Khamis, 28 Januari 2010

KEPUTUSAN PEMBUANGAN UNDI MPP UPSI 2010

1. 6.23pm saya melawat ke portal UPSI, saya lihat belum ada apa-apa perkembangan terbaru mengenai pemilihan MPP kali ini.

2. Pasti saluran alternatif seperti blog-blog terkenal UPSI akan menjadi tumpuan untuk mendapatkan sumber-sumber akurat berhubungan keputusan pembuangan undi yang berlangsung dari pagi sehingga ke petang.

3. Jika menurut jadual yang diberikan oleh pihak seketeriat pemilihan, pukul 5.30pm keputusan sudah mula diperolehi.

4. Saya kira, keputusan sudah pun diketahui namun penyebarannya masih belum meluas. Kebanyakan pelajar UPSI pasti tertunggu-tunggu paparan secara rasmi keputusan pembuangan undi hari ini.

5. Saluran utama iaitu portal UPSI sepatutnya berfungsi mendahului saluran alternatif. Kepada pihak yang berwajib, kelemahan ini patut diambil kira untuk dibuat penambahbaikan akauntabiliti dan meninggikan integriti pada masa hadapan.

6. Pelbagai ramalan dan spekluasi yang timbul akibat kelemahan ini. Pelajar UPSI seolah-olah menjadi Ahli Nujum sementara menghangatkan lagi spekulasi keputusan.

7. 6.37pm saya terdengar bunyi horn motorsikal secara berkonvoi dibunyikan di sekitar KHAR/KUO. Saya tidak tahu pihak mana yang melakukan sedemikian, apapun itu ia pasti manifestasi kegembiraan penyokong-penyokong calon yang menang.

8. Kepada calon yang menang,TAHNIAH saya ucapkan. Sudah pasti amanah yang dipikul adalah setimpal dengan autoriti dan kapasiti yang bakal dipikul. Bagi calon yang kalah, ianya satu percubaan yang baik, pasti pengalaman ini kekal tersemat dalam memori hidup.

9. Semua tahu, impak senario mana-mana pilihanraya pun pasti mengundang kewujudan perpecahan dan perbezaan. Justeru saya mengajak seluruh mahasiswa UPSI agar menjiwai semangat muhibbah.

10. Ingat sebagai MAHASISWA PELOPOR satukan tenaga untuk menghasilkan SINERGI BERIMPAK MAKSIMA dalam membawa nada perjuangan bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan