Selasa, 1 Disember 2009

KUNAK Tanah Tumpah Darahku

















KUNAK adalah sebuah bandar kecil terletak di Bahagian Tawau, Pantai Timur Sabah. Ia dahulunya satu subwilayah yang ditadbir di bawah Pejabat Daerah Lahad Datu, tetapi mencapai statusnya sebagai sebuah daerah penuh pada 1 Jun, 1981.

Terletak di koordinat
Garisan Latitud : 4° 40' 0 Utara
Garisan Longitud : 118° 4' Timur


Pentadbiran Mukim Dan Kampung
Daerah Kunak terbahagi kepada dua mukim iaitu Mukim Pangi dan Mukim Madai. Mukim Pangi mengandungi 18 buah kampung, manakala mukim Madai 11 buah kampung.

Mukim Madai
1.Kampung Asli Baru
2.Kampung Cina
3.Kampung Dasar Baru
4.Kampung Dasar Lama
5.Kampung Kabog
6.Kampung Kunak Darat
7.Kampung Kunak Jaya
8.Kampung Kunak Tiga
9.Kampung Lormalong
10.Kampung Madai
11.Kampung Ulu Madai

Mukim Pangi
1.Kampung Airport Bt. 10
2.Kampung Cenderawasih
3.Kampung Getah
4.Kampung Giram
5.Kampung Hampilan
6.Kampung Jaya Baru
7.Kampung Kadazan
8.Kampung Kansuri
9.Kampung Mostyn
10.Kampung Pangi
11.Kampung Pangi Hujung
12.Kampung Pengkalan
13.Kampung Sapang Air
14.Kampung Selamat
15.Kampung Skim Kokos
16.Kampung Sungai Atas
17.Kampung Sungai Langgas
18.Kampung Telaga Tujuh


Pentadbiran JKKK dan Ketua Kampung

Jumlah JKKK di kawasan D.U.N. N41 Kunak (kini N51 ekoran persempadanan baru berkuatkuasa pada tahun 2004) adalah sebanyak 74 buah iaitu 36 buah terletak di Daerah Kunak dan 38 buah terletak di daerah Semporna. Jumlah Ketua Kampong bagi Daerah Kunak ialah 18 orang.

Banci Penduduk Dan Perumahan Daerah Kunak Tahun 2000.
Di bawah adalah statistik Banci Penduduk dan Perumahan bagi daerah Kunak mengikut Banci Penduduk & Perumahan Malaysia tahun 2000:-

Tempat Kediaman;
Didiami = 5,372,
Kosong = 1,029,
Jumlah = 6,402
Dengan isi rumah berjumlah 5,568.

Penduduk (Hari Banci);
Lelaki = 13,641 orang,
Perempuan = 11,273 orang,
Jumlah = 24,907 orang.


Daerah Kunak mempunyai keluasan 438 batu persegi / 112386 hektar. Berada diantara Bandar Tawau dan Lahad Datu. Pada tahun 2005 penduduknya seramai 54,326 orang, Warganegara : 25, 179 orang dan Bukan warganegara : 29, 147 orang. Masyarakat Kunak terdiri daripada pelbagai suku kaum seperti Bajau, Bugis, Cina, Kadazan dan lain-lain.

INFRASTRUKTUR

KEMUDAHAN BEKALAN AIR
Pada keseluruhannya, kemudahan bekalan elektrik di Daerah Kunak adalah memuaskan. Ini adalah kerana seluruh daerah ini termasuk kawasan luar bandar dan kampong-kampong telah memperoleh bekalan elektrik.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat gangguan dan catuan di beberapa kawasan kerana bekalan tenaga yang disalurkan oleh stesen janakuasa SESB Kunak sudah tidak mencukupi dan tidak dapat menampung permintaan yang kian meningkat seiringan dengan pembangunan pesat di Daerah Kunak kebelakangan ini.

KAWASAN LUAR BANDAR / KAMPUNG-KAMPUNG YANG TELAH MENDAPAT KEMUDAHAN BEKALAN AIR SETAKAT 2004

1. Kampong Pangkalan
2. Kampong Jaya Baru
3. Kampong Getah
4. Kampong Bagiang
5. Kampong Selamat
6. Kampong Kunak Tiga
7. Kampong Kabog
8. Kampong Cendrawasih
9. Kampong Lormalong
10. Kampong Kunak Jaya


CADANGAN PELAN TINDAKAN UNTUK MENGATASI MASALAH AIR DI DAERAH KUNAK


RANCANGAN JANGKA PENDEK

1. CADANGAN MENGGUNAKAN SEMULA LOJI AIR LAMA
Sekiranya Loji Air Lama di Kg. Bagiang dapat digunakan semula, loji ini dapat membekalkan air bersih / dirawat sebanyak 0.5 juta liter sehari.

2. MENGGANTIKAN PAIP-PAIP LAMA
Dengan menggantikan paip-paip lama jenis A.C. ke MSCL terutamanya di kawasan-kawasan di mana kes kecurian air adalah tinggi.

3. MENAIKKAN TARAF SISTEM BACAAN METER KE SISTEM SPOT BILLING BERKOMPUTER
Dengan penggunaan sistem spot billing berkomputer, bacaan meter serta sistem penghantaran (delivery system) bil dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan tepat.

4. PROGRAM PEMOTONGAN PENYAMBUNGAN HARAM
Ini akan menggalakkan penyambungan secara sah di kalangan masyarakat.


RANCANGAN JANGKA PANJANG
1.CADANGAN UNTUK PEMBESARAN LOJI AIR KALUMPANG
Cadangan untuk pembesaran Loji Air Kalumpang telah dikemukakan semula dalam Rancangan Malaysia Ke 9. Projek ini dianggarkan memakan belanja sebanyak RM 29,860,000.00. Loji ini dijangka akan dapat membekal sebanyak 15 juta liter air sehari.


KEMUDAHAN PENDIDIKAN
Kemudahan pendidikan yang terdapat di Daerah Kunak adalah memuaskan. Setakat Bulan Jun 2004, terdapat sebanyak 15 buah Sekolah Rendah, 2 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), sebuah Sekolah Rendah Agama (SUIS) dan sebuah Sekolah Menengah Agama (SMUI) di Daerah ini. Jumlah murid di Sekolah Menengah Kebangsaan adalah seramai 2530 orang manakala jumlah murid di Sekolah Rendah (tidak termasuk SUIS) adalah seramai 5333 orang. Jumlah tenaga pengajar (Guru) di Sekolah Rendah adalah seramai 339 orang manakala di Sekolah Menengah seramai 136 orang.

INSTITUSI PENDIDIKAN DI DAERAH KUNAK
1. Sekolah Rendah : 15 buah
2. Sekolah Menengah Kebangsaan : 3 buah
3. Sekolah Rendah Agama (SUIS) : 1 buah
4. Sekolah Menengah Agama (SMUI) : 1 buah
5. Pra Sekolah : 7 buah
6. Tabika KEMAS : 2 buah
7. Sekolah Pendidikan Khas : 1 buah


PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN UNTUK PEMBANGUNAN DAERAH KUNAK
Negeri
1. Membina Jalan Tingkayu (40km gravel road) RM 15,700.000, Siap
2. Membina Jalan Sabahan 16km RM 7,420,000, Siap
3. Membina Jalan Sapang/Skim 10km RM 3,250,000, Siap

Persekutuan
1. Menaiktaraf Jalan Buyung Madai(3.8km seal road RM 1,985,151.23,Siap
2. Membaiki permukaan dan mengukuh Jalan L/Datu/Semporna/Kunak RM5,580,205.40 Siap
3. Kegagalan cerun di sepanjang jalan Tawau/Sandakan di Kunak(Design/Build) RM 6,980,000, Siap


Rangkaian Jalanraya Dan Jambatan Di Kunak

Rangkaian jalanraya di Daerah Kunak merangkumi jalanraya negeri dan persekutuan. Jumlah panjang jalan persekutuan ialah 45.96km manakala panjang jalan negeri ialah 134.9km. Jumlah rangkaian jalanraya yang berdaftar dengan Jabatan Kerja Raya ialah 180.85 KM. Daripada jumlah ini 77.87KM ialah jalan Tar 101.77 KM jalan gravel dan 1.21 KM jalan tanah merah. Dari segi jambatan pula ia boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu RC Deek. Sawn Timber Deek,Log Bride dan Low Level Crossing.


