Ahad, 24 Januari 2010

KEMPEN PRK UPSI : GAMBARAN KEMAMPUAN CALON

1. 24 JANUARI 2009, dalam tempoh 2 hari kempen PRK UPSI berjalan, saya mendapati kebanyakan calon sudah mula memulakan kempen. Malah sempat juga saya bertembung dengan calon-calon yang bertanding, bertanyakan khabar mereka. Ternyata semua sahabat-sahabat saya yang bertanding ini teruja memasang poster dan sibuk menyediakan bahan-bahan kempen di sana sini.

2. Secara keseluruhannya, saya melihat dari kerangka pemikiran terbanyak malah saya yakin majoriti Mahasiswa UPSI berpendapat sama bahawa semangat kempen setakat ini hambar.

3. 6.15pm selepas balik dari latihan SUKSIS, walaupun agak penat, saya ada juga menjenguk sebentar akan perkembangan terbaru kempen calon-calon yang layak bertanding melalui kemudahan blog yang disediakan oleh pihak seketeriat pemilihan MPP kali ini. Saya agak terkejut kerana diperingkat ini sepatutnya dengan kekangan masa yang singkat untuk berkempen, cuma beberapa calon sahaja yang ada memanfaatkan saluran utama tersebut.

4. Apa yang jelas, saya berpendapat, maaf jika saya katakan kebanyakan calon yang bagi saya adalah sahabat, agak kurang menjiwai semangat kempen yang sebenarnya. Saya tidak perlu berselindung akan kenyataan ini, pada saya hampir semua calon yang bertanding kali ini saya kenali karekter kepimpinan mereka. Mereka inilah sahabat yang penah bersama-sama saya semasa Kursus Kepimpinan Mahasiswa 2009 yang lalu. Tegasnya ada potensi dalam diri mereka sebagai peneraju kepimpinan masa depan.

5. Penjelasan saya terhadap kenyataan “kurang menjiwai semangat kempen” ialah gambaran secara holistik dari sudut matlamat perjuangan yang digambarkan melalui manifesto-menifesto yang dihidangkan kebanyakannya agak terhad serta kurang berkesan. Jelas menampakkan semangat berkobar-kobar calon tidak diterjemahkan dengan betul dan bercanggah dengan gambaran keperihatinan yang sepatutnya diberikan terhadap mahasiswa sebagai pengundi.

6. Hal ini merungsingkan golongan dipimpin kelak. Kesannya timbul isu soal kreadebiliti calon-calon bertanding yang dipertikaikan dalam laman-laman blog peribadi mahupun kumpulan-kumpulan tertentu. Kalau inilah realitinya, timbul lagi persoalan terhadap pimpinan MPP. Apakah MPP benar-benar berfungsi sebagai "JUARA MAHASISWA" ataupun sekadar tali barut yang sudah pasti hebat diperdebatkan kelak. Secara peribadi, setakat ini perjalanan kempen adalah lancar namun agak menghampakan kerana tidak se-agresif sepatutnya yang diharapkan.

7. Bagi saya metod poster dan flyers itu adalah cara konvensional. Walaupun begitu ia masih releven, cumanya perlu pengubahsuaian kreatif, inovatif dan berkualiti sesuai sebagai gambaran semangat dan cita-cita calon sebagai bakal pemimpin pelajar.

8. Medan pengucapan awan perlu calon-calon cipta sendiri dan tidak perlu mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu asalkan syarat, saluran dan peraturan yang ada dipatuhi. Namun setakat ini kelihatan kebanyakkan calon agak kurang berminat mengembangkan kaedah tersebut. Mungkin masih ada perasaan takut-takut untuk menjadi PELOPOR. Justeru saya sarankan anda jangan meneruskan legasi paradigma lapuk yang mengongkong kerangka fikir sebagai mahasiswa unggul dan cenderung pula bersikap sekadar dipinggiran menjadi Si TuLI (Tunggu Lihat Ikut).

9. Saya tidak di sini untuk merendah-rendahkan kemampuan anda sahabat-sabahatku, bagi saya sebagai pemerhati PRK Kampus yang bebas tanpa berkepentingan serta tidak berat sebelah terhadap mana-mana pihak, ruangan dan kesempatan apapun yang anda diberikan gunakan dengan sebaiknya.

10. Penggunaan ICT pula sepatutnya dimanipulasi untuk mempamerkan diri anda sebagai bakal pemimpin pelajar. Malangnya setakat ini usaha kebanyakan calon tidak setimpal kerana anda seolah-oleh memisahkan diri dengan ribuan mahasiswa pengundi yang jauh nun di sana. Anda mungkin dikenal oleh beberapa puluhan sahabat atau ratusan mahasiswa lain. Namun beri peluang 16 000 mahasiswa UPSI mengenali anda sebagai bakal pemimpin harapan mereka. Biar mahasiswa terbanyak menjadi hakim dalam menilai ideologi dan perjuangan yang cuba anda bawa.

11. Mungkin akan ada pendapat lain memberi argumen bantahan terhadap kenyataan saya. Apapun itu tidak bermaksud untuk meng-kondem orang lain. Niat saya hanya satu iaitu untuk melihat untung nasib semua mahasiswa benar-benar terbela dan mempunyai sinergi berimpak maksima dalam memberi pengaruh dan mewujudkan situasi menang-menang bersama pihak pentadbiran universiti demi kebaikan semua.

12. Jika anda bertanya apa posisi saya menulis sebegini rupa. Jawapan saya ialah, saya tidak bernaung pada mana-mana proksi, kumpulan atau ideologi tertentu. Saya tidak terpengaruh dengan mana-mana fahaman tertentu yang menyebabkan Mahasiswa UPSI berpecah dan suara menjadi lesu. Pada saya yang baik tiada alasan untuk dibantah, yang salah pula pasti tidak boleh dibenarkan.

13. Jika benar anda betul, saya tetap sokong anda dan jika pula anda salah anda perlu berubah untuk membuktikan anda pemimpin sejati yang mendokong tauladan kepimpinan Nabi Muhammad S.AW.

14. Pengalaman 6 semester saya berada dalam komuniti UPSI memanggil saya untuk berjuang. Walaupun saya tidak berjaya mengatasi fenomena politik sebenar UPSI sebagai calon yang sah layak bertanding pada pemilihan MPP kali ini, namun saya tidak kalah dan tetap berjuang dengan cara saya sendiri. Harapan semua mahasiswa disandarkan pada MPP sesi akan datang ini. Apapun kedudukan atau ideoloi, BERSATU itu kunci kekuatan sebenar “MAHASISWA PELOPOR”. Tunjukkan sahabat-sahabatku anda benar-benar layak menggalas harapan dan cabaran itu agar tidak dipersoalkan diakhirat kelak.

1 ulasan:

  1. ibarat sarang tebuan yg sentiasa berkumpul
    yakin la saudara ku bahawa kami akan sentiasa ada di belakangmu..

    BalasPadam