Ahad, 29 November 2009

6 Lumrah Bergelar Pemimpin

1. Kritikan
Anda bersedia dikritik? Anda melenting bila dikritik? Atau anda terima baik kritikan? semua itu adalah asam garam dalam meghadapi situsai dan keadaan pimpinan dalam mana-mana organisasi.

2. Bantah
Apa pun yang anda putuskan tenang satu-satu perkara akan ada nada bantahan. Pimpinan yang tiada bantahan dalamnya adalah pimpinan yang statik. Hatta dalam memutuskan sesuatu yang baik pun akan melalui bantahan.

3. Cemuh
Dari dulu sampai sekarang cemuhan adalah perkara biasa dalam mana-mana era kepimpinan. Ia seolah-olah satu budaya wajib yang kena dibiasakan oleh pemimpin. Anda rela dicemuh dan diburukkan? Anda sanggup difitnah dan diaibkan? Jika anda tidak mahu melaluinya, lupakanlah hasrat untuk memimpin organisasi yang lebih besar. Saya nasihatkan diri saya dan diri anda baiki diri cukuplah jadi pemimpin kendiri.

4. Pengorbanan
Kehidupan sebagai pemimpin amat luar biasa dari kebiasaan majoriti yang dipimpin. Tatacara hidup luar biasa ini memerlukan pengorbanan yang besar dalam semua aspek. Anda mengaku pemimpin, anda suda sedia berkorban? tepuk dada tanya iman.

5. Pencapaian
Perkara ini menjadi kayu ukur kejayaan pimpinan. Pencapaian bermakna sesuatu tuaian adil hasil kemampuan dan usaha keras yang ikhlas untuk mencapai sesuatu. Mengecapi pencapaian bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan sesepaduan antara sikap, ilmu pengetahuan dan bakat untuk memperjuangkan matlamat organisasi yang dipimpin.

6. Penghargaan
Penghargaan merupakan hadiah teristimewa yang pasti pemimpin nikmati. Percayalah, apabila seseorang menghargai hasil usaha kita, ia adalah satu kepuasan yang tidak tergambar dengan kata-kata. Adillah bagi pempimpin mendapatkan penghargaan atas segala kritikan, cemuhan, pengorbanan dan pencapaian yang telah disumbangkan.

Formula Pimpinan Unggul

Jika anda meneliti tokoh-tokh kepimpinan yang berjaya dan kandas di dunia pada hari ini mahupun yang telah lalu, semuanya saya dapat rumuskan kepada 3 perkara pokok yang merangkumi kesemua elemen kepimpinan mereka.

Apa dia elemen tersebut?

1. Sikap
Kesanggupan mengubah tatacara hidup dan mengikuti segala perlakuan berdisiplin sesuai dalam konteks pemimpin

2. Ilmu pengetahuan

Sesungguhya pimpinan yang baik ialah ilmu pengetahuan.

3. Bakat
Bakat boleh dibentuk melalui sikap yg positif dan berterusan.

Anda punya ketiga-tiga? Jika anda memilikinya asahlah ia, pasti berkilau kepimpinan anda. Kepimpinan umpama parang yang tumpul yang selalu dijaga dan diasah akan menjadi tajam dan berguna hinggakan mampu menggerukan penggunanya.

Saya sarankan anda mesti sekurang-kurangnya punya dua elemen untuk menjadi pemimpin yg baik, namun untuk yang menjadi yang terbaik dan unggul, anda mesti punya ketiga-tiga perkara tersebut.

Kesepaduan ketiga-tiganya akan melahirkan tinggalan legasi kepimpinan unggul yang penuh identiti, manakala kegagalan kolaborasi resepi ketiga-tiganya akan mencemuhkan diri dan pimpinannya.

Fikir-fikirkan..

Jumaat, 27 November 2009

Kursus Kepimpinan Mahasiswa UPSI 2009

1. Pertamanya terima kasih kepada pihak penganjur atas pelawaan menyertai program ini. Sesunggguhnya ini antara medium terbaik untuk saya mempertingkatan kebolehan memimpin.

2. Kepada rakan seperjuangan yang turut serta dalam program ini, terima kasih banyak-banyak kerana memberi peluang dan kepercayaan pada saya untuk mempertingkatkan bakat memimpin. Kepercayaan dan amanah yang anda berikan saya sangat menghargainya.

