Jumaat, 28 Januari 2011

HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA

Selasa, 16 November 2010

SALAM AIDILADHA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM

Allahhu Akhbar,
Allahhu Akhbar,
Allahhu Akhbar,
Allahhu Akhbar,
Allahhu Akhbar,
Allahhu Akhbar,
Allahhu Akhbar,
Allahhu Akhbar Wallillahilhamd.


Salam Aidiladha kepada seluruh umat ISLAM di seluruh dunia..kepada mereka yang mengenali diri ini, mohon keampunan zahir dan
batin. Semoga hari baik dan bulan baik ini kita sama-sama mendapat
keberkatan limpah kurnia-NYA di dunia dan di akhirat. Amin...

Jumaat, 29 Oktober 2010

PENGAJIAN DI UPSI HAMPIR KE TITIK PENAMAT

1. Sudah agak lama saya tidak mencoret sesuatu dalam blog saya ini.

2. Kesibukan menyiapkan TESIS dan lain-lain tugasan buat kali terakhir di UPSI memenuhi segenap masa.

3. Alhamdulillah segalanya telah selesai mengikut perancangan. Syukur pada Alllah S.W.T atas segala nikmat yang dikurniakan-NYA.

4. Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahakan oleh-NYA.

5. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan di UPSI khususnya di AT 33 se-ambilan dengan saya, terima kasih kepada anda semua.

6. Kepada semua tenaga pengajar di UPSI, Terima Kasih atas ilmu dan didikan yang diberikan. Juga kepada semua kakitangan UPSI tidak kira diperingkat mana jabatan, terima kasih atas segalanya.

7. Mohon maaf andai ada terkasar bahasa dan perlakuan yang menyakitkan hati saya pernah lakukan kepada semua kawan-kawan atau sesiapa sahaja sama ada sepanjang di pengetahuan saya ataupun tidak.

8. Mohon maaf zahir dan batin. Halalkan apa sahaja yang dikongsikan bersama.

9. Harap selepas kesempatan berada di UPSI ini, kita akan terus berhubung. “Sekali Bersahabat, Sahabat Selamanya”

Isnin, 13 September 2010

SMS dari SMS

1. Lama dulu, saya penah terima SMS dari seorang sahabat saya dikenali sebagai SMS.

2. Bunyi SMS dia

Dlm khdpn kta, Allah akn bg 1 sje pluang utk kta b'jmpa dgn org y btl2 mnyayangi dri kta..skranya kta leka, kta akan khlngnnya wt slmnya, tp kta xp'nh sdr m'cbe utk mnilai khdrnnya, mngkn stlh sglanya b'lalu n kta da khlngnnya, mse i2 brulh kta mle sdr khdrnnye ckp b'mkna, tp mngkn kta x b'pluang lg tuk mmlki drinya pd saat i2. jd fhmilh erti ssorg i2 dgn sdlmny n crhknlh rse ksh syg pdny dgn sikhls mngkn


3. SMS ini selalu buat saya berfikir panjang, kadang kala tak salah bagi peluang untuk kita menilai hati budi mereka yang sudi beri kasih sayang.

4. Terima kasih kepada sahabat saya yang hantar SMS ini..TQ sahabat saya SMS ingatkan saya..

Jumaat, 27 Ogos 2010

TERINGAT SI DIA IMPIAN DI MASA DULU

Teringat di masa dulu
Aku begitu menginginkanmu
Dulu, seringkali memandangmu
Aku mula berangan-angan untuk memilikimu

Aku tahu, dengan keadaan hidupku di masa itu
Cukup besar angan-angan untuk memilikmu
Dulu begitu sukar Aku mengecapimu
Aku dulu cuma mampu berekayasa mengidamkanmu

Mengimbas masa silamku
Terasa Aku bermimpi dengan apa yang ku miliki
Aku tahu, dengan daya upaya ku masa dulu
Engkau mustahil menjadi kepunyaanku

Kini, sudah hampir empat tahun Aku memilikimu
Kini, sudah hampir empat tahun Kau menjadi kepunyaanku
Tiada siapa yang pernah membantah apa yang Aku lakukan padamu
Semuanya hak mutlakku terpulang padaku ke atas mu

Teringat juga semasa mula –mula Aku memilikimu
Aku cukup gembira terubat terasa rindu
Aku tidak menyangka tuah menyebelahiku
Sehingga kini bagaikan mimpiku menjadi realiti

Namun, Aku hanya manusia biasa
Ada ketika Aku menyaikitimu
Engkau menjadi sasaran luahan duka dan lara
Engkau menjadi tempat Aku melepaskan lelah

Memilikimu amat besar maknanya dalam hidupku
Lantaran perkongsian hidup denganmu
Banyak mengajar dan memberi ilmu
Engkaulah gedung intelektualku

Di saat Aku memerlukanmu
Ada ketikanya Engkau memberikan bukan yang terbaik
Engkau kadang-kadang seakan mencabar kesabaranku
Tetapi Engkau tidak pernah bersuara

Di saat Aku sepi keseorangan
Engkaulah penglipur lara memenuhi masa terluangku
Pernah Engkau sakit perlukan perawatan berhari-hari
Kita terpaksa berjauhan

Ternyata disepanjang ketiadaanmu
Aku begitu sunyi tak berteman menghibur hati
Teringat apa yang Aku perlakukan pada dirimu
Menuntut Aku menadah kesyukuran atas apa yang Aku miliki

Seringkali Aku membelai dan menjagamu
Tingggi harapaku Engkau memberikan yang terbaik dalam mengiringi perjuanganku
Kehidupanku bergelar pelajar tidak lengkap rasanya tanpamu
Aku kesal memperlakukan dirimu seperti lama dulu

Namun Aku hanya insan biasa
Apa pun sahabatku
Aku berjanji
Aku berjani melakukan yang terbaik untuk menjagamu

Terima Kasih memberikanku keselesaan
Terima kasih memberikanku kesenangan
Terima kasih menjadi pelengkap dalam perjuangan
Terima kasih perananmu cemerlang tanpa sempadan

Antara kita berdua
Terlalu banyak rahsia yang tidak terungkap
Terima kasih wahai sabahatku
Terima kasih “Laptop Kesayanganku”


Karya Asli Mohammad Azri Amatan

Selasa, 10 Ogos 2010

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan

Sabtu, 7 Ogos 2010

PENGHINAAN TERHADAP ISLAM KE BALAI POLIS




video

1. Saya sayangkan ISLAM, maka saya terpanggil atas dasar tanggungjawab membuat laporan polis terhadap salah satu video yang nyata menghina ISLAM.

2. Saya berharap umat ISLAM yang melihat penghinaan seperti ini bangkit melakukan sesuatu yang dapat membela ISLAM.

3. Lakukan mengikut cara yang tertib dan bersaluran serta mengikut keupayaan.

“JIHAD UNTUK ISLAM, DAKWAH UNTUK KEBENARAN”

Rabu, 21 Julai 2010

KULIAH DI PROTON CITY :AGRESIFKAH MPP TERHADAP KEBAJIKAN PELAJAR UPSI?

1. Saya merujuk satu artikel yang saya tulis dalam blog saya bertajuk “KULIAH DI PROTON CITY : PENAMBAHBAIKAN ATAU PERPINDAHAN PENDERITAAN” pada Khamis, 01 April 2010 yang lalu.

2. Kini sudah masuk dua minggu ke dua pengajian bagi sesi kali ini. Saya sejujurnya berasa puas hati dengan suasana persekitaran serta kemudahan pembelajaran bilik-bilik kuliah di Proton City.

3. Saya juga pernah menyuarakan hasrat dan keinginan kepada rakan-rakan sekuliah agar dapat melihat UPSI memiliki suasana persekitaran pembelajaran yang selesa seperti yang berada di Proton City.

4. Dalam tulisan saya pada April lalu berkaitan kuliah di Proton City, saya ada mengupas akan cabaran-cabaran yang dihadapi dan juga ada menyarankan penyelesaian kepada kemungkinan permasalahan yang timbul.

5. Salah satu yang menarik perhatian saya dalam perbincangan akan cabaran berkenaan ialah masalah pengangkutan. Melihat perkembangan dan mutu perkhidmatan bas setelah masuk minggu ke dua penkuliahan, ternyata apa yang saya jangkakan April lalu menjadi kenyataan.

6. Saya berpendapat, mutu perkhidmatan pengangkutan semakin merosot terutamanya bagi laluan-laluan kritikal semasa waktu puncak seperti di laluan KUO/KHAR - PINTU TIMUR, KAB/KZ – PROTON CITY dan KAB/KZ - PROTON CITY.

7. Saya kira perkara ini tidak patut berlaku disaat setelah segala perbincangan dan semua sumbangsaran oleh wakil pelajar dalam MPP telah disuarakan.

8. Rakan saya yang duduk di kerusi MPP memberitahu bahawa semua perkara yang saya utarakan dalam tulisan saya 3 bulan lalu sudah pun diperhalusi dan diambil tindakan susulan.

9. Namun setelah masuk minggu ke dua, hasilnya kurang memuaskan sehinggakan mula menimbulkan semakin banyak keluhan, rintihan dan tomahan yang kurang menyenangkan.

10. Melihat keadaan ini yang makin hari makin membengkak, saya sarankan sekali lagi kepada mereka yang terlibat dalam membuat keputusan tidak kira diperingkat manapun, kaji dan teliti semula keputusan lepas yang menyusahkan.

11. Pimpinan pelajar (MPP) anda patut melihat senario ini sebagai satu isu sensitif pelajar. TINDAKAN BERIMPAK MAKSIMA DIPERLUKAN bagi mendesak pihak-pihak tertentu agar melakukan sesuatu sesegera mungkin bagi mengatasi masalah ini.

12. Kepada MPP, desakan diperlukan bagi menambah bilangan bas secepat mungkin. Saranan dan perbincangan secara diplomasi sudahpun dibuat, tetapi hasilnya tetap juga mendukacitakan, justeru saya juga mencadangkan agar satu memorandum perlu sebagai menunjukkan keagresifan terhadap isu kebajikan pelajar. Dalam memorandum tersebut, perlu diberikan suatu tempoh masa kepada pihak tertentu untuk menyelasaikan masalah berkenaan dan jika gagal MPP boleh menganjurkan rapat umum dan memboikot kuliah sehingga ada jalan penyelesaian konkrit.

13.MPP tidak perlu takut kerana jika benar anda komited memperjuankan kebajikan pelajar, seluruh pelajar UPSI pasti akan menyokong apa juga tindakan yang membawa kebaikan kepada usaha perjuangan isu-isu kebajikan pelajar.


“MAHASISWA PELOPOR"

“JIHAD FOR EXCELLENCE”

MANIFESTO JAMINAN POSTING AUTA ATAU KOTA

1. Saya tertarik dengan perkembangan terkini berkaitan posting pelajar UPSI baru-baru ini.

2. Mengikut satu perkembangan, dilaporkan lebih 600 orang pelajar UPSI yang tidak berjaya dalam temuduga posting bagi sesi lepas oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Perkembangan ini memang ada impak negatif pada imej UPSI dan seluruh dasar serta anggota pentadbirannya.

3. Lantaran itu, saya suka merujuk tentang pilihanraya kampus yang berlangsung pada sesi lepas. Saya ada terdengar akan satu manifesto oleh calon yang bertanding yang telahpun berjaya dalam pemilihan berkenaan serta menjawat jawatan penting dalam Majlis Perwakilan Pelajaran UPSI.

4. Tatkala mendengar berita itu, Saya teringat akan antara manifesto calon terbabit iaitu “JAMINAN POSTING KEPADA SEMUA PELAJAR UPSI”. Saya menaruh harapan dengan kapasiti yang dipikul oleh calon berkenaan, pasti akan menjanjikan sesuatu yang positif terhadap isu ini.

5. Saya yakin perkembangan ini merupakan satu tamparan hebat yang mencabar ditangani kepada mereka yang pernah memberi jaminan posting kepada semua UPSI. Inilah masanya mereka patut menunjukkan kebolehan sama ada janji boleh dikotakan.

6. Saya kira bukan sahaja isu ini penting diambil kira oleh MPP, tetapi juga oleh semua mahasiswa dan mahasiswi UPSI.

7. Berikut adalah butiran terkini berkaitan yang merupakan punca kegagalan posting yang lepas untuk kita renungkan bersama bagi mempersiapkan diri pada hari temuduga berkenaan dan tidak perlu yakin sangat akan mana-mana jani manis dalam mana-mana Piliharaya Kampus sekali pun.

8. Kepada rakan-rakan saya yang duduk dalam MPP, anda tonggak perjuangan kepentingan pelajar UPSI. Lakukan sesuatu supaya kedaan ini tidak akan berlaku lagi. Jika kedaan ini tetap berlaku pada masa hadapan, ternyata ada benarnya juga manifesto berkenaan auta. Buktikan salah tanggapan sesetengah pelajar UPSI bahawa manifesto itu auta.

“JIHAD FOR EXCELLENCE”







Rabu, 5 Mei 2010

KIAMAT KARYA RHOMA IRAMA

1.Saya suka lirik lagu ni. Lirik lagu dia ada aura. Setiap kali dengar lagu ni, mesti rasa tersentuh.

2. Lirik dibawah tu sekadar perkongsian, kalau nak dengar lagunya boleh tengok dalam youtube.


Kiamat
oleh: Rhoma Irama

Gunung-gunung yang kukuh terpancang
Hari itu akan diterbangkan
Gedung-gedung yang tinggi menjulang
Hari itu akan ditumbangkan

Hari itu hari kiamat
Hari yang menghancurkan jagat
Hari itu hari kiamat
Hari yang menghancurkan umat

Lautan yang selalu bergelombang
Hari itu akan ditumpahkan
Langit yang penuh dengan bintang
Hari itu akan dihempaskan

Hari itu tiada lagi perlindungan
Hari itu tiada lagi pertolongan
Semua orang ketakutan
Jeritan tangis memilukan
Rasa kengerian mencekam
Maut menyelubungi alam

Hari itu tak berguna lagi harta
Hari itu tak berharga lagi nyawa
Semua makhluk dimusnahkan
Seluruh alam dihancurkan
Darah ‘kan menjadi lautan
Kepingan bangkai berserakan

Terangnya cahaya matahari
Hari itu akan dipadamkan
Semuanya isi perut bumi
Hari itu akan dimuntahkan

UPSI : SINGKTANYA RASA MASA

1. Sedar tak sedar dah nak masuk tahun ke-4 merantau di negeri orang. Wah, dah tua rupanya kat sini.

2. Tahun-tahun pertama sehinggalah ke saat ini berada di UPSI rasa semacam mimpi semalam. Terlalu banyak pengalaman yang mendewasakan fikiran dan mematangkan diri.

3.
Kepada sahabat-sahabat saya semoga anda berbahagia sukses dalam apa juga kerjaya yang diceburi. Ingat-ingatlah kawan di mana kita berada.

“ SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA UPSI ”

Khamis, 15 April 2010

MINGGU PEPERIKSAAN

SEMOGA BERJAYA UNTUK SEMUA YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN


Jihad For Excellence

Khamis, 1 April 2010

KULIAH DI PROTON CITY : PENAMBAHBAIKAN ATAU PERPINDAHAN PENDERITAAN

1. Sepanjang semester ini tersebar luas berita tentang perpindahan tempat kuliah ke Proton City. Ramai memperkatakan Bilik-Bilik Kuliah Taman Universiti akan di tutup.

2. Alasan perpindahan tersebut pun turut banyak cerita yang timbul. Ada yang bercakap bahawa kontrak telah pun tamat dan ada juga yang mendakwa sewa di Taman Universiti adalah mahal berbanding di Proton City. Khabar angin tentang perpindahan itu terus berlanjutan sehinggalah ke minggu 13 pengkuliahan.