Bekalan Letrik (SESB)

Pada keseluruhannya bekalan letrik di Daerah KUnak adalah baik dan memuaskan. Bolehlah dikatakan 100% daripada kampung-kampung di Daerah ini sudah memperolehi bekalan letrik. Pada tahun 1997 dan tahun 1998, Lembaga Letrik Sabah pada masa itu telah melaksanakan 2 buah projek untuk menambah jumlah keperluan tenaga letrik di Kunak dengan tambahan tersebut bekalan letrik di Kunak dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk beberapa tahuna kan datang.

( I ) Kunak Power Station Extension (Siap Feb 1998)
- 2 x (620)KW Disel set
- 2 x 1250 KVA stepup Transformer & 11 KV
- Control Panel
Kos =RM 1,791,323

(II)Menambah Diesel Generating set )Siap Jan 1999)
- 1 x(620) KW Diesel Set
- Control Panel
- Civil Works
Kos = RM 676,982

Bekalan Letrik Kunak
Keupaaayaan dijana : 4100 KW
Jumlah tenaga dipakai (Peak) - 2365
Jumlah tenaga dipaaaakai (Low) - 1295
Jumlah pengguna (meter) - 2434
Unit dijana - 1,155,780 KWH
Industri - 35
(Rumah) Domestik - 2060
Kilang - 7
Street Light - 16
Data: SESB Sdn. Bhd Kunak

Pada 1998 dan 1999, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia melakukan konsep payung telah melaksanakan beberapa projek bekalan letrik luar bandar di Kunak iaitu dibeberapa kampung yang masih belum mendapat bekalan pada masa itu iaitu seperti di Kg. Airport Batu 10,Kg. Ladang Forest, Gading-Gading Lama/Sapang Air, Kg. Pekebun Kecil Sapang dan Kg Sri Wawasan dengan memakan jumlah kos sebanyak RM4,493,638.

Bekalan Letrik Luar Bandar - Jumlah RM 4,493,638.00
1. Airport Bt. 10 RM 978,000
2. Ladang Forest RM 463,810.40
3. Gading-Gading Lama/Sapang Air RM1,785,283
4. Pekebun Kecil Sapang/Asli Baru/Ulu Madai RM 962,071.70
5. Kg. Sri Wawasan Simpang Empat RM 304474.40

KEMUDAHAN KESIHATAN
Pada keseluruhannya kemudahan kesihatan di Daerah Kunak masih perlu dipertingkatkan. Di pekan ini terdapat Pusat Kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada penduduk kunak dengan khidmat seorang Doktor dan 42 orang kakitangan perubatan. Jumlah Purata pesakit luar meningkat hingga 250 hingga 300 orang sehari. Pada masa ini Pejabat Kesihatan Daerah dan Kuaters sedang dalam pembinaan dan dijangka siap dalam 3 tahun yang menelan kos sebanyak RM 16 Juta. Pada tahun 2001, difahamkan Hospital baru akan dibina dan dijangka siap dalam tempoh 3 tahun yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 43 juta. Bagi penduduk yang berkemampuan boleh mendapatkan khidmat rawatan di Klinik Swasta.


PERKHIDMATAN DAN PERNIAGAAN DI PEKAN KUNAK

1.Kedai Konkrit 107 buah
2.Pasar Ikan 1 buah (44 lot)
3.Pasar Umum 104 lot
4.Pasar Ayam 11 lot
5.Tamu Pekan 1 lot
6.Hotel 2 buah
7.Pelabuhan 1 buah
8.Taman Bunga 2 buah
9.Tandas Awam 3 buah
10.Dewan Masyarakat 1 buah
11.Panggung Wayang 1 buah
12.Pusat Hiburan Keluarga 1 buah
13.Kedai Papan sementara 38 buah
14.Bank / Finance 3 buah
15.Taman Perumahan 1 buah
16.Klinik Swasta 2 buah

Program PPRT di Daerah Kunak
Mengikut Banci PPRT yang dibuat pada tahun 2004, Daerah Kunak merekodkan sejumlah 697 Keluarga Isi Rumah Termiskin yang menerima pendapatan kurang dari RM345 sebulan.
Setakat akhir tahun 2004, pelbagai tindakan/projek socio-ekonomi secara bersepadu telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan untuk meningkat taraf hidup golongan ini.

Program Pembinaan Rumah Termiskin Daerah Kunak 1997,1998,1999
Tahun Rumah Dibina Rumah Dibaiki Kos (RM)
1997 31 14 226,100
1998 28 - 193,320
1999 70 - 486,500
2000 - - -
Jumlah 129 14 905,920

Program Ladang PPRT
Program ladang PPRT telah dirancang untuk dilaksanakan di Daerah Kunak. Tanah seluas 5540 ekar telah dikenalpasti di Ulu Tingkayu, di mana pihak Borneo Samudera, KPLBK, Pejabat Daerah Kunak, dan Jabatan Tanah dan Ukur telah bersetuju untuk menjadikan kawasa 5540 ekar ini sebagai Ladang PPRT. Bagaimanapun, setelah kajian lapangan dibuat, didapati tanah tersebut adalah terlalu curam, dan mungkin tidak sesuai dijadikan ladang sawit PPRT. Pejabat ini mencadangkan supaya tanah hutan simpan yang rata dan berdekatan dengan jalan besar diganti denga tanah Kerajaan yang curam dan tidak sesuai untuk pertanian untuk dijadikan Ladang PPRT di Kunak.

Pembangunan Ekonomi
Pertanian merupakan aktiviti utama bagi Daerah Kunak. Adalah dianggarkan 80,000 hektar kawasan tanah di Daerah Kunak sesuai untuk aktiviti pertanian. Adalah dianggarkan terdapat lebih kurang 120 estet (100 ekar ke atas) di Daerah Kunak.

Mengikut laporan dari Jabatan Pertanian, tanah seluas72,272.75 hektar telah ditanam dengan kelapa sawit, koko, kelapa, dan lain-lain tanaman kontan. Antara syarikat-syarikat besar (listed companies) yang mempunyai estet di Daerah ini adalah Golden Hope, IOI, Guthrie, Taiko dan Mycom. Kebanyakan syarikat besar ini berkecimpung dalam bidang penanaman kelapa sawit. Syarikat-syarikat ini memiliki lebih 70 peratus daripada tanaman kelapa sawit di Daerah Kunak

Kelapa Sawit Kelapa sawit merupakan tanaman utama bagi Daerah Kunak. Tanaman ini telah menjadi semakin penting pada hari ini dan keluasan tanaman juga semakin meningkat. Banyak syarikat besar telah menebang tanaman koko dan beralih ke tanaman kelapa sawit.

Mengikut laporan Jabatan Pertanian, kawasan seluas lebih kurang 58620.35 hektar tanah di Kunak telah ditanam dengan kelapa sawit. Walaupun jumlah luas kawasan kelapa sawit adalah besar, namun lebih 65 peratus adalah dimiliki oleh syarikat-syarikat besar (listed companies) dan hanya lebih kurang 35 peratus dimiliki secara persendirian dan pekebun-pekebun kecil. Pertambahan tanaman kelapa sawit di daerah ini menyokong perkembangan industri kelapa sawit. Pada masa ini terdapat 6 buah kilang minyak sawit mentah di Kunak seperti berikut :

a. Ladang Binuang - 1 buah
b. Ladang Giram - 1 buah
c. Ladang Mostyn - 1 buah
d. Ladang IOI - 1 buah
e. Borneo Samudera - 1 buah
f. Guthrie - 1 buah LADANG PEMILIK LUAS (HEKTAR)

Senarai Ladang landang Kelapa Sawit Di Daerah Kunak
1.Mostyn Golden Hope - 3,126 Hektar
2.Sungang Estate Golden Hope - 2,993 Hektar
3.Tingkayu Estate Golden Hope - 1,567 Hektar
4.Ladang Binuang Golden Hope - 3,233 Hektar
5.Tohun Sug Estate Golden Hope - 438 Hektar
6.Madai Estate Golden Hope - 259 Hektar
7.Ladang Baturong IOI - 6,965 Hektar
8.Ladang Sungai Tingkayu Mycom - 3,179 Hektar
9.Tingkayu Plantation S/B Mycom - 435 Hektar
10.Ladang Ulu Tingkayu Mycom - 2,911 Hektar
11.Sy Jeleta Bumi Baturong Guthrie - 180 Hektar
12.Sy. Jeleta Bumi Tingkayu Guthrie - 970 Hektar
13.Ladang Jatika Taiko - 2,154
14.Ladang Madai Borneo Samudera - 2,910 Hektar
15.Ladang Yayasan Tun Fuad Borneo Samudera - 2,017 Hektar


Penternakan

Industri penternakan bukanlah satu aktiviti utama bagi Daerah Kunak. Kebanyakan penternak hanyalah merupakan penternak sampingan dengan ternakan utama seperti ayam dan itik. Terdapat 4 ladang komersial (1000 ekor ke atas) yang mengusahakan ternakan ayam daging di daerah ini dan 5 orang yang mengusahakan ternakan itik antara 500 hingga 1000 ekor. Purata pengeluaran ayam dan itik adalah 1000 ekor sebulan. Pasaran utama daging ayam dan itik adalah di sekitar kawasan Tawau dan Lahad Datu.

Pelancongan

Sektor pelancongan bukanlah satu sektor yang aktif di Daerah Kunak, namun sektor ini mempunyai masa depan yang baik dan cerah. Beberapa tempat strategik seperti Gua Madai dan Air Terjun Madai dan beberapa buah pulau seperti Maganting dan Bohayan mempunyai tarikan tersendiri yang boleh menarik pelancong ke daerah ini. Mungkin sudah tiba masanya bagi STPC atau mana-mana agensi pelancongan swasta mempromosikan tempat-tempat ini.

Industri Sarang Burung
Industri memungut sarang burung merupakan satu aktiviti tradisi yang diusahakan oleh kaum Idahan sejak turun temurun. Sarang burung dipungut dua kali setahun (April dan Ogos) secara giliran mengikut keluarga dan dijual kepada para peniaga di sekitar Kunak.Walaupun industri ini dianggap secara kecil-kecilan, namun sebenarnya ia melibatkan pusingan wang berjuta-juta ringgit

Perhutanan
Industri perhutanan menjadi salah satu aktiviti penting pada masa dahulu. Bagaimanapun industri ini telah
kurang aktif pada hari ini disebabkan masalah kekurangan kayu balak di daerah ini. Menurut laporan Jabatan Perhutanan, keluasan hutan simpan di Daerah Kunak adalah lebih kurang 66,842 hektar.

1.Hutan Simpan Kalumpang VJR 107C, 950 hektar
2.Hutan Simpan Kalumpang VJR 107D, 1950 hektar
3.Hutan Simpan Kalumpang VJR 107E, 868 hektar
4.Hutan Simpan Madai Baturong VJR 107F, 2430.497 hektar
5.Hutan Simpan Madai Baturong VJR 107F, 3436.503 hektar
6.Hutan Simpan Pulau Tabawan, 625 hektar
7.Hutan Simpan Pulau Silumpat, 120 hektar
8.Hutan Simpan Pulau Bohayan, 162 hektar
9.Hutan Simpan Pulau Maganting, 66 hektar
10.Hutan Simpan Ulu Kalumpan Kelas 1, 51118 hektar
11.Hutan Simpan Bakau Kuala Tingkayu Klas V, 4745 hektar
12.Hutan Simpan Bakau Semporna Klas V, 371 hektar

Koko
Penanaman koko secara komersial telah bermula sejak tahun 1960an. Bagaimanapun tanaman koko tidak lagi dianggap tanaman penting pada hari ini. Banyak estet telah menebang pokok koko untuk diganti dengan tanaman kelapa sawit. Sebab utama yang mendorong kepada pengurangan tanaman koko adalah dari segi penjagaan di mana tanaman koko memerlukan tenga buruh yang ramai yang menyebabkan kos pemeliharaan meningkat. Pada hari ini, keluasan tanaman koko di Daerah Kunak adalah lebih kurang 11455.06 hektar sahaja dan kebanyakan daripada ladang koko dipunyai oleh individu dan pekebun-pekebun kecil. Hasil koko dijual ke Tawau dimana terdapat kilang memproses biji koko.

Perikanan
Perikanan merupakan salah satu aktiviti ekonomi harian yang penting bagi penduduk Daerah Kunak. Aktiviti menangkap ikan boleh dikatakan telah menjadi satu tradisi bagi penduduk Bumiputera tempatan yang kebanyakan menetap di pesisiran pantai. Mereka ini menjalankan kegiatan menangkap ikan untuk dijual di pasar untuk kehidupan harian. Jumlah pengeluaran yang dilaporkan di pasar harian daerah ialah 438 tan metrik (rekod Jabatan Perikanan). Jumlah nelayan yang direkodkan Jabatan Perikanan di daerah ini ialah lebih kurang 1200 orang. Manakala nelayan sambilan adalah 350 orang, jumlah bot yang ada di daerah ini adalah 254 buah. Selain dari nelayan tempatan, daerah ini juga mempunyai 2 buah syarikat iaitu Thai Chia Marine dan Lucky Ocean yang beroperasi secara komersial dalam industri perikanan. Kedua-dua syarikat ini mengusahakan kilang baja ikan secara komersial. Kedua-dua syarikat ini mempunyai kapasiti pengeluaran 9840 tan metrik setahun. Jumlah pengeluaran baja ikan pada Tahun 1997 dan 1998 adalah 4332 tan metrik. Kesemua baja ikan digunakan dalam negeri.Pengeluaran Hasil-Hasil Laut Daerah Kunak 1995 - 2000


Kilang Papan

Terdapat sejumlah 7 buah kilang papan yang berdaftar dengan Jabatan Perhutanan dan hanya 2 buah sahaja yang masih beroperasi.

Senarai Kilang Papan Di Daerah Kunak
1.Kilang Papan Salim/Lasano Lumberco (S) Sdn. Bhd. Kunak Jaya
2.Kilang Papan Sri Langgas Kunak Jaya
3.Kilang Kingswood S.B, Kunak Jaya
4.Kilang Papan Bitano,S.B. Sabahan
5.Kilang Mini H&L Enterprise, Tingkayu
6.Kilang Mini Kung Hing, Tingkayu
7.Kilang Papan Panasaan S.B, Sapang


PERHUBUNGAN

Kedudukan Geografinya yang terletak dipesisir laut dan kemudahan infrasruktur Jalanraya yang baik membolehkan Daerah ini atau Pekan Kunak di hubungi melalui jalan laut dan darat.

Rangkaian jalanraya di Daerah Kunak merangkumi jalanraya negeri dan persekutuan. Jumlah panjang jalan persekutuan ialah 45.96km manakala panjang jalan negeri ialah 134.9km. Jumlah rangkaian jalanraya yang berdaftar dengan Jabatan Kerja Raya ialah 180.85 KM Daripada jumlah ini 77.87KM ialah jalan Tar 101.77 KM jalan gravel dan 1.21 KM jalan tanah merah.

