Jumaat, 27 November 2009

Kursus Kepimpinan Mahasiswa UPSI 2009

1. Pertamanya terima kasih kepada pihak penganjur atas pelawaan menyertai program ini. Sesunggguhnya ini antara medium terbaik untuk saya mempertingkatan kebolehan memimpin.

2. Kepada rakan seperjuangan yang turut serta dalam program ini, terima kasih banyak-banyak kerana memberi peluang dan kepercayaan pada saya untuk mempertingkatkan bakat memimpin. Kepercayaan dan amanah yang anda berikan saya sangat menghargainya.

3. Tunjuk ajar semua yang menyumbang dalam program ini sentiasa saya kenang dan ambil iktibar terbaik untuk memuhasabah diri saya.

4. Saya mengajak rakan-rakan lain yang belum menyertai program seperti ini akan mengambil peluang dari masa ke masa dalam menilai tambah pengalaman dan pengetahuan serta mengasah bakat memimpin. Percayalah anda tidak akan rugi apa-apa jika menyertainya.

5. Saya mempunyai cita-cita besar dalam memajukan diri dan persekitaran saya supaya lebih kompetetif dalam hal ehwal kepimpinan mikro dan makro.

6. Perjuangan sebagai mahasiswa besar maknanya dalam memberi sumbangan kepada kemajuan UPSI khasnya dan negara amnya.

7. Keadaan terbaik ialah kita mampu memahami fungsi dan menjalankan tanggungjawab kita dalam apa juga organisasi yang kita sertai.

8. Janganlah kita sebagai mahasiswa hanya “sekadar dipinggiran” yang hanya tahu memberi pengharapan pada orang lain sedangkan kita langsung tidak membenarkan diri kita berperanan pada skala kemampuan kita untuk menyumbang dalam melonjakan martabat organisasi.

9. Apa pun kapasiti dan autoriti kita dalam organisasi bernama UPSI, ketahuilah kita adalah satu keluarga besar yang seharusnya sehati senada memberi berkerjsama maksimum dalam memajukan “Ibu Kandung Suluh Budiman” tercinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan