Jumaat, 29 Januari 2010

"MAHASISWA PELOPOR PENDIDIK BITARA" : INSTRUMEN PERPADUAN DUA BLOK TERPISAH

1. 29 JANUARI 2010, pukul 9.35am saya berkesempatan untuk melihat sendiri proses penamaan calon untuk pemilihan kerusi Etnik MPP sesi 2009/2010. Saya sebetulnya ada perjumpaan dengan Dr. Faris pada pukul 10.00am, kebetulan sebelum menanti pukul 10.00am, saya berkesempatan berkunjung ke Bitarasiswa untuk melihat sendiri proses penamaan calon disamping memberi sokongan moral kepada semua calon yang bertanding.

2. Saya menyaksikan, semua calon dan wakil calon, pencadang serta penyokong calon bersemangat untuk ke penamaan calon. Seperti biasa segala dokumen dan perkara yang sepatutnya disiapkan telah pun dilaksanakan oleh calon-calon.

3. Calon-calon ini semua saya kenali karekter dan gaya kepimpinan mereka. Calon Etnik India - Balaganesh, Sarawak - Samuel, Sabah - Juriah dan Cina - Lok Dan Lee. Mereka ini pernah bersama-sama saya semasa Kursus Kepimpinan Mahasiswa 2009 yang lalu. Ringkasnya, mereka ada bakat untuk memimpin dan membawa hala tuju perjuangan etnik masing-masing.

4. Lebih kurang 20 minit saya di kawasan penamaan calon, saya juga berkesempatan bertemu calon-calon yang menang dalam pembuangan undi semalam. Saya melihat ada raut kegembiraan jelas terpancar atas kejayaan menduduki MPP sesi 2009/2010. Saya tidak lupa mengucapkan TAHNIAH pada mereka.

5. Pukul 1.21pm sebelum bertolak ke Masjid menunaikan Solat Jumaat, saya ada menjenguk sebentar portal UPSI, Alhamdulillah paparan terkini berkaitan pemilihan Kerusi Etnik menunjukkan perkara positif. 3 daripada 4 kerusi yang dipertandingkan menang tanpa dicabar kecuali Kerusi Etnik Cina. TAHNIAH saya ucapkan pada sabahat-sahabat saya.

6. Namun hal yang menarik perhatian saya ialah bukan soal siapa kalah atau menang, pada saya itu memang dah adat dalam mana-mana pertandingan. Saya mengikuti perkembangan PRK kali ini dari semasa ke semasa. Saya juga ada menjenguk blog-blog tertentu yang turut serta membuat liputan semasa PRK UPSI.

7. Pelbagai isu dan perkara yang dibangkitkan. Saya melihat hal seumpama ini sebagai satu senario normal dalam amalan sistem demokrasi. Sebagai penganalisis PRK UPSI, ternyata semakin jelas perbezaan dalam hala tuju perjuangan kepimpinan pelajar yang ditunjukkan oleh calon-calon yang telah menang. Ini bukan satu fenomena membina dalam konteks memacu perjuangan Mahasiswa UPSI

8. Masing-masing berpendapat kumpulan mereka harus berusaha menguasai majoriti dalam MPP kali ini. Sehinggakan pelbagai usaha dilakukan sejak hari penamaan calon, tempoh berkempen dan hingalah ke saat ini. Usaha-usaha sedemikian semakin mengundang perpecahan dalaman yang serius.

9. 2.35pm selesai Solat Jumaat, saya mendapat ILHAM untuk menyatukan kelompok yang berbeza pendapat ini sehingga nyata terbahagi dua nada perjuangan yang sepatutnya disatukan. Pada saya hal yang penting membawa kepada kejayaan dalam mana-mana perjuangan ialah BERSATU. Justeru Saya berpendapat sebagai langkah permulaan yang positif membentuk semangat BERSATU dalam jemaah MPP kali ini ialah melalui PERKONGSIAN MOTO.

10. Meskipun saya tidak duduk dalam Saff Jemaah MPP, saya terpanggil menyatakan ILHAM ini sebagai satu usaha kecil menjadikan MPP sebagai JUARA MAHASISWA yang mempunyai SINERGI BERIMPAK MAKSIMA menggerunkan.

11. MOTO yang saya cadangkan ialah “MAHASISWA PELOPOR PENDIDIK BITARA (MPPB)”. Jika anda kaji, kumpulan yang terpisah ini mempunyai agenda dan moto yang tersendiri dalam menerajui perjuangan kebajikan pelajar UPSI. Justeru, saya merasakan perkongsian ideologi melalui MOTO seperti yang saya cadangkan mampu berperanan sebagai instrument perpaduan berkesan dan releven difikirkan oleh kabinet MPP. Saya yakin barisan MPP kali ini lebih kreatif berbanding saya dalam hal menentukan moto. Apapun itu, saya berharap ahli kabinet MPP tidak mengambil ringan akan cadangan baik ini.

12. Anda adalah gambaran kesatuan 16 000 orang pelajar UPSI. Percakaran diantara satu sama lain hanya akan membantutkan usaha dalam merealisasikan janji dan manifesto masing-masing.

2 ulasan:

  1. setuju..bersatu demi mahasiswa UPSI

    BalasPadam
  2. Akak 3 kali ikut kursus kepimpinan d UPSI..Memang seronok berada dikalangan pemimpin2, yang paling penting bila 'sekepala' dengan tunjang agama yang SATU..matlamat untuk pembangunan Ummah

    BalasPadam