Daerah Kunak bersempadan dengan Tawau di selatan, Semporna di timur, Lahad Datu di utaranya dan
jarak dari bandar-bandar lain adalah seperti berikut;

Tawau - 82km
Semporna – 90km
Lahad Datu – 74km
Kota Kinabalu – 500km



STATISTIK PILIHANRAYA KE-13 DI KUNAK

P. 188 SILAM N.51 - KUNAK

NILWAN BIN KABANG BN - 5,083 MENANG
BEDU BIN KUDUSA PKR - 968

JUMLAH PEMILIH : 9,694
KERTAS UNDI DITOLAK : 225
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 6,283
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 7
PERATUSAN PENGUNDIAN : 64.81%
MAJORITI : 4,115




PENTADBIRAN DAERAH

Pendahuluan
Pejabat Daerah Kunak, yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Daerah Kecil, mula beroperasi pada Januari, 1965. Pembinaan bangunan pejabat ini siap dibina dalam pertengahan tahun 1964. Pada awal operasinya, pejabat ini diketuai seorang Ketua Kerani. Hanya pada Januari 1965 barulah seorang pegawai dari daerah Lahad Datu dihantar untuk mentadbirnya. Pada ketika itu, Penolong Pegawai Daerah dibantu oleh seramai empat orang kakitangan terdiri daripada seorang Ketua Kerani, seorang Kerani Am, seorang Peon dan seorang pemandu. Pejabat ini diletak di bawah pentadbiran Daerah Lahad Datu. Penolong Pegawai Daerah yang pertama bertugas selaku Ketua Pejabat di pejabat ini ialah Encik Thomas Koroh. Beliau bertugas dari Jan 1965 hingga November 1966. Pegawai-pegawai lain yang pernah bertugas di Pejabat Daerah Kecil, Kunak sebagai Penolong Pegawai Daerah adalah seperti berikut;-

* Encik Sanin Haji Pandin - Februari 1968 hingga November 1968
* Encik Yusof Yahya - November 1968 hingga Jun 1969
* Encik Rahim Musally - Julai 1969 hingga Januari 1970
* Encik Sapari Haji Amir - Januari 1970 (maaf tiada catatan yang jelas)
* Encik Sari Bin Suhut - 1970 hingga 1971 (maaf tiada catatan yang jelas)
* Encik Adenan Haji Yusuf - 1971 hingga Disember 1974
* Encik Uda Bin Sulai - Januari 1975 hingga September 1975
* Encik Musa Haji Nasir - September 1975 hingga November 1979
* Encik Arah Haji Mohammad Dara - Disember 1979 hingga Februari 1980
* Haji Habib Yussof Bin Habib Jaafar - Mac 1980 hingga Julai 1981

Naik Taraf Sebagai Pejabat Daerah:


Pejabat Daerah Kecil, Kunak dinaik taraf sebagai Pejabat Daerah pada 01 Julai 1981. Encik Salleh Bin Ajak merupakan orang yang pertama menyandang jawatan sebagai Pegawai Daerah Kunak. Pada 05 Oktober, 1983, bangunan pejabat ini diubahsuai untuk memenuhi keperluan sesuai dengan pertambahan anggota dan peralatan.

Senarai Pegawai-Pegawai Daerah;-

* Encik Salleh Bin Ajak - Ogos 1981 hingga September 1982
* Encik Mohammad Bin Zenin - September 1982 hingga Disember 1983
* Encik Louis Rampas - Januari 1984 hingga Januari 1987
* Encik Mohammad Yaacub Bin Abdul Hamid - Januari 1987 hingga November 1988
* Encik Suhaili Bin Riman - November 1988 hingga Januari 1993
* Encik Lnus Dani - Januari 1993 hingga Jun 1994
* Encik Elmin Bin Haji Kassim - Jun 1994 hingga Januari 1996
* Encik Ahmad Bin Samsuri - Januari 1996 hingga Januari 1998
* Encik Wong Foo Tin - Januari 1998 hingga 10 Februari 2003
* Encik Kamlun Bin Haji Pasal - 11 Februari 2003 sehingga sekarang

Senarai Penolong-Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran);-

* Encik Abdul Samad Bin Salleh - Oktober 1981 hingga April 1988
* Haji Alimardan Bin Mohd. Tahir - April 1988 hingga November 1991
* Encik Edwin Bolingin - November 1998 hingga September 1998
* Encik Bahri Haji Yunus - September 1998 hingga sekarang

Jawatan Penolong Pegawai Daerah (Luar Bandan/Pembangunan)

Pentadbiran Pejabat Daerah Kunak dinaiktarap dengan pertambahan satu lagi jawatan Penolong Pegawai Daerah (Luar Bandar/Pemangunan) pada Julai 1985. Dengan pertambahan ini, Pegawai Daerah Kunak dibantu oleh dua orang Penolong Pegawai Daerah. Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) diletak di Bahagian Pentadbiran manakala Penolong Pegawai Daerah (Luar Bandar/Pembangunan) diletak di Bahagian Pembangunan.

Senarai Penolong-Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan);-

* Encik Awang Bin Selamat - Julai 1985 hingga Disember 1991
* Encik Abdullah Bin Sukimin - Januari 1992 hingga November 1993
* Encik Yusof Bin Haji Osman - November 1993 hingga Oktober 1995
* Encik Mohd. Salim Bin Gabot - Oktober 1995 hingga April 2002
* Encik Hussin Bin Ibrahim - 01 Mei 2002 hingga sekarang


PROJEK-PROJEK SEDANG DILAKSANA DAN PROJEK MASA DEPAN


Beberapa projek telah dirancang untuk dilaksanakan pada masa akan datang. Projek-projek ini termasuklah projek Persekutuan dan Negeri yang mana akan memberi faedah kepada Daerah Kunak.

1. Pembinaan Hospital Daerah Kunak
Pada Tahun 1999, upacara pecah tanah telah diadakan oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia di Kg. Selamat. Tanah seluas 30 ekar telah diambil oleh Kerajaan. Projek telah dimulakan pada Julai, 2001 dengan anggaran kos RM 43 juta dan dijangka siap dalam masa 2 tahun. Pembinaan projek ini sedang giat dijalankan dan kini berada ditahap 50% setakat suku tahun kedua 2003.

2. Pembinaan Semporna – Kunak Coastal Highway
Projek ini telah dimulakan pada Julai, 2001 dengan anggaran kos RM160 juta sepanjang 43km. Projek ini dijangka siap dalam tempoh 2 tahun. Pembinaan projek ini sedang giat dijalankan dan kini berada ditahap 45% setakat suku tahun kedua 2003.

3. Pembinaan Pasar Umum Di Pekan Kunak
Projek ini telah diluluskan pada dasarnya oleh Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan pada mesyuarat anggaran 1999. Projek ini dicadangkan di kawasan tapak di pinggir pantai dengan kos RM3.5 juta. Perancangan untuk memulakan projek ini dalam tahun 2001 tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

4. Pembinaan Bangunan Mini Urusetia Daerah Kunak Di Tanah Seluas 50 ekar
Masih dalam proses pengurusan dan pertimbangan pihak kementerian berkaitan.

5. Pembinaan Jeti Pendaratan Ikan
Masih dalam proses pengurusan dan pertimbangan pihak kementerian berkaitan.

6. Pembinaan Kompleks Memproses Ikan
Masih dalam proses pengurusan dan pertimbangan pihak kementerian berkaitan

7. Pembinaan 180 Unit Rumah Kos Rendah Dan 6 Unit Kedai Di Simpang Empat, Kunak.
Perancangan pihak LPPB untuk memulakan perojek ini dalam tahun 2001 tergendala dan hanya dapat dimulakan pada suku tahun keempat 2002. Penimbusan dan meratakan tapak sedang giat dijalankan setakat suku tahun kedua 2003.

8. Pembinaan Bangunan Mini Sekretariat Di Tapak Pejabat Daerah
Projek ini mula dibina pada 07 Disember, 2000 dan siap sepenuhnya pada 26 Julai, 2002.