3. Tunjuk ajar semua yang menyumbang dalam program ini sentiasa saya kenang dan ambil iktibar terbaik untuk memuhasabah diri saya.

4. Saya mengajak rakan-rakan lain yang belum menyertai program seperti ini akan mengambil peluang dari masa ke masa dalam menilai tambah pengalaman dan pengetahuan serta mengasah bakat memimpin. Percayalah anda tidak akan rugi apa-apa jika menyertainya.

5. Saya mempunyai cita-cita besar dalam memajukan diri dan persekitaran saya supaya lebih kompetetif dalam hal ehwal kepimpinan mikro dan makro.

6. Perjuangan sebagai mahasiswa besar maknanya dalam memberi sumbangan kepada kemajuan UPSI khasnya dan negara amnya.

7. Keadaan terbaik ialah kita mampu memahami fungsi dan menjalankan tanggungjawab kita dalam apa juga organisasi yang kita sertai.

8. Janganlah kita sebagai mahasiswa hanya “sekadar dipinggiran” yang hanya tahu memberi pengharapan pada orang lain sedangkan kita langsung tidak membenarkan diri kita berperanan pada skala kemampuan kita untuk menyumbang dalam melonjakan martabat organisasi.

9. Apa pun kapasiti dan autoriti kita dalam organisasi bernama UPSI, ketahuilah kita adalah satu keluarga besar yang seharusnya sehati senada memberi berkerjsama maksimum dalam memajukan “Ibu Kandung Suluh Budiman” tercinta.

Sabtu, 14 November 2009

Bersama Kepimpinan Memimpin ???

1. Dewasa ini memang banyak terdengar tentang penglibatan pemimpin kita dalam hal-hal yang tidak membina dalam konteks kepimpinan mempimpin. Banyak hal-hal yang kurang logis dilakukan oleh pemimpin sedikit sebanyak mencorotkan gaya kepimpinan mereka di mata yang dipimpin.

2. Sikap media massa yang cenderung mengesampingkan hal kebenaran demi melakukan "pisang gorang mereka" kekadang saya terfikir, banyak hal-hal yang tidak menguntungkan dalam proses pembinaan masyarakat bermoral dan beretika kerap digembar-gempurkan.

3. Ternyata dalam dunia hari ini, sudah semakin jauh menyimpang dari matlamat asal penciptaan manusia oleh Sang Pencipta. Pempimpin mementingkan harta, yang dah memailiki berharta berlumba-lumba pula merebut kekuasaan. Yang dah berkuasa berusaha pula menobatkan diri sebagai pemimpin unggul hingga terlupa orang yang dipimpin. Bukan saya bermaksud untuk melabel semua pemimpin atau pempimpin tertentu ada sikap seperti ini, tapi realitinya itulah yang semakin berleluasa berlaku menghambat matlamat kepimpinan. Inikah trend kepimpinan masa depan yang ingin kita legasikan?

4. Saya sering termenung mengenang akan nasib saya dan umat manusia lain. Allah S.W.T telah merekod dalam Al-Quran tentang kegagalan umat terdahulu memimpin alam ini sekehendak hukum Allah S.W.T. Semua ini sepatutnya menjadi pengajaran bagi umat manusia kini.

5. Ramai pempimpin yang mendakwa mereka telah mengambil pengajaran dari sejarah. Bahkan tidak sedikit pemimpin yang bercakap dan melaung-laungkan "jadikan sejarah sebagai tauladan" Tapi hakikatnya, kita sedang menjuju ke arah kemajuan yang memusnahkan masa depan umat manusia di akhirat.

6.Hakikat ini membuat saya berfikir dan terus berfikir, pasti akan punah umat manusia jika tiada usaha agresif bertindak menyedarkan pempimpin-pemimpin yang khianat terhadap matlamat asal pencipaan manusia. Jelas tanggungjawab berat ini terletak dipundak setiap umat manusia.

7. Kepada seluruh yang memimpin, Saya sarankan tidak kira latar belakang politik, agama mahupun fahaman, kita sama-sama harus meletakkan diri sekeras mungkin mengikuti tuntutan kemaslahatan ummah. Tuntutan dunia harus diseimbangkan dengan tunuan akhirat. Memang nyata cabaran dalam mempimpin amat getir. Apa pun alasannya untuk mempimpin, Apa adakah lagi kepimpinan yang benar-benar memimpin seperti Rasulullah S.A.W?

Sama-sama kita renungkan