3.
29 Mac 2010, pukul 12.36PM saya ada melawat portal UPSI. Berita terkini tentang Jadual Pendaftaran & Pra-Pendaftaran Kursus Ijazah Sarjana Muda Semester 1 Sesi 2010/2011 telah mula diambil perhatain oleh pelajar yang berkaitan.

4. Dengan paparan berita itu, maka terjawablah sudah segala spekulasi tentang perpindahan tersebut. Pelbagai reaksi timbul, rata-rata pelajar yang saya temui mengeluh akan hal ini. Terutamanya mereka yang menduduki KUO dan KHAR. Bagi pelajar yang mendiami KAB dan KZ, sudah pasti ini menjadi satu berita baik dan dialu-alukan setelah penderitaan yang mereka alami selama ini.

5. Saya secara peribadi tiada masalah dengan perubahan ini. Namun apa yang menarik perhatin saya ialah ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak bertanggungjawab. Tujuan saya tidak lain ialah untuk melihat agar tidak terjadi situasi “Perpindahan Penderitaan” (Transfer of Suffering) pelajar KAB dan KZ kepada pelajar KUO dan KHAR. Bagi pelajar UKLK lagilah ada cabaran tersendiri.

6.
Saya yakin pihak pentadbiran Univerisiti sudah pasti mempunyai alasan tersendiri atas keputusan terbabit. Selepas beberapa hari paparan keputusan perpindahan tersebut, semakin hangat perbincangan mengenainya, pelbagai pandangan timbul, yang nyata pelajar bercakap negatif lebih dari positif.

7. Keadaan ini tidak sesuai dalam masyarakat kampus yang harmoni. Saya terpanggil untuk memelihara hubungan baik dan menggalakkan tangapan positif serta membina keyakinan pelajar terhadap barisan pentadbian Universiti. Bagi saya pelajar berhak mengetahui hal yang sebenarnya.

8. Keputusan ini berdepan dengan cabaran yang dihadapi oleh semua pihak yang terlibat sama ada diperingkat pelajar mahupun pentadbitan Universiti yang membuat keputusan. Hal pengangkutan sudah semestinya paling mendasar dalam perubahan ini. Perkhidmatan bas untuk ke kuliah menuntut ketertiban dan lebih sistematik supaya keputusan ini tidak menimbulkan kerungsingan pelajar pada semester depan.

9. Penambahan bas dalam kadar berpatutan sesuai dengan permintaan dan keperluan pelajar di KHAR dan KUO yang mencecah ribuan orang berulang alik ke dewan kuliah setiap hari patut sudah difikirkan penyelesaiannya.

10. Cabaran pengurusan masa sudah pasti tidak ketinggalan dalam perubahan ini. Bagi mereka yang memiliki kenderaan sendiri, memang mudah mereka untuk bergerak sesuai dengan kemudahan yang mereka miliki. Tetapi bagaimana pula halnya bagi pelajar yang bergantung penuh dengan pengangkutan bas sedia ada? Saya kira harus apa juga keputusan yang dibuat perlu berorentasikan kebajikan semua pelajar.

11. Waktu puncak terutamanya disebelah pagi, tengahari dan petang amat jelas kesesakannya. Gambaran yang kita perolehi sekarang ialah usahkan bicara tentang kualiti, sedangkan kapasiti pun belum cukup memadai sesuai dengan laungan yang dibangga-banggakan kemudahan kelas pertama.

12. Jika kita mengandaikan semua pelajar yang ada kuliah pada waktu puncak bersiap seawal dua atau tiga jam untuk ke kuliah, belum tentu dapat mengangkut semua pelajar terbabit tepat pada masanya kecuali disokong dengan pertambahan pengangkutan bas yang luar biasa. Ini kerana faktor masa perjalanan yang diambil, tambahan pula kapasti bas sedia ada belum cukup efesian untuk mendepani perubahan ini pada semester hadapan. Kesannya hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati pelajar

13. Bersangkutan hal ini, sudah pasti sesi pengkuliahan tidak akan pernah berjalan seperti yang sepatutnya, terutamanya kuliah seawal 8.00 pagi. Diburukkan lagi dengan masalah peralatan bantu mengajar di dewan-dewan kuliah, kelewatan setengah jam atau mungkin lebih menjadi satu kebiasaan yang semangnya sudah menjadi hal biasa di UPSI. Keputusan berpindah ke Proton City ini patut dapat membina budaya tepati masa agar kebiasaan lewat kuliah dapat dibendung.

14. Menyentuh hal kos pula, Saya tidak tahu sama ada perpindahan tersebut lebih kompetetif dan menjimatkan ataupun sebaliknya. Dalam hal ini saya juga tidak pasti sama ada pihak mana yang lebih mendapat faedahnya dari segi kos, sama ada pelajar mahupun mahupun pihak Universiti.

15. Ramai sahabat saya yang memiliki kenderaan sendiri mendakwa kos pengangkutan akan bertambah hampir dua kali ganda kerana jarak perjalanan yang lebih panjang. Saya harap hal ini telah pun dikaji seteliti mungkin agar tidak membebankan kumpulan pelajar yang memiliki kenderaan sendiri. Saya fahami hakikat bahawa tidak mungkin dapat memuaskan hati semua pihak, namun saya berpendapat di Universiti ini perlu pembudayaan “Situasi Menang-Menang” di semua peringkat pengurusan. Tiada guna jika satu pihak sahaja yang mendapat manfaat sedangkan ada pihak yang lain rasa teraniaya.

16. Justeru saya mencadangkan kepada pimpinan pelajar kususnya MPP, perlu mendesak agar diadakan satu siri penerangan khusus untuk menjelaskan hal ini kepada seluruh pelajar agar tiada sangkaan buruk pelajar kepada mana-mana pihak. Siri penerangan ini pula perlulah dilakukan bersungguh-sunguh, agresif dan konsisten serta tidak mengambil sikap sekadar “Melepaskan Batuk Di Tangga”.

17. Siri penerangan ini patut diselenggara secepat mungkin yang mana perlu dokongan oleh pihak pentadbiran Universiti sendiri. Dalam siri perangan tersebut pelajar diharap dapat berinteraksi terus mengikut saluran yang ada tanpa perlu merekayasa, membuat andaian sendiri serta dapat bersumbangsih bagi mengelakkan fitah dan pelbagai bentuk tindakan dan tanggapan negatif lain di belakang tabir.

18. Persepsi pertama saya tentang keadaan dewan kuliah baru di Proton City secara jujurnya positif. Saya beranggapan ianya satu keputusan bermanafaat dalam usaha memberi lebih keselesaan dan membina semasa proses P&P. Dengan mengambil kira tahap profesionalisma pihak pembuat keputusan, saya juga berpendapat cabaran yang telah saya sebutkan siap siaga dikenalpasti penyelesaiannya.

19. Semua sedia maklum akan keluhan pelajar-pelajar terutamanya di KAB dan KZ terhadap kesulitan yang mereka alami. Menerusi perubahan baru ini, saya berharap ianya akan menjanjikan penambahbaikan perkhidmatan.

20. Jangan kerana “DASAR PENJIMATAN MAKSIMUM” yang semakin jelas diamalkan oleh pentadibran Universiti kini, hal kebajikan pelajar terabai dan terpaksa pula berkorban menerima sengsaranya. Kepada mereka yang bertanggungjawab, JANGAN BIARKAN ANDAIAN SAYA INI MELESET.

21.
Sekali lagi saya ingatkan pentadbiran yang baik tidak akan sekali-kali membenarkan terjadi situasi “Transfer of Suffering” kepada mana-mana pihak. Saranan kepada MPP, inilah salah satu kesempatan untuk perjuangkan kebajikan pelajar sesuai dengan Visi yang dicanangkan.

“MAHASISWA PELOPOR KEHARMONIAN KAMPUS”

Khamis, 11 Mac 2010

TIKAM BELAKANG : BUDAYA ATAU BUAYA

1. Kawan-kawan saya selalu ingatkan, “Azri kamu kena waspada dengan orang disekelilng kamu, luaran mereka nampak baik tapi sebenarnya mereka tu la yang TIKAM BELAKANG”

2. Apabila seseorang itu berasa kepentingannya terganggu atau kedudukannya tergugat pasti berisiko mengambil sikap “TIKAM BELAKANG”. Inilah satu sifat jahat yang patut dielakkan.