9. Pembinaan Kilang Ais.
Projek ini masih dalam peringkat perancangan


Jabatan Kerajan Dan Agensi Di Kunak

1. Kunak District Office
2. Kunak District Council
3. Royal Malaysian Police
4. Public Works Department
5. Agriculture Department
6. Forestry Department
7. Education Department
8. Health Department
9. Medical Department
10.Fisheries Department
11.Veternery Services Department
12.Information Department
13.Registration Department
14.Water Department
15.Treasury Department
16.Social Welfare Department
17.State Youth And Sport Ministry
18.State Islamic Affairs Department
19.State Library
20.Labour Department
21.Sabah Electricty Sdn. Bhd.
22.Telekom Malaysia
23.Malaysian Postal Services
24.RELA
25.Pertubuhan Peladang
26.Yayasan Usaha Maju
27.Koperasi Pembangunan Desa
28.Ko- Nelayan


"Sumber diperoleh daripada Majlis Daerah Kunak, Jabatan Bomba Kunak dan Hospital Kunak"

AUKU Pindaan 2009

LATAR BELAKANG KEPADA USAHA MEMINDA AUKU

• AUKU mengandungi peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan sistem governan, struktur organisasi, disiplin dan tatatertib pelajar dan pekerja universiti dan kolej universiti awam di Malaysia serta beberapa peruntukan lain yang penting dalam memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan universiti serta kolej universiti awam terus licin dan sejajar dengan matlamat asal penubuhannya.

• Sejak AUKU digubal dan dikuatkuasakan pada 30 April 1971, ia telah dipinda sebanyak 5 kali iaitu pada 24 September 1971, 13 Mei 1975, 20 Februari 1983, 1 Oktober 1996 dan 1 Februari 2009.

• Akta Universiti dan Kolej Universiti digubal pada tahun 1971, yakni pada masa/zaman yang disirikan oleh demontrasi pelajar di seluruh dunia. Pun begitu AUKU tidaklah semata-mata satu reaksi kepada pergolakan pergerakan pelajar; terdapat keperluan yang mendesak untuk mewujudkan satu sistem tadbir urus Universiti yang tersusun sebagai asas kukuh pembangunan pendidikan tinggi negara.

Menurut Prof. Dr. Shad Shaleem Faruqi, Dalam tempoh 37 tahun banyak perubahan telah berlaku. Antaranya:

•Malaysia – capai tahap kemajuan yang memberangsangkan–ekonomi,sosial & politik.

•Masyarakat lebih terpelajar–tuntutan sosial telah meningkat.

•Tahap pengetahuan dan pemakaian ICT meningkat dan budaya mencari ilmu dipermudahkan.

•Komitmen kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan di rantau ini.

•Usaha dan komitmen KPT–tingkatkan status IPTA khususnya dalam ranking dunia.

•Ekspektasi masyarakat Malaysia khususnya terhadap Universiti –bukan saja gedung ilmu tetapi sebagai wadah pembangunan insaniah.

Semua tersebut adalah di antara fakta-fakta yang mendorong pindaan kepada AUKU 1971. Justeru satu Jawatan kuasa dilantik oleh Menteri Pendidikan Tinggi untuk menyemak
kembali AUKU.


MODUS

1.Perbincangan dan Perundingan dengan pihak berkepentingan.

•Ahli-ahli Parlimen
•Pegawai-pegawai Kanan KPT
•Pegawai-pegawai Kanan Bahagian Penggubalan Jabatan Peguam Negara
•Pengerusi,Lembaga-lembaga Pengarah Universiti
•Naib-naib Canselor
•Timbalan-timbalan Naib Canselor(HEP)
•Persatuan-persatuan Kakitangan Universiti
•Penasihat-penasihat Undang-undangIPTA
•SUHAKAM
•Majlis-majlis Perwakilan Pelajar


2.Pendekatan

•Terdapat tiga opsyen pendekatan

2.1 Pelihara AUKU seperti adanya.
2.2 Mansuhkan keseluruhan AUKU sedia ada dan gantikannya dengan yang baru.
2.3 Pelihara bahagian-bahagian asas AUKU sedia ada dan buat pindaan yang wajar kepada peruntukan yang lapuk dan tidak lagi relevan.

•Jawatankuasa Menteri dengan kebenaran Menteri memilih opsyen yang ketiga,yakni 2.3


PINDAAN DIGOLONGKAN KEPADA TIGA DOMAIN ASAS


1. GOVERNANS/TADBIR URUS
2. PEKERJA
3. PELAJAR

Di sini saya cuma menekankan pindaan yang berkaitan dengan perkara 3 iaitu PELAJAR. Perkara yang dipinda berkaitan Pelajar adalah seperti berikut :

Jawatankuasa Pelajar

•Jawatan kuasa Kebajikan Pelajar sedia ada dikekal tetapi keanggotaannya dipinda.

a). Naib Canselor sebagai Pengerusi
b). 2 orang dipilih oleh MPP
c). seorangah lidilantik oleh Lembaga

(dahulunya tidak jelas siapa yang menajadi Pengerusi dan bilangan ahli dan kuasa penubuhan oleh Lembaga tetapi kini secara berkanun)

Kebajikan Pelajar

-Perkara-perkara mengenai kepentingan dan kebajikan pelajar adalah di antara yang paling sensitif.
-Pindaan dan perubahan adalah ke arah perluasan hak pelajar dan pemantapan kebajikan pelajar.

Perubahan-perubahan yang berkaitan hal ehwal kebajikan pelajar adalah seperti berikut:
•Kesalahan di bawah Akta (dahulunya adalah kesalahan jenayah) kini –kesalahan tatatertib sahaja.
•Perluasan hak berpersatuan.
•Perluasan hak bersuara.
•Hak terhadap pendidikan terjamin.
•Hak untuk didengar.
•Hak untuk diwakili dalam perbicaraan tatatertib.
•Hak untuk diberitahu alasan keputusan tatatertib, secara bertulis dalam tempoh ditetapkan.
•Hak untuk merayu dan mendapat keputusan rayuan dalam masa ditetapkan.
•Perluasan dan perjelasan takrif “pelajar”memperluaskan hak mengundi.


Seksyen 15 (yang baharu) Hak Berpersatuan
1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang, dalam/luar Universiti, dalam atau luar Malaysia, kecuali :

a) mana-mana parti politik, dalam atau luar negara
b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, dalam atau luar Malaysia
c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga dan diberitahu secara bertulis kepada Naib Cancelor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti.

Pertubuhan badan dan kumpulan pelajar yang ditubuhkan di bawah perlembagaan turut diberi hak yang sama dan tertakluk kepada sekatan yang sama.

Selepas Menteri menyatakan/menamakan kepada Naib Canselor pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan beliau sebagai tidak sesuai adalah menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk menyampaikan kepada pelajar, atau pertubuhan pelajar berkenaan

Pengecualian : Naib Canselor boleh, atas permohonan pelajar, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan 15(1)(a)

*contoh : ahli politik menjadi pelajar


Hak Bersuara


•Seksyen 15(5)

•Pelajar /pertubuhan pelajar tidak boleh melakukan/menyatakan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsir sebagai menyatakan sokongan/simpati atau bangkangan terhadap 3 kategori badan yang disebut dalam seksyen 15(1)(a)(b) & (c)

•Peruntukan dahulu: “yang boleh ditafsir”kini perlu dinilai dari sudut munasabah maka tidak “arbitary”

•Namun pelajar tidak boleh dihalang membuat (Seksyen 15(6) (dimasukkan melalui pindaan)

(a) pernyataan mengenai perkara akademik berkaitan pengajian dan penyelidikannya.
(b) menyatakan sendiri mengenai perkara (a) di atas dalam sesuatu seminar, simposium atau majlis seumpamanya yang tidak ditaja oleh tiga badan yang disebut dalam seksyen 15(1)(a)(b)(c).

