “Sudah Terhantuk Baru Terngadah”. Saya tidak akan sekali-kali mengorbankan prinsip untuk mendapatkan sekelumit nikmat kuasa yang pasti menjadi tanggungan di akhirat kelak.

20. Moham maaf, saya tidak merayu simpati, saya berjuang atas dasar yang kukuh dan pendirian yang teguh. Kepada sahabat-sabahat yang menyokong dan memberi pengharapan, fahami kondisi dan jiwai prinsip saya. Hormati dan beri peluang pada sahabat kita yang mahu meneruskan perjuangan. Kita bersyukur kerana ada sahabat-sabahat kita yang lain yang masih mahu menawarkan legasi perjuangan pelajar UPSI.

21. Jangan anda merasakan ketiadaan saya dalam MPP akan menjejaskan seluruh sistem MPP kerana pada saya lumrah kepimpinan manapun pasti akan terjadi seperti kata pepatah melayu zaman dahulu “Yang Patah Akan Tumbuh Yang Hilang Akan Berganti”. Namun dalam konteks hari ini janganlah anda risau kerana pepatah itu sudah mengalami transformasi menjadi “Patah Satu Seribu Menanti”. Jadi anda tidak perlu risau hal itu.

22. Keputusan saya untuk tidak bertanding merebut mana-mana kerusi dalam pemilihan MPP kali adalah muktamad. Mungkin benar kata-kata rakan saya “Azri, awak tiada rezeki di sini”

23. Akhirnya, saya mengajak pembaca sekalian mari kita berjuang seperti kata Allahyarham Sudriman “Aku Berjuang Dengan Cara Sendiri” dalam lagunya yang bertajuk “Warisan”

5 ulasan:

  1. Buat saudara Azri percayalah..
    Sesuatu yg tidak diletakan pada tempatnya..
    itu ZALIM..dan doa orang yang dizalimi itu barakah..

    Pemimpin bukan lahir di bilik kuliah..
    Tetapi lahir di tengah - tengah kancah masalah..

    Mahasiswa Pelopor Selamanya!!!

    Kacak_UPSI
    AT58

    BalasPadam
  2. azri..
    sahabat yang berpandangan jauh..
    kita tahu ada hikmah disebalik semua ini..
    betol kata sahabat kita diatas..
    meletakkan sesuatu itu bukan pada tempatnya adalah zalim..dan orang yang dizalimi itu doanya insyAllah akan dimakbulkan olehNYA...
    oleh itu teruslah menjadi pemimpin berjiwa besar..kami semua menyokongmu...

    BalasPadam
  3. Saudara Azri,

    Saudara sebenarnya tidak perlu jadi MPP untuk merubah mahasiswa jadi PELOPOR.

    kita ada banyak pilihan. jangan berputus asa dengan kekalahan ini. Saudara menang di hati mereka yang tidak buta...

    Siapa kata usul seorang mahasiswa biasa (bukan MPP) hanya sekadar di pinggiran...jika saudara berjaya menyatukan suara mahasiswa, empat kali ganda barisan MPP belum tentu dapat merubah perubahan yang saudara lakukan...

    Jika saudara teruskan 25 manifesto perjuangan saudara...saya kira, sekalian mahasiswa lebih rela melihat perubahan yang betul-betul wujud...berbanding dengan manifesto kosong MPP yang lain...

    Berjuang dan terus Berjuang....

    Berani,Telus,Berkeyakinan.

    Sekian.

    BalasPadam
  4. salam azri..

    bagus betul hatimu nie..

    dari entry pun nie sy boleh terasa kebaikanmu...

    sy suka ayat ni
    " pada saya soal kemaslahatan ummah lebih utama saya tidak rela meretakkan silaturahim hanya semata-mata hal dunia."

    Alhamdulillah...

    semoga berjaya dunia n akhirat...

    insyaAllah

    BalasPadam
  5. Salam saudara..

    Suatu pemikiran yang baik,

    Namun disini saya berpandangan bahawa memilih pemimpin yang lebih baik juga merupakan perkara besar dalam Islam dan demi kepentingan ummah.

    Jadi jika seseorang itu memikirkan dia layak tambahan didokong oleh masyarakat yang menyatakan dia layak maka tidak salah jika dia menempatkan diri untuk menjadi pemimpin walau pun jawatan itu tidak boleh sama sekali kita pohon, tetapi disana ada tanggungjawab yang lebih besar iaitu kemaslahatan ummah yang perlu dijaga bila mana kamu berada disana.

    Saya tidak faham perpecahan bagaimana yang kamu maksudkan bila kamu berada dalam kerusi etnik, sebab orang layak patut diletak pada tempatnya, sekiranya orang memilih kamu , maku itu beerti kamu layak, tidak timbul persoalan memecah belah ummah kerana persoalan memilih pemimpin bukan perkara kecil!

    Cuma kita yang memencilkan pemikiran bahawa memilih pemimpin itu hanya perkara kecil-kecilan.

    Sirah menunjukkan kepada kita , bahawa sewaktu kewafatan Rasulullah SAW, para sahabat tidak ikut serta dalam menguruskan jenazah sebaliknya para sahabat, Abu Bakar, Umar dan lain-lain mengadakan perbincangan untuk melantik pemimpin yang layak. Sebab, umat Islam tidak ditinggalkan tanpa pemimpin yang betul2 faham kehendak Islam walau dalam masa yang sekejap. Maka dilantik Abu Bakar menjadi pengganti. Kalau difikirkan kenapa sahabat lebih mengutamakan perlantikan pemimpin berbanding urusan jenazah Rasulullah SAW..? Maka jawapannya persoalan memilih pemimpin bukan perkara main-main dan boleh dipandang kecil oleh umat Islam.

    BalasPadam