3. Saya insaf dengan fitah manusia yang sentiasa berbeza pendapat dan matlamat. Saya nasihatkan diri saya dan semua pembaca blog saya ini jangan kita amalkan “TIKAM BELAKANG”.

4. Memang manusia susah diramal perangainya, jika mahu harus bicara jujur, bersaing secara sihat membina dan bukannya membinasa hubungan sesama manusia demi kepentingan tertentu.

5. Apa pun terima kasih pada kawan-kawan yang selalu ingatkan saya hal itu. Kita patut amalkan sikap ingat-mengingati sesuai dengan amanah kepada manusia sebagai KHALIFAH di muka bumi ini.

6. Mereka yang mengamalkan "TIKAM BELAKANG" sama seperti BUAYA yang ganas dan tidak bersimpati demi kelangsungan hidupnya. Sikap kebinatangan jangan disamakan dengan sikap kemanusiaan. Buaya tetap buaya, tapi manusia harus berbudaya tidak seperti buaya.

7. Kalau nak jugak tikam, biar tikam dari depan, jika lelaki tunjukkan kejantanan, jika perempuan buktikan kewanitaan, bertempur biar adil saksama, pecahkan amalan dan tradisi taktik kotor barulah layak digelar PAHLAWAN SEJATI, tidak disoal di akhirat nanti.

"MAHASISWA PELOPOR KHALIFAH UNGGUL"

Jumaat, 5 Mac 2010

Peluang dan Ruang

"Peluang jarang-jarang muncul, bila ia datang hargai ia sebaiknya"

"Ruang jarang-jarang terbuka, Bila terbuka gunakan sebijaknya"

Selasa, 16 Februari 2010

Pimpinan Tidur Jelek Keperibadiannya

PETIKAN KATA-KATA PERSIDEN INDONESIA

“Kalau Tidur Di Luar Sana, Pemimpin Bagaimana Mau Memimpin Rakyat....Kalu Tidur”

“Malu......Untuk Diajak Bicara Memajukan Rakyatnya Saja Tidur.....”

“Jangan Main-Main Dengan Tanggungjawab”

“Meskipun Pintar, Selangit Pintarnya, Tapi Kalau Keperibadiannya Jelek Itu Jadi Racun”


PUDURAYA BOLEH !

1. 16 Feb 2010. Hari ini saya ada ke Kuala Lumpur kerana ada urusan. Seperti biasa antara tempat yang menjadi tumpuan di Kuala Lumpur ialah PUDURAYA.

2. Walaupun agak sesak, tempat ini memang menarik untuk melihat sendiri wajah sebenar kehidupan warga bandar tidak kira tempatan mahupun asing.

3. Pada saya inilah salah satu tempat yang patut dikunjungi bagi melihat sendiri keharmonian dan kemakmuran MALAYSIA.

4. Yang menarik perhatian saya sepanjang berada di PUDURAYA, jarang saya saksikan kebanjiran warga asing dari Vietnam, Myanmar, Indonesia, Thailand tidak kurang juga dari negara barat.

5. Melihat keadaan itu, saya terasa seolah-olah berada di negara lain. Hari ini ternyata PUDURAYA dengan kebanjiran mereka telah menawan dominasi warga tempatan pada hari-hari biasa.

6. Urusniaga dan komunikasi yang beraku di PUDURAYA memang menggamit hati saya. Sambil saya berfikir, saya agak terkesima melihat mereka ini menjadi salah satu komuniti kota MALAYSIA.

7. Saya bangga menjadi waga MALAYSIA. Keharmonian MU memberi limpahan rezeki pada semua tidak kira warga negara mahupun asing.

"MALAYSIA PELOPOR PENGAGIHAN KEKAYAAN SAKSAMA"

Jumaat, 12 Februari 2010

Antara Kebenaran Dan Kepalsuan

1. Saya ada jenguk facebook sahabat saya dan terlihat surat ini. Dah lama sebenarnya perkara ini saya ketahui dari kawan saya yang turut bertanding calon umum di UTHM.

2. Perkara ini memang jadi kontrovesi besar di UTHM. Tentang kebenarannya Wallahhualam. Saya kira hal sebegini patut seluruh Mahasiswa di Malaysia fikirkan.

3. Saya tidak cuba menyebelahi mana-mana pihak, Saya suka menegaskan kedudukan saya sebagai bebas dan berkecuali. Banyak hal yang boleh timbul kesan surat ini.

4. Apapun pada saya isu sebeginilah yang boleh kita fikirkan untuk melonjakkan paradigma Mahasiswa Pelopor untuk mewujudkan demokrasi yang benar-benar adil dan jujur.

5. Kita tidak boleh manjadi hakim sendiri dalam menentukan kebenaran atau kepalsuan sesuatu perkara. Tindakan yang wajar oleh pihak-pihak sepatutnya harus mengambil tempat bagi menjawab isu sebegini. Kita yang berada di luar harus memberi respon rasional sebagai penilai akhir demokrasi.


Khamis, 4 Februari 2010

KES LIWAT DATO' SERI ANUAR IBRAHIM : SUATU PENGAJARAN KEPADA PARA KHALIFAH

1. 4 Feb 2010. Pagi tadi sebelum ke kuliah, sempat saya membuka beberapa akhbar online. Antara perkara yang menjadi fokus tarikan pembaca sudah pasti berkaitan isu LIWAT Dato' Seri Anuar Ibrahim.

2. Saya tidak mahu mengulas panjang soal ini, semua pun sedia maklum akan perjalanan kes tersebut. Pihak akhbar pun memang dah menjadi tugas mereka melaporkan dari semasa ke semasa akan hal ini.

3. Saya membaca beberapa akhbar utama dan membuat perbandingan antara laporan yang ditulis oleh akhbar-akhbar alternatif. Tengah saya asyik membaca, saya sedih dan berfikir.

4. Saya tidak mengetahui kisah dan tahap kebolehpercayaan isu sebenar berkaitan kes tersebut, namun pada saya ialah kejadian seperti ini harus menjadi iktibar pada diri saya dan seluruh umat manusia yang sememangnya memegang tampuk kekuasaan khalifah di muka bumi ini.

5. Soal benar dan salahnya hanya mereka yang bersangkutan sahaja tahu. Kepada pihak pemutus keadilan laksanakan keadilan dengan seadil-adilnya. Nasihat saya kepada wartawan-wartawan yang membuat liputan sila memberi maklumat yang benar dan boleh dipertanggunjawabkan, ingat laporan yang anda tulis akan pasti merencana pemikiran dan keharmonian masyarakat Malaysia.

6. Semua mengakui bahawa kes ini pasti mempunyai signifikan yang serius kepada landskap politik negara. Justeru kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dengan kes ini, anda harus mengambil sikap rasional dan memikirkan keharmonian negara.

7. Kepada rakyat Malaysia, kes seumpama ini sudah pasti akan mematangkan paradigma dan mentaliti terutamanya dalam mencerna maklumat yang diperoleh dengan setepat tepatnya. Jadilah warga Malaysia yang BERJIWA NASIONAL BUKANNYA EMOSIONAL.

Inilah cabaran kepada masyarakat Malaysia, Inilah ruang untuk kita membuktikan perpaduan yang menjadi teras kehidupan aman dan damai yang menjadi kunci kejayaan Malaysia hari ini. Sebagai warga sejati, tanya diri anda apakah anda mampu mengharungi cabaran ini?

"MAHASISWA PELOPOR KEHARMONIAN NEGARA"

WANG CAGARAN TANDING MPP PRK UPSI 2010

Bermula 03 FEBRUARI 2010, Perhatian kepada semua calon MPP yang terlibat dalam PRK UPSI kali ini, anda boleh menuntut wang cagaran RM 50.00 ke UPP, JHEPA UPSI.


Kepada sahabat-sahabat saya yang menang ataupun yang kalah,anda jangan risau wang cagaran tersebut akan dikembalikan.

Semalam, 03 Feb 2010 saya merupakan orang pertama yang menuntut wang tersebut. Mohon ambil serius hebahan ini.

Selasa, 2 Februari 2010

PRAKTIK ATAU TEORITIS

1. 01 FEBRUARI 2010. Masa terus berlalu tanpa menghiraukan sesiapa, satu sifat masa yang unik ialah “KONSISTEN TANPA SIMPATI”. Mana pernah masa berlalu tanpa mengambil kira sensitiviti serta perasaan seluruh makhluk. Masa berdetik dan terus berdetik.

2. Saya semalam ada di kunjungi oleh sahabat saya yang layak duduk dalam Saff Kepimpinan MPP kali ini. Dia memang sorang yang mempunyai bakat pimpinan baik dan berpotensi tinggi dikembangkan.

3. Satu sikap yang saya lihat pada dirinya ialah gemar meminta pandangan. Saya tidak tahulah pula jika itu dah memang menjadi amalan dia, namun konten yang ingin saya sampaikan ialah sikap suka meninjau pandangan orang lain ini memang baik untuk menjadi amalan oleh semua orang.

4. Perlu saya garis bawahi, saya menerima hakikat bahawa karekter setiap individu memang berbeza, tapi dalam konteks pemimpin inilah satu sikap yang perlu ada dan harus menjadi nilai-nilai positif yang dipraktiskan dalam apa jua profesi.

5. Sahabat saya ini cuba mencungkil apa sebenarnya dalam pemikiran saya yang boleh dia ambil pengajaran terhadap pemantapan MPP kali ini. Dalam perbualan kami, saya tidak pernah prejudis dan saya cenderung mengambil sikap terbuka. Beliau bertanya akan gagasan dan usaha saya andai saya berada di barisan MPP.

6. Saya tidak tahulah sebab dia bertanya hal sedemikian pada saya. Pada saya, mungkin saya adalah antara calon yang pernah turut serta dalam PRK kali ini, maka sahabat saya ini merasa berkewajipan mengunjungi saya dan mengemukakan soalan sedemikian.

7. Saya terus terang suka jika ada orang yang cuba menyelamai gagasan pemikiran saya. Saya sempat mengemukakan beberapa cara diperingkat awal untuk menyatupadukan BLOK TERPISAH dalam barisan MPP kali ini. Di sini saya tegaskan saya sedang tidak cuba mempengaruhi mana-mana pihak, pada saya semua pelajar UPSI bukan musuh tapi sahabat.

8. Saya juga ditanyakan bagaimana saya mengendalikan MPP jika saya memegang portfolio YDP MPP. Saya justeru tersenyum apabila ditanyakan soalan ini. Sambil saya menjawab, saya sempat berfikir dalam hati antara TEORITIS dan PRAKTIK, saya lebihkan PRAKTIK.

9. Saya dah pun mengemukakan pandangan diperinkat awal kepada sahabat yang juga salah seorang ahli majlis, biar dia cernakan dan fikir apa yang patut. Saya harap sikap hati kecil saya lebihkan PRAKTIK dari TEORITIS dapat menjadi peringatan kepada para pimpinan MPP yang membaca coretan saya ini .

10. Semangat PELOPOR harus mengambil sikap BERPENDIRIAN GENTLEMAN. Jika anda benar pasti sokong menyebelahi anda dan jika pula ternyata salah terima pandangan baiki kelemahan.

11. Kepada seluruh Mahasiswa UPSI, berikan sahabat-sahabat kita yang membentuk Jemaah MPP sedikit kepercayaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Peringatan kepada semua.............“APA YANG PENTING? KERJASAMA.....”

Ahad, 31 Januari 2010

Majlis Dialog Idealisme Generasi Muda Bersama YAB. Timbalan Perdana Menteri.

1. 30 JANUARI 2010. Saya ada mengikuti satu program anjuran JASA, Kementerian Penerangan, Kebudayaan Dan Komunikasi. Program ini memang bagus kerana selain dapat berdialog dengan TPM, ia juga dapat mendekatkan Mahasiswa dengan pimpinan tertingi negara.

2. Saya selaku Datuk Bendahara UPSI merupakan PELOPOR yang memulakan sesi dialog pada pagi semalam. Setelah TPM memberi isyarat untuk memulakan dialog, tiada audien yang memberi respon. Saya bangga menjadi yang pertama kerana berjaya menonjolkan imej UPSI.

3. Saya mengajukan dua persoalan kepada TPM berkaitan isu pendidikan, kemudian TPM memberi jawapan yang panjang lebar. Jika saya tidak silap, soalan saya adalah yang mendapat perhatian audien dan memerlukan masa yang paling lama untuk dijawab oleh TPM.

4. Saya sebetulnya hendak bertanya lagi akan dua perkara iaitu isu penempatan guru-guru dari UPSI yang dibekukan dan menyentuh soal sistem e-voting, amalan sistem demokrasi dalam konteks PRK di negara kita. Namun saya tidak berkesempatan untuk mengajukan soalan terbabit kerana tiada kesempatan masa.

5. 8.30pm, saya di kejutkan oleh panggilan dari Pegawai JASA bahawa saya muncul dalam Buletin Utama TV3. Saya tak sangka la pula soalan saya akan mendapat liputan media. Ini bukanlah kali pertama saya muncul dalam kaca TV, apapun itu perkara seumpama ini memang suatu pengalaman yang menyeronokkan.

6. Dalam siaran oleh Buletin Utama semalam, saya lihat ada kesalahan maklumat yang disiarkan. Nama saya yang cantik MOHAMMAD AZRI AMATAN telah ditukar kepada nama lain menjadi MOHD AZLI MOHD JAH. Saya tidak tahu dari mana pihak media terbabit mendapat ilham menulis nama saya sedemikan rupa.

7. Ada juga saya terfikir mahu membuat laporan polis berkenaan hal ini, saya berpendapat kesalahan pihak wartawan yang menulis nama saya merupakan satu kesalahan berat kerana memberi informasi yang salah kepada seluruh rakyat Malaysia. Setelah berfikir panjang, saya mengandaikan mungkin kesilapan teknikal telah berlaku semasa proses editing video berkenaan. Justeru, saya tidak berhasrat meneruskan niat untuk membuat laporan polis. Namun, Saya berpesan agar pihak media terutamanya wartawan-wartawan yang membuat liputan agar lebih berhati-hati dalam memberikan informasi.

8. Kali ini anda berdepan dengan insan yang masih ada pertimbangan rasional, cuba fikirkan jika keadaan saya ini berlaku kepada mereka-mereka yang tahu mengambil kesempatan atas kesilapan seperti ini. Pasti akan timbul isu lain, jika hal ini saya suarakan diperingkat MAHKAMAH, sudah pasti saya ada kelebihan untuk menang kerana bukti telah ada di depan mata. Pada saya, pihak media terbabit harus memohon maaf kepada individu-individu berkenaan atas kejadian yang seperti ini.

Tarikh : 30 Januari 2010

Tempat : Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang.


Berikut Liputan Media Yang di Siarkan Di Buletin Utama TV3

video


Gambar semasa sesi Dialog bersama TPM













Jumaat, 29 Januari 2010

"MAHASISWA PELOPOR PENDIDIK BITARA" : INSTRUMEN PERPADUAN DUA BLOK TERPISAH

1. 29 JANUARI 2010, pukul 9.35am saya berkesempatan untuk melihat sendiri proses penamaan calon untuk pemilihan kerusi Etnik MPP sesi 2009/2010. Saya sebetulnya ada perjumpaan dengan Dr. Faris pada pukul 10.00am, kebetulan sebelum menanti pukul 10.00am, saya berkesempatan berkunjung ke Bitarasiswa untuk melihat sendiri proses penamaan calon disamping memberi sokongan moral kepada semua calon yang bertanding.

2. Saya menyaksikan, semua calon dan wakil calon, pencadang serta penyokong calon bersemangat untuk ke penamaan calon. Seperti biasa segala dokumen dan perkara yang sepatutnya disiapkan telah pun dilaksanakan oleh calon-calon.