•Pelanggaran peruntukan-peruntukan seksyen 15 boleh dikenakan tindakan tatatertib –jika pelajar (dahulu adalah kesalahan boleh didenda

Kutipan Wang

Seksyen 15A Akta
(i) Larangan dikekalkan
(ii) Pelanggaran dahulunya (dahulu adalah kesalahan boleh didenda (iii) kuasa untuk mengecualikan mana-mana orang daripada larangan seksyen 15A(1) dipindahkan daripada Menteri kepada Naib Canselor(pindaan sub-seksyen 4 menjadi tidak perlu dan dimansuh-dulu perwakilan kuasa daripada Menteri ke Naib Canselor)

Tanggungan Badan Pelajar
•Seksyen 15B dahulu menyebut “Tanggungan Jenayah”dimansuh dan diganti dengan lebih adil
•Seksyen 15B baharu:
-Jika kesalahan boleh daftar dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan kesalahan itu dilakukan atau berupa dilakukan disabitkan atas kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib dan badan pelajar diurus mengikut seksyen 16.



Hak Pendidikan Dipelihara

Seksyen 15D(4), (5), (6), (7), (8)
•Pelajar yang dikenakan tahanan pencegahan atau dipenjara, boleh dengan persetujuan Senat, menduduki peperiksaan Universiti tertakluk kepada apa-apa perintah pihak berkuasa berwibawa.
•Pelajar yang digantung di bawah sub-seksyen (1) boleh diterima masuk ke mana-mana Universiti yang
ditubuh di bawa Akta ini dengan kelulusan bertulis Menteri dan syarat-syarat dikenakan oleh Menteri.
•Pelajar yang terhenti menjadi pelajar di bawah Akta ini turut boleh diterima masuk ke Universiti lain.
•Pelajar yang dituduh didapati tidak bersalah jika digantung/ataumenjalani tempoh penjara boleh menyambung pengajarannya –tempoh pergantungan/penjara tidak diambil kira dalam pengiraan tenpoh maksimum pengajian dan keputusannya.
•Peruntukan yang sama bagi pelajar yang dikenakan tahanan pencegahan.
•(jika dulu pelajar apabila digantung tidak boleh masuk Kampus / diterima menjadi pelajar di Universiti lain, jadi satu kesalahan denda

Kuasa Naib Canselor Menggantung/Membubar Badan/Pertubuhan Pelajar

•Seksyen16 baharu: 16(1) dan(2)
•Naib Canselor boleh menggantung/membubar sesuatu badan pelajar yang didapati menggugat atau mengancam ketenteraman pelajar, pekerja dan Kampus tetapi selepas memberi badan pelajar itu peluang yang membuat representasi bertulis.
•Badan yang terkilan boleh dalam tempoh 14 hari dari tarikh penggantungan/ pembubaran itu merayu secara berulis kepada Menteri(ini tidak ada dalam Akta asal)



Kuasa dan Prosedur Tatatertib

Seksyen 16B asal dipinda
1.Naib Canselor kekal sebagai kuasa tatatertib pelajar.
2.Naib Canselor boleh mewakilkan fungsi, kewajipan dan kuasa tatatertibnya kepada mana-mana TNC, pekerja Universiti atau Jawatankuasa Pekerja Universiti.
3.Naib Canselor atau wakilnya hendaklah maklum secara bertulis alasan hukuman dicadangkan da pelajar diberi peluang munasabah untuk didengar.
4.Pelajar berhak diwakili oleh seorang pekerja atau pekerja atau pelajar lain Universiti.
5.Pelajar berhak membuat representasi bertulis.
6.Keputusan prosiding tatatertib diberikan kepada pelajar secara bertulis dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan.
7.Pelajar terkilan boleh merayu dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar.


Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar

•Ditubuhkan oleh Lembaga–ahli dilantik oleh Lembaga.
(i) 2 orang ahli dari kalangan ahli Lembaga(seorang daripadanya menjadi Pengerusi)
(ii) seorang daripada Universiti (bukan Naib–Canselor atau orang yang kepadanya Naib Canselor telah mewakilkan kuasa tatatertib)
(iii)mesti memastikan rayuan dalam masa 30 hari dari tarikh menerima rayuan
(iv)memberitahu kepada pelajar secara bertulis dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan.
-Pelajaryang merayu
* berhak diwakili oleh pekerja atau pelajar lain Universiti.
* berhak membuat representasi bertulis.


Kaedah Tatatertib Seksyen 16C (Dipinda)
(Kuasa Lembaga)

•Perubahan : Penggantungan semasa prosiding berjalan/belum selesai Kaedah–boleh memasukkan hukuman pembuangan pelajar daripada Universiti. Kaedah hendaklah menetapkan tatacara prosiding tatatertib dan prosiding rayuan



Siswa Di Persimpangan

1. Dari dulu hingga mutakhir ini, banyak rencana-rencana, artikel-artikel ditulis mengkritik kelesuan mahasiswa. Setiap tulisan diolah dengan nada sinis seolah-olah memberi gambaran pemimpin siswa penakut dan dayus serta selalu membuat bandingan dengan gerakan siswa era 70-an.

2. Tulisan-tulisan sebegini sedikit sebanyak menguris hati pemimpin pelajar dan mencabar kredibiliti mereka serta meletakkannya dalam persimpangan iaitu terpaksa akur dengan kebenaran hujah-hujah penulis (yang mungkin bukan bekas pemimpin siswa pun) atau mengikuti naluri dirinya sendiri, yang merupakan pemegang kuasa pada masa ini.

3. Isu kritikan, sindiran, tohmahan, pujian dan sanjungan bukan perkara baru dalam frasa gerakan mahasiswa.Sudah lama, malah berakar umbi ketika gerakan mahasiswa mula berputik sejak tahun 60-an lagi. Di sinilah ujian jati diri pemimpin siswa mengharungi cabaran dan tekanan masyarakat supaya tidak terus menerus berada di persimpangan.



Persimpangan sebelum AUKU

1. Zaman sebelum AUKU, gerakan siswa terdedah dengan dua pendekatan yang saling kontradik. Pemimpin siswa dalam dilema memilih pendekatan ekstrim atau diplomasi. Walaupun ketika itu terdapat pemimpin siswa yang memilih pendekatan diplomasi, namun pendekatan ektrimis mendapat tempat di dada akhbar, maka pendekatan seumpama itu disinonim dengan pemimpin dan gerakan siswa masa itu.

2. Pada tahun 70-an, Hisyamuddin Rais (Setiausaha Agung PMUM) mewakili kelompok ekstrimis dan Aziz Shamsuddin (Presiden PBMUM) mewakili kelompok diplomasi. Ekstrim selalunya merujuk kepada kelakuan melampau dan radikalisme (kamus dewan).

3. Penyelesaiannya mesti terjawab dalam masa singkat, emosi dan luahan rasa akan ditunjukkan dalam bentuk 'demonstrasi'. Perarakan, spanduk, ceramah emosi adalah trade mark biasa yang melonjakkan nama Hisyamuddin Rais di persada negara. Bukan itu sahaja, di hadapannya tercongol barisan polis, SB. FRU, wartawan, lokap, semburan gas pemedih mata, ISA dan Kemunting. Sebab itu golongan diplomasi seperti Aziz Shamsuddin, tidak akan mendapat liputan akhbar dan namanya hampir-hampir dilupakan kerana memilih pendekatan yang bertolak ansur dan berlembut pada masa itu.

4. Darah anak muda ektrimis terus bergelora, hingga mampu merancang tindakan "merampas kuasa" autonomi universiti seperti yang pernah terjadi di Universiti Malaya pada era 70-an dengan pengisytiharan autonomi universiti mahasiswa oleh "Majlis Tertinggi Sementara"(MTS) selama setengah hari.Pada sebelah petang, kumpulan yang berkonflik dengan ekstrimis iaitu "Majlis Tertinggi Nasionalis" (MTN) bangkit rampas kuasa daripada MTS dan dikembalikan semula kepada pihak universiti.

5. Pendek kata bagi golongan yang memilih pendekatan ekstrim, mereka terpaksa menanggung risiko dan mempertaruhkan masa depan. Hisyamuddin Rais lari ke luar negara. Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Kamaruzzaman Yaakob merengkok dalam Kemunting.

6. Walaupun pemimpin siswa ini dianggap hero dengan keberaniannya, tetapi tidak semua yang memujanya, malah terdapat aktivis lain yang tidak bersetuju dengan cara dan pendekatan yang dianggap keterlaluan itu. Tambahan pula, sikap emosional, provokatif dan ekstrimisme itu telah menyebabkan AUKU diperkenalkan dan yang menjadi mangsa adalah generasi selepasnya.


Persimpangan selepas AUKU

1. Apabila AUKU diperkenalkan, gerne gerakan mahasiswa masih lagi dalam persimpangan. Persimpangan untuk memilih penerusan tradisi-tradisi 70-an atau mencipta budaya baru. Unsur-unsur sosialisme yang dperjuangkan pada tahun sebelum AUKU, semakin dipinggirkan, bersama Hisyamuddin Rais di perantauan.

2. Gelombang kebangkitan Islam mula berpecah kepada dua gelombang iaitu gelombang radikalisme dan gelombang sederhana. Kedua-duanya saling mengkritik antara satu sama lain dari segi pendekatan dan cara menangani permasalahan ummah dan mahasiswa.

3. Sesekali kedengaran juga riuh pikuk demonstrasi tetapi hanya yang bertumpu mengenai isu-isu hiburan dan keagamaan.Walaupun demonstrasi masih diteruskan namun, nadanya berbeza dengan tahun-tahun 70-an dan tidak ada sebarang nama pimpinan mahasiswa yang sanggup dipadankan dengan imej ISA dan Kemunting.

4. Ketika meletuskan gelombang reformasi (1999) dua nama pemimpin pelajar dijulang, iaitu Zaharuddin Abd. Rahman mewakili GAMIS(Islamis) dan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Jonah) mewakili UBU (reformis sosialisme). Keduanya seolah senada dalam misi tetapi berbeza dari segi perinsip dan visi. Jonah diISAkan kerana kaitan dengan beberapa siri demonstrasi membantah akta yang ditentangnya itu. Zaharuddin, Faisal dan beberapa pimpinan utama GAMIS terselamat daripada sebarang tangkapan lantaran sikap bijaksana dalam memilih pendekatan.

5. Konflik berlaku apabila hanya anak buah yang ditangkap pihak berkuasa. 8 mahasiswa pimpinan pelbagai IPTA telah dibicarakan di mahkamah kerana terlibat dalam demonstrasi haram. Pimpinan mahasiswa terutamanya, Zaharuddin, Mohd Faisal, terselamat kerana kebijaksanaannya dalam memilih pendekatan.

6. Sikap para pimpinan utama GAMIS yang tidak berani bertanggungjawab itu menyebabkan namanya semakin dilupai selepas zaman kekuasaannya. Tambahan pula, kerana radikalisme pimpinan sebelumnya Akujanji telah diperkenalkan dan seluruh mahasiswa terpaksa menanggungnya walaupun bukan mereka yang melakukannya.


Persimpangan Zaman Sekarang

1. Sekarang, gerakan mahasiswa berpecah tanpa identiti pengenalan diri. BBMN dan GAMIS telah dibubarkan setelah menyedari beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh pimpinan lepas. Trend demonstrasi telah mula dipadamkan dan saf pimpinann generasi baru.

2. Faktor masa dan kesesuaian ini dianggap terbaik untuk pemimpin siswa zaman ini mencipta sesuatu kelainan dan genre baru dalam gerakan mahasiswa. Sesuatu yang tidak berindentiti, mementingkan personaliti, ketrampilan, harmonis, berfikiran positif, dan inteltektual adalah pattern baru yang ditunggu-tunggukan oleh seluruh warga kampus selama ini.

3. Tetapi, tidak kurang juga kumpulan pimpinan mahasiswa lain yang tidak setuju dengan pattern baru ini. Kata mereka, gerakan mahasiswa sekarang semakin lesu, jumud dan beku. Konflik berlaku antara kumpulan mahasiswa yang ingin meneruskan tradisi lama dengan kumpulan mahasiswa yang berhasrat mencipta pembaharuan.

4. Desakan semakin bertiup agar gerakan mahasiswa dikembalikan seperti era sebelumnya dan pastinya akan mewujudkan anjakan terkebelakang iaitu mengukur kredibiliti gerakan mahasiswa dari tahun 90-an, 80-an dan 70-an.

5. Konflik terus berlaku yang meletakkan mahasiswa berada di persimpangan.
Hari ini, pemimpin siswa yang membawa tradisi diplomasi telah menjadi Timbalan Menteri Pendidikan (Aziz Shamsuddin). Apa yang lebih menarik lagi, siswa yang tidak pernah menceburkan diri dalam sebarang aktiviti ekstrimisme suatu ketika dahulu dan hanya menumpukan bidang keintelektualan, hari ini menjadi Menteri Pendidikan ( Musa Mohamad) dan Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Mahathir Md. Khir. Sejarah gerakan siswa membuktikan pemimpin berimejkan ektrimisme dan ISA akan terus berkonflik dengan diri sendiri dan masyarakat sampai bila-bila.


" dipetik daripada Idelisme Mahasiswa - http://www.idealis-mahasiswa.net/ "

HEP 'berpolitik' dengan pelajar?

1. Setelah wujudnya Hal Ehwal Pelajar, kebebasan pelajar dianggap sudah tidak wujud lagi. Majlis Perwakilan Pelajar sudah tidak bebas lagi bertindak memperjuangkan kepentingan dan kebebasan mahasiswa dan masyarakat luar. Begitu juga persatuan-persatuan tidak bebas lagi membuat apa-apa keputusan dalam apa-apa jua perkara sebelum merujuk kepada bahagian Hal Ehwal Pelajar.

2. Memang tidak dapat dinafikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ini memberikan saham yang besar dalam tragedi ini. Dengan wujudnya HEP selepas pindaan AUKU 1975, peranan mahasiswa dalam mengendalikan kegiatan mereka menjadi semakin kecil malah kadang-kadang HEP berlumba-lumba dengan persatuan mahasiswa unruk mengendalikan sesuatu akhviti.

3. Segala pergerakan mahasisi mestilah mendapat kelulusan HEP sebelum boleh dilaksanakan di mana kelulusan dan syarat HEP tidak boleh dipertikaikan kerana kuasa terlalu besar diberikan kepada mereka sehingga boleh menentukan perjalanan dan akriviti persatuan.

4. Peraturan tertentu yang memberikan kuasa kepada Naib Canselor atau Menteri Pendidikan menentukan sesuatu perkara menyebabkan mereka berkuasa untuk 'memalapkan' lagi aktiviti kemahasiswaan sekiranya tidak memenuhi 'cita rasa' Naib Canselor atau Menteri berkenaan. Tetapi hari ini, keadaan seperti ini sudah tidak wujud lagi.

5. Kebebasan berpesatuan sudah terhad selepas pindaan keramat tersebut. Setiap persatuan yang hendak ditubuhkan mahasiswa mestilah dirujukkan terlebih dahulu kepada bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi mendapat 'green light' sebelum boleh memanjangkan kepada Majlis Universiti untuk mendapat kelulusan. Sebenarnya mahasiswa sudah tidak bebas lagi menubuhkan sebarang persatuan yang mereka kehendaki sekiranya bertentangan denga 'citarasa' HEP. Lain Universiti, lain pula cita rasa pihak berkuasa HEP dalam mentafsir dan melaksanakan akta tersebut.

6. Sebagai contohnya persatuan-persatuan anak negeri tidak dapat didaftarkan secara rasmi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Tetapi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) persatuan bercorak tersebut dibenarkan dan dapat bergerak aktif. Begitu juga di sesetengah universiti seperti UUM misalnya tidak membenarkan wujudnya persatuan bercorak keagamaan seperti Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan sebagainya.

7. Persatuan-persatuan pelajar juga boleh dipermain-mainkan oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar pada bila-bila masa tanpa boleh dipertikaikan dengan menggunakan 'kuasa penuh' yang diperuntukkan kepada mereka. HEP boleh bertindak sewenang-wenangnya kepada pihak-pihak yang enggan 'tunduk' dan menjadi 'yes man' kepada mereka.Di antara cara yang digunakan oleh HEP menyelesaikan perkara adalah mengambil alih pengendalian Program Orientasi atau Haluan Siswa dari pihak Persatuan Mahasiswa Universiti.

8. Berbagai kerenah birokrasi yang ketat juga sengaja diwujudkan oleh HEP untuk membendung kegiatan berpersatuan. Pihak HEP dengan sewenang-wenangnya boleh membendung kelulusan sesuatu program yang hendak dilaksanakan oleh mahasiswa. Begitu juga masa untuk menunggu kelulusan pendaftaran sesuatu persatuan memakan masa yang lama, kekadangnya memakan masa setahun lebih.

9. Mahasiswa juga tidak dibenarkan berhubung dengan pertubuhan luar dengan sebebas-bebasnya. Malah untuk menyatakan sokongan moral kepada pertubuhan luar juga tidak dibenarkan walaupun isu tersebut mengenai kebajikan mereka. Contohnya sokongan moral PMUTM pada tahun 1986 kepada Persatuan Ulama Malaysia yang memperjuangkan hak mahasiswa berpurdah yang digantung pengajian mereka telah tidak dibenarkan dengan alasan peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti pindaan 1975 (Akta 30, seksyen 15 ceraian 2,3,4,5) sama ada berbentuk simpati,sokongan,bantahan dan lain-lain yang boleh ditafsirkan demikian.

10. Begitu juga dengan yang terbaru dalam dekad 1990'an ini, isu "Demonstrasi mahasiswa membantah tindakan kerajaan Terenganu meroboh bangunan Institut Berakan" yang beroperasi di atas tanah kerajaan sejak tahun 1977 lagi telah menyebabkan ramai pemimpin mahasiswa dikenakan tindakan tatatertib. Malah terdapat ramai pemimpin mahasiswa dari UKM, UPM dan UTM yang tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam persatuan mahasiswa serta ada yang dilucutkan jawatan mereka secara paksa.

11. Pihak HEP hanya bertindak memberikan sedikit kelonggaran ,untuk mengadakan beberapa aktiviti tertentu seperti seminar, kursus, jamuan tahunan, forum dan sebagainya dengan syarat persatuan pelajar janganlah pula mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh ditafsirkan melanggar AUKU (pindaan 1975) sehingga HEP akan mendapat 'kesusahan' dengan pihak atasan.

12. Selagi projek yang hendak dilaksanakan tidak menyusahkan HEP, persatuan pelajar tidak akan disekat dari meneruskannya. HEP tidak kisah walaupun terdapat 3 atau 4 program dalam satu masa yang dikendalikan oleh persatuan tertentu. Mahasiswa akan berpecah mengikuti salah satu dari program tersebut sekiranya mereka berminat.Dasar pecah dan perintah ini memang baik untuk universiti kerana pelajar tidak dapat bersatu.

"Petikan buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir, karangan Mohd. Shuhaimi Al Maniri,hlm.25-47"

Majlis Perwakilan Pelajar Tidak Berfungsi ?

1. Setiap kali sesi baru bermula, isu politik kampus hangat diperkatakan oleh semua pihak yang berminat mengikuti perkembangan ini.. Bilakah pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau piliham kampus akan diadakan? Golongan manakah yang akan menguasai tampuk kepimpinan kampus? Inilah di antara topik yang hangat diperbualkan di kalangan politikus kampus. Mereka seolah-olah begituh minat terhadap perkembangan politik kampus.

2. Tapi keghairahan mereka terhadap pilihanraya kampus tak ke mana. Habis pilihanraya mereka pun senyap dengan hal masing-masing kecuali dua tiga 'kerat' sahaja. Apa yang MPP nak buat selepas itu, mereka tak ambil pusing lagi. Tugas mereka memilih MPP telah berakhir (?). Mereka sudah tidak berminat lagi untuk mengetahui, apa peranan MPP diadakan ? Kemanakah perjuangan pelajar hendak dihalakan? Untuk siapakah MPP itu?

3. Majlis Perwakilan Pelajar sendiri tidak "berhak" mencorakkan perjuangannya dengan lebih terbuka dan bebas kerana boleh diambil tindakan undang-undang bila-bila masa. Seolah-olah mereka lebih senang MPP menjadi golongan "yes man" dari bertindak sebagai "presure group" yang membina atau lebih tepat agaknya kalau kita katakan MPP adalah untuk membantu bahagian Hal Ehwal Pelajar di dalam pentadbiran universiti.

4. Kesannya jadilah MPP sebagai badan penganjur program-program bercorak kebudayaan, sukan dan baktisiswa sahaja. Apa tidaknya? Mereka ini dikongkong dan tidak dibenarkan bersuara lantang menegur atau mengkritik sesuatu tindakan yang dibuat walaupun tindakan tersebut melanggar undang-undang dan mencabul hak kebebasan bersuara yang dibenarkan oleh demokrasi. Mereka ini tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar dan bersuara lantang diugut dengan berbagai peraturan.

5. Apakah ini satu perkembangan yang sihat untuk melahir pemimpin yang berkaliber generasi 2020? Apa untungnya melahirkan pemimpin "yes man" kepada pembangunan negara? Apakah tidak mungkin negara akan menuju ke gerbang kehancuran kerana melahirkan pemimpin yang tidak berpendirian, rasuah dan pentingkan diri sendiri. Berbagai lagi persoalan lain yang timbul.

6. Suatu ketika dulu, pemimpin-pemimpin negara percaya terhadap kemampuan mahasiswa memainkan peranan mereka dalam masyarakat. Allahyarham Tun Razak pernah menekankan, "sebagai bakal pemimpin, mahasiswa mestilah menggabungkan pelajaran akademik dengan fahaman praktis terhadap kedudukan masyarakat dan negara di mana mereka terlibat."

7. Dulu pergerakan mahasiswa tidak pernah disekat, kini zaman itu telah berlalu dan menjadi kenangan dalam sejarah perjuangan mahasiswa. Kita tidak nafikan MPP diberikan sedikit suara di dalam perjalanan pentadbiran universiti. Sekurang-kurangnya dapatlah wakil mahasiswa yang dipilih menduduki MPP memberi sedikit pandangan dalam perjalanan universiti tetapi pendapat yang dibenarkan mestilah tidak bercanggah dengan kehendak-kehendak pentadbiran universiti.

8. Tanpa disedari sedikit demi sedikit Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) khususnya Persatuan Mahasiswa Universiti (PMU) semakin tidak berperanan. MPP semakin tidak mendapat sokongan. Mahasiswa semakin tidak tahu peranan MPP yang sebenarnya. Pemimpin MPP yang dipilih seharusnya menyedari kehendak mahasiswa dan keadaan semasa. Pemimpin mahasiswa tidak seharusnya bertindak mengikut masa dan "carbon copy" sahaja.

9. Mereka tidak perlu takut untuk melakukan reformasi dan mencuba beberapa pendekatan baru bagi mengembalikan keunggulan MPP sebagaimana peranannya di zaman silam.

"Petikan buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir, karangan Mohd. Shuhaimi Al Maniri,hlm.25-47"