Ahad, 31 Januari 2010

Majlis Dialog Idealisme Generasi Muda Bersama YAB. Timbalan Perdana Menteri.

1. 30 JANUARI 2010. Saya ada mengikuti satu program anjuran JASA, Kementerian Penerangan, Kebudayaan Dan Komunikasi. Program ini memang bagus kerana selain dapat berdialog dengan TPM, ia juga dapat mendekatkan Mahasiswa dengan pimpinan tertingi negara.

2. Saya selaku Datuk Bendahara UPSI merupakan PELOPOR yang memulakan sesi dialog pada pagi semalam. Setelah TPM memberi isyarat untuk memulakan dialog, tiada audien yang memberi respon. Saya bangga menjadi yang pertama kerana berjaya menonjolkan imej UPSI.

3. Saya mengajukan dua persoalan kepada TPM berkaitan isu pendidikan, kemudian TPM memberi jawapan yang panjang lebar. Jika saya tidak silap, soalan saya adalah yang mendapat perhatian audien dan memerlukan masa yang paling lama untuk dijawab oleh TPM.

4. Saya sebetulnya hendak bertanya lagi akan dua perkara iaitu isu penempatan guru-guru dari UPSI yang dibekukan dan menyentuh soal sistem e-voting, amalan sistem demokrasi dalam konteks PRK di negara kita. Namun saya tidak berkesempatan untuk mengajukan soalan terbabit kerana tiada kesempatan masa.

5. 8.30pm, saya di kejutkan oleh panggilan dari Pegawai JASA bahawa saya muncul dalam Buletin Utama TV3. Saya tak sangka la pula soalan saya akan mendapat liputan media. Ini bukanlah kali pertama saya muncul dalam kaca TV, apapun itu perkara seumpama ini memang suatu pengalaman yang menyeronokkan.

6. Dalam siaran oleh Buletin Utama semalam, saya lihat ada kesalahan maklumat yang disiarkan. Nama saya yang cantik MOHAMMAD AZRI AMATAN telah ditukar kepada nama lain menjadi MOHD AZLI MOHD JAH. Saya tidak tahu dari mana pihak media terbabit mendapat ilham menulis nama saya sedemikan rupa.

7. Ada juga saya terfikir mahu membuat laporan polis berkenaan hal ini, saya berpendapat kesalahan pihak wartawan yang menulis nama saya merupakan satu kesalahan berat kerana memberi informasi yang salah kepada seluruh rakyat Malaysia. Setelah berfikir panjang, saya mengandaikan mungkin kesilapan teknikal telah berlaku semasa proses editing video berkenaan. Justeru, saya tidak berhasrat meneruskan niat untuk membuat laporan polis. Namun, Saya berpesan agar pihak media terutamanya wartawan-wartawan yang membuat liputan agar lebih berhati-hati dalam memberikan informasi.

8. Kali ini anda berdepan dengan insan yang masih ada pertimbangan rasional, cuba fikirkan jika keadaan saya ini berlaku kepada mereka-mereka yang tahu mengambil kesempatan atas kesilapan seperti ini. Pasti akan timbul isu lain, jika hal ini saya suarakan diperingkat MAHKAMAH, sudah pasti saya ada kelebihan untuk menang kerana bukti telah ada di depan mata. Pada saya, pihak media terbabit harus memohon maaf kepada individu-individu berkenaan atas kejadian yang seperti ini.

Tarikh : 30 Januari 2010

Tempat : Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang.


Berikut Liputan Media Yang di Siarkan Di Buletin Utama TV3




Gambar semasa sesi Dialog bersama TPM













5 ulasan:

  1. Salam..
    Akak tgk berita ni smalam..Akak ckp kak adik bongsu 'ko tgk bdk sabah tu tgh bersoal jwb'..ndak sangka pulak adik kunak ni rupanya..hehehehehehehe

    BalasPadam
  2. amri..aku amat kagumi...tiada rasa takut menyatakan isi hati yg tersirat,,kepimpinanmu terserlah..bimbing la aku jika ku silap

    BalasPadam
  3. sayang bukan wakil wakil MPP kita...kalau tidak tentu saudara Azri dapat menyuarakan kegusaran yang melanda Pelajar khususnya UPSI...

    BalasPadam
  4. Tahniah di atas keberanian saudara, semoga bakal berdiri sebagaimana TPM sekarang.

    BalasPadam