3. Calon-calon ini semua saya kenali karekter dan gaya kepimpinan mereka. Calon Etnik India - Balaganesh, Sarawak - Samuel, Sabah - Juriah dan Cina - Lok Dan Lee. Mereka ini pernah bersama-sama saya semasa Kursus Kepimpinan Mahasiswa 2009 yang lalu. Ringkasnya, mereka ada bakat untuk memimpin dan membawa hala tuju perjuangan etnik masing-masing.

4. Lebih kurang 20 minit saya di kawasan penamaan calon, saya juga berkesempatan bertemu calon-calon yang menang dalam pembuangan undi semalam. Saya melihat ada raut kegembiraan jelas terpancar atas kejayaan menduduki MPP sesi 2009/2010. Saya tidak lupa mengucapkan TAHNIAH pada mereka.

5. Pukul 1.21pm sebelum bertolak ke Masjid menunaikan Solat Jumaat, saya ada menjenguk sebentar portal UPSI, Alhamdulillah paparan terkini berkaitan pemilihan Kerusi Etnik menunjukkan perkara positif. 3 daripada 4 kerusi yang dipertandingkan menang tanpa dicabar kecuali Kerusi Etnik Cina. TAHNIAH saya ucapkan pada sabahat-sahabat saya.

6. Namun hal yang menarik perhatian saya ialah bukan soal siapa kalah atau menang, pada saya itu memang dah adat dalam mana-mana pertandingan. Saya mengikuti perkembangan PRK kali ini dari semasa ke semasa. Saya juga ada menjenguk blog-blog tertentu yang turut serta membuat liputan semasa PRK UPSI.

7. Pelbagai isu dan perkara yang dibangkitkan. Saya melihat hal seumpama ini sebagai satu senario normal dalam amalan sistem demokrasi. Sebagai penganalisis PRK UPSI, ternyata semakin jelas perbezaan dalam hala tuju perjuangan kepimpinan pelajar yang ditunjukkan oleh calon-calon yang telah menang. Ini bukan satu fenomena membina dalam konteks memacu perjuangan Mahasiswa UPSI

8. Masing-masing berpendapat kumpulan mereka harus berusaha menguasai majoriti dalam MPP kali ini. Sehinggakan pelbagai usaha dilakukan sejak hari penamaan calon, tempoh berkempen dan hingalah ke saat ini. Usaha-usaha sedemikian semakin mengundang perpecahan dalaman yang serius.

9. 2.35pm selesai Solat Jumaat, saya mendapat ILHAM untuk menyatukan kelompok yang berbeza pendapat ini sehingga nyata terbahagi dua nada perjuangan yang sepatutnya disatukan. Pada saya hal yang penting membawa kepada kejayaan dalam mana-mana perjuangan ialah BERSATU. Justeru Saya berpendapat sebagai langkah permulaan yang positif membentuk semangat BERSATU dalam jemaah MPP kali ini ialah melalui PERKONGSIAN MOTO.

10. Meskipun saya tidak duduk dalam Saff Jemaah MPP, saya terpanggil menyatakan ILHAM ini sebagai satu usaha kecil menjadikan MPP sebagai JUARA MAHASISWA yang mempunyai SINERGI BERIMPAK MAKSIMA menggerunkan.

11. MOTO yang saya cadangkan ialah “MAHASISWA PELOPOR PENDIDIK BITARA (MPPB)”. Jika anda kaji, kumpulan yang terpisah ini mempunyai agenda dan moto yang tersendiri dalam menerajui perjuangan kebajikan pelajar UPSI. Justeru, saya merasakan perkongsian ideologi melalui MOTO seperti yang saya cadangkan mampu berperanan sebagai instrument perpaduan berkesan dan releven difikirkan oleh kabinet MPP. Saya yakin barisan MPP kali ini lebih kreatif berbanding saya dalam hal menentukan moto. Apapun itu, saya berharap ahli kabinet MPP tidak mengambil ringan akan cadangan baik ini.

12. Anda adalah gambaran kesatuan 16 000 orang pelajar UPSI. Percakaran diantara satu sama lain hanya akan membantutkan usaha dalam merealisasikan janji dan manifesto masing-masing.

Khamis, 28 Januari 2010

KEPUTUSAN PEMBUANGAN UNDI MPP UPSI 2010

1. 6.23pm saya melawat ke portal UPSI, saya lihat belum ada apa-apa perkembangan terbaru mengenai pemilihan MPP kali ini.

2. Pasti saluran alternatif seperti blog-blog terkenal UPSI akan menjadi tumpuan untuk mendapatkan sumber-sumber akurat berhubungan keputusan pembuangan undi yang berlangsung dari pagi sehingga ke petang.

3. Jika menurut jadual yang diberikan oleh pihak seketeriat pemilihan, pukul 5.30pm keputusan sudah mula diperolehi.

4. Saya kira, keputusan sudah pun diketahui namun penyebarannya masih belum meluas. Kebanyakan pelajar UPSI pasti tertunggu-tunggu paparan secara rasmi keputusan pembuangan undi hari ini.

5. Saluran utama iaitu portal UPSI sepatutnya berfungsi mendahului saluran alternatif. Kepada pihak yang berwajib, kelemahan ini patut diambil kira untuk dibuat penambahbaikan akauntabiliti dan meninggikan integriti pada masa hadapan.

6. Pelbagai ramalan dan spekluasi yang timbul akibat kelemahan ini. Pelajar UPSI seolah-olah menjadi Ahli Nujum sementara menghangatkan lagi spekulasi keputusan.

7. 6.37pm saya terdengar bunyi horn motorsikal secara berkonvoi dibunyikan di sekitar KHAR/KUO. Saya tidak tahu pihak mana yang melakukan sedemikian, apapun itu ia pasti manifestasi kegembiraan penyokong-penyokong calon yang menang.

8. Kepada calon yang menang,TAHNIAH saya ucapkan. Sudah pasti amanah yang dipikul adalah setimpal dengan autoriti dan kapasiti yang bakal dipikul. Bagi calon yang kalah, ianya satu percubaan yang baik, pasti pengalaman ini kekal tersemat dalam memori hidup.

9. Semua tahu, impak senario mana-mana pilihanraya pun pasti mengundang kewujudan perpecahan dan perbezaan. Justeru saya mengajak seluruh mahasiswa UPSI agar menjiwai semangat muhibbah.

10. Ingat sebagai MAHASISWA PELOPOR satukan tenaga untuk menghasilkan SINERGI BERIMPAK MAKSIMA dalam membawa nada perjuangan bersama.

SIKAP DAN KRISIS NILAI PELAJAR UPSI

1. 27 JANUARI 2010. Kira-kira pukul 12.40pm selepas saya selesai kuliah di Taman Bernam, sementara menunggu bas ke kampus, saya sempat berbual-bual dengan pengawal keselamatan yang sedang bertugas di kawasan sekitar.

2. Dalam perbualan kami, saya sempat bertanya apa sebenarnya yang menjadi masalah pelajar UPSI yang menghantui mereka.

3. Menurut pengalaman mereka, pelajar UPSI sebenarnya adalah baik dan tiada masalah sangat yang mereka timbulkan. Cuma ada beberapa perkara yang ternyata menjadi kerungisngan mereka

4. Pengalaman mereka di UPSI memang cukup lama dan berbaloi untuk kita fikirkan sejenak agar boleh kita ambil pengajaran di dalamnya.

5. Di sepanjang perbualan, perkara paling mendasar dalam luahan mereka ialah krisis sikap dan nilai yang melanda kebanyakkan pelajar UPSI. Budaya memberi salam, bertegur sapa dan budaya hormat-menghormati memang berada pada tahap serius.

6. Saya terpanggil mengutarakan hal ini kerana saya masih ingat kata-kata staf berkenaan “dalam 100 orang yang lalu di depan kami, amat payah cari seorang yang memberi teguran apatah lagi memberi salam”.

7. Rata-rata semua staf khususnya yang berkerja sebagai Pengawal Keselamatan di UPSI ini telah saya temubual dan memang mereka menyatakan hal yang sama.

8. Kebimbangan ORANG DEWASA seperti mereka ialah sikap menyombong diri dan tidak menghormati orang lain dikhuatiri akan menular dan menjadi satu sindrom dalaman serius, apatah lagi dalam konteks profession sebagai guru kelak. Budaya seumpama ini tidak cocok ditunjukkan dan perlu kita ambil serius.

9. Mereka berasa seolah-oleh dipinggirkan dan dipandang rendah oleh pelajar UPSI. Wahai sahabat-sahabatku pelajar UPSI. Tidak perlu rasanya mengata dan menyalahkan itu dan ini untuk merubah budaya negatif ini, semuanya bermula dari dalam diri sendiri.

10. Percayalah anda tidak akan rugi walau sesen pun jika memberi senyuman, teguan dan memberi salam. Budayakan sikap PELOPOR dalam diri anda, yakinlah tiada implikasi ekonomi dan tidak perlu dibayar pun untuk memupuk nilai-nilai yang baik.

11. Saya ingatkan diri sendiri “Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga” Jangan biarkan diri anda menjadi Nila itu. Anda Berfikir? Fikir-fikirkan.

Selasa, 26 Januari 2010

PEMILIHAN WAKIL ETNIK SABAH : ANTARA PERJUANGAN, MARUAH, PRINSIP DAN KUASA

1. 26 JANUARI 2010. Hari ini berjalan seperti hari-hari biasa, pergi dan balik kuliah menjadi rutin yang terbiasa.

2. 10.30am selepas saya selesai menghadiri kuliah En. Nizamuddin saya terus ke bangunan JHEPA untuk berjumpa dengan seketeriat pemilihan MPP bertanyakan hal wang cagaran semasa hari penamaan calon.

3. Saya pergi hanyalah semata-mata ingin bertanyakan sama ada saya boleh menuntut semula wang tersebut ataupun tidak. Menurut pegawai seketeriat, segala urusan berkaitan wang cagaran hanya akan boleh dirujuk semula selepas selesai pemilihan MPP kali ini. Saya bersetuju dengan penjelasan yang diberikan.

4. Sepanjang saya dalam pejabat terbabit, sempat pegawai seketeriat MPP memberitahu dan memperlawa saya membeli borang pencalonan untuk turut serta dalam pemilihan kerusi Etnik Sabah dalam MPP akan datang. Sempat saya bergurau dengan pegawai terbabit “Hai takkan Kerusi UMUM nak turun pangkat ke kerusi ETNIK” Pegawai terbabit tergelak kecil.

5. Mengimbas semula tarikh penamaan calon sehingga ke hari ini, memang saya banyak menerima pelbagai respon terhadap kegagalan menjadi calon akibat bantahan 22 JANUARI 2010 lepas.

6. Ada yang begitu gembira sekali atas kegagalan saya, malah tak kurang juga hebatnya getaran kekecewaan yang dialami oleh sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong saya.

7. Artikel yang saya tulis bertajuk “PENAMAAN CALON PRK UPSI : ANTARA KELALAIAN DAN KELEMAHAN SISTEM” selepas kegagalan dalam pencalonan bertujuan untuk menjelaskan posisi sebenar saya, memang mendapat sambutan yang luar biasa. Saya menyambut baik komen-komen yang diberikan. Niat saya adalah menyatakan kebenaran, biar para pembaca yang sendiri yang menjadi hakimnya.

8. Komen-komen yang diberikan dalam blog saya pun begitu hangat. Terima kasih kepada yang memberi komen, saya hargainya sebagai bonus memperkasakan kelemahan diri. Jangan risau, saya maafkan anda dunia akhirat. Hal itu tidak menjadi masalah pada saya, sedangkan Tun Dr. Mahathir sendiri pun melalui kritikan, inikan pula saya yang sekerdil ini. Saya yakin, pihak wartawan blog-blog popular UPSI pun turut tidak ketinggalan mengikuti perkembangan saya.

9. Saya ada mengirim artikel berkenaan kepada pihak pem-blog popular tersebut. Saya minta untuk disiarkan bertujuan memberi penerangan tentang kedudukan sebenar semasa hari penamaan calon tersebut.

10. 7.00pm, saya melawat sekali lagi ke blog popular berbabit. Saya melihat artikel yang saya tulis dalam blog peribadi saya ada disiarkan. Terima kasih anda sebarkan suatu kebenaran.

11. 5.35pm tadi saya sempat membuka laman blog popular terbabit, saya ada terbaca satu artikel khusus yang dikarang membincangkan hal saya yang bertarikh 26 JANUARI 2010 bertajuk “AZRI BERPELUANG TANDING KERUSI ETNIK”.

12. Setelah membaca artikel tersebut, saya terpanggil untuk menyatakan pendirian saya terhadap isu tersebut. Sebetulnya, Isu untuk bertanding dalam kerusi etnik ini sudah menjadi bahan bualan oleh rakan-rakan saya semenjak pembatalan pencalonan saya dalam merebut Kerusi UMUM lagi.

13. Semua rakan yang menyokng saya ternyata sangat kecewa selepas kegagalan dalam penamaan calon 22 JANUARI 2010 lalu. Selepas kegagalan pertama itu reaksi mereka memang bervariasi dan penuh kontroversi. Mereka berkehendakkan agar saya turut serta dalam merebut kerusi Etnik Sabah dalam MPP akan datang.

14. Suka saya hendak tegaskan di sini bahawa, saya mempunyai prinsip dalam berjuang, saya bukannya mudah disogok dengan mana-mana kuasa, tumpukkan wang ringgit ataupun hal-hal yang memikat kalbu. Apabila saya telah menyatakan pendirian tentang sesuatu perkara apatah lagi dalam hal sebegini penting, pasti saya sukar berganjak. Ini bukan soal kuasa tapi ini soal perjuangan yang menguji kekebalan prinsip, kematangan dan maruah saya.

15. Saya memahami atas permintaan ramai yang mahukan saya bertanding dalam kerusi Etnik Sabah setelah gagal dalam percubaan pertama. Saya juga mengerti akan harapan menggunung mereka. Namun, pada saya soal kemaslahatan ummah lebih utama saya tidak rela meretakkan silaturahim hanya semata-mata hal dunia.

16. Saya berkeyakinan penuh dengan calon yang kami jangkakan menang tanpa bertanding bagi merebut kerusi Etnik Sabah untuk kali ini. Soal perjuangan, saya yakin dia mampu meneruskan usaha sabahat -sahabat sebelumnya yang berjuang demi warga sabah di bumi UPSI ini. Cuma dia perlukan sedikit kepercayaan dan sokongan dari kita semua Warga Sabah. Berikan ruang dan peluang untuk membuktikan semangat berkobar-kobar yang ditunjukkannya pada malam tersebut.

17. Walaupun banyak pendapat yang berbeza, suara harus disatukan. Yakinlah sahabat-sahabatku perpecahan hanya akan mengundang kelemahan serius yang pasti merugikan kita semua.

18. Saya teringat semasa Kursus Kepimpinan Mahasiswa 2009 yang lalu, Cik Nadijah selaku Fasilitator selalu berpesan “Jangan Sesekali Menjadi Pemimpin Hasil Menjatuhkan Orang Lain” ditambah pula pengalaman pada hari penamaan calon yang mencatat sejarah tersendiri bagi diri saya. Pengajaran ini memang melekat dalam otak dan naluri saya.

19. Saya berjuang dengan memegang banyak tunjang dalaman antaranya prinsip ini yang telah saya pelajari. Bodoh dan sombonglah saya jika saya tidak mengambil iktibar dari pengajaran lepas. Saya tidak mahu menjadi seperti kata pepatah melayu “Sudah Terhantuk Baru Terngadah”. Saya tidak akan sekali-kali mengorbankan prinsip untuk mendapatkan sekelumit nikmat kuasa yang pasti menjadi tanggungan di akhirat kelak.

20. Moham maaf, saya tidak merayu simpati, saya berjuang atas dasar yang kukuh dan pendirian yang teguh. Kepada sahabat-sabahat yang menyokong dan memberi pengharapan, fahami kondisi dan jiwai prinsip saya. Hormati dan beri peluang pada sahabat kita yang mahu meneruskan perjuangan. Kita bersyukur kerana ada sahabat-sabahat kita yang lain yang masih mahu menawarkan legasi perjuangan pelajar UPSI.

21. Jangan anda merasakan ketiadaan saya dalam MPP akan menjejaskan seluruh sistem MPP kerana pada saya lumrah kepimpinan manapun pasti akan terjadi seperti kata pepatah melayu zaman dahulu “Yang Patah Akan Tumbuh Yang Hilang Akan Berganti”. Namun dalam konteks hari ini janganlah anda risau kerana pepatah itu sudah mengalami transformasi menjadi “Patah Satu Seribu Menanti”. Jadi anda tidak perlu risau hal itu.

22. Keputusan saya untuk tidak bertanding merebut mana-mana kerusi dalam pemilihan MPP kali adalah muktamad. Mungkin benar kata-kata rakan saya “Azri, awak tiada rezeki di sini”

23. Akhirnya, saya mengajak pembaca sekalian mari kita berjuang seperti kata Allahyarham Sudriman “Aku Berjuang Dengan Cara Sendiri” dalam lagunya yang bertajuk “Warisan”

Isnin, 25 Januari 2010

6 Lumrah Bergelar Pemimpin

1. Kritikan
Anda bersedia dikritik? Anda melenting bila dikritik? Atau anda terima baik kritikan? semua itu adalah asam garam dalam menghadapi situsai dan keadaan pimpinan dalam mana-mana organisasi.

2. Bantah
Apa pun yang anda putuskan tentang satu-satu perkara akan ada nada bantahan. Pimpinan yang tiada bantahan dalamnya adalah pimpinan yang statik. Hatta dalam memutuskan sesuatu yang baik pun akan melalui bantahan.

3. Cemuh
Dari dulu sampai sekarang cemuhan adalah perkara biasa dalam mana-mana era kepimpinan. Ia seolah-olah satu budaya wajib yang kena dibiasakan oleh pemimpin. Anda rela dicemuh dan diburukkan? Anda sanggup difitnah dan diaibkan? Jika anda tidak mahu melaluinya, lupakanlah hasrat untuk memimpin organisasi yang lebih besar.

4. Pengorbanan
Kehidupan sebagai pemimpin amat luar biasa dari kebiasaan majoriti yang dipimpin. Tatacara hidup luar biasa ini memerlukan pengorbanan yang besar dalam semua aspek. Anda mengaku pemimpin, anda suda sedia berkorban? tepuk dada tanya iman.

5. Pencapaian
Perkara ini menjadi kayu ukur kejayaan pimpinan. Pencapaian bermakna sesuatu tuaian adil hasil kemampuan dan usaha keras yang ikhlas untuk mencapai sesuatu. Mengecapi pencapaian bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan kesepaduan antara sikap, ilmu pengetahuan dan bakat untuk memperjuangkan matlamat organisasi yang dipimpin.

6. Penghargaan
Penghargaan merupakan hadiah teristimewa yang pasti pemimpin nikmati. Percayalah, apabila seseorang menghargai hasil usaha kita, ia adalah satu kepuasan yang tidak tergambar dengan kata-kata. Adillah bagi pempimpin mendapatkan penghargaan atas segala kritikan, cemuhan, pengorbanan dan pencapaian yang telah disumbangkan.

Ahad, 24 Januari 2010

KEMPEN PRK UPSI : GAMBARAN KEMAMPUAN CALON

1. 24 JANUARI 2009, dalam tempoh 2 hari kempen PRK UPSI berjalan, saya mendapati kebanyakan calon sudah mula memulakan kempen. Malah sempat juga saya bertembung dengan calon-calon yang bertanding, bertanyakan khabar mereka. Ternyata semua sahabat-sahabat saya yang bertanding ini teruja memasang poster dan sibuk menyediakan bahan-bahan kempen di sana sini.

2. Secara keseluruhannya, saya melihat dari kerangka pemikiran terbanyak malah saya yakin majoriti Mahasiswa UPSI berpendapat sama bahawa semangat kempen setakat ini hambar.

3. 6.15pm selepas balik dari latihan SUKSIS, walaupun agak penat, saya ada juga menjenguk sebentar akan perkembangan terbaru kempen calon-calon yang layak bertanding melalui kemudahan blog yang disediakan oleh pihak seketeriat pemilihan MPP kali ini. Saya agak terkejut kerana diperingkat ini sepatutnya dengan kekangan masa yang singkat untuk berkempen, cuma beberapa calon sahaja yang ada memanfaatkan saluran utama tersebut.

4. Apa yang jelas, saya berpendapat, maaf jika saya katakan kebanyakan calon yang bagi saya adalah sahabat, agak kurang menjiwai semangat kempen yang sebenarnya. Saya tidak perlu berselindung akan kenyataan ini, pada saya hampir semua calon yang bertanding kali ini saya kenali karekter kepimpinan mereka. Mereka inilah sahabat yang penah bersama-sama saya semasa Kursus Kepimpinan Mahasiswa 2009 yang lalu. Tegasnya ada potensi dalam diri mereka sebagai peneraju kepimpinan masa depan.

5. Penjelasan saya terhadap kenyataan “kurang menjiwai semangat kempen” ialah gambaran secara holistik dari sudut matlamat perjuangan yang digambarkan melalui manifesto-menifesto yang dihidangkan kebanyakannya agak terhad serta kurang berkesan. Jelas menampakkan semangat berkobar-kobar calon tidak diterjemahkan dengan betul dan bercanggah dengan gambaran keperihatinan yang sepatutnya diberikan terhadap mahasiswa sebagai pengundi.

6. Hal ini merungsingkan golongan dipimpin kelak. Kesannya timbul isu soal kreadebiliti calon-calon bertanding yang dipertikaikan dalam laman-laman blog peribadi mahupun kumpulan-kumpulan tertentu. Kalau inilah realitinya, timbul lagi persoalan terhadap pimpinan MPP. Apakah MPP benar-benar berfungsi sebagai "JUARA MAHASISWA" ataupun sekadar tali barut yang sudah pasti hebat diperdebatkan kelak. Secara peribadi, setakat ini perjalanan kempen adalah lancar namun agak menghampakan kerana tidak se-agresif sepatutnya yang diharapkan.

7. Bagi saya metod poster dan flyers itu adalah cara konvensional. Walaupun begitu ia masih releven, cumanya perlu pengubahsuaian kreatif, inovatif dan berkualiti sesuai sebagai gambaran semangat dan cita-cita calon sebagai bakal pemimpin pelajar.

8. Medan pengucapan awan perlu calon-calon cipta sendiri dan tidak perlu mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu asalkan syarat, saluran dan peraturan yang ada dipatuhi. Namun setakat ini kelihatan kebanyakkan calon agak kurang berminat mengembangkan kaedah tersebut. Mungkin masih ada perasaan takut-takut untuk menjadi PELOPOR. Justeru saya sarankan anda jangan meneruskan legasi paradigma lapuk yang mengongkong kerangka fikir sebagai mahasiswa unggul dan cenderung pula bersikap sekadar dipinggiran menjadi Si TuLI (Tunggu Lihat Ikut).

9. Saya tidak di sini untuk merendah-rendahkan kemampuan anda sahabat-sabahatku, bagi saya sebagai pemerhati PRK Kampus yang bebas tanpa berkepentingan serta tidak berat sebelah terhadap mana-mana pihak, ruangan dan kesempatan apapun yang anda diberikan gunakan dengan sebaiknya.

10. Penggunaan ICT pula sepatutnya dimanipulasi untuk mempamerkan diri anda sebagai bakal pemimpin pelajar. Malangnya setakat ini usaha kebanyakan calon tidak setimpal kerana anda seolah-oleh memisahkan diri dengan ribuan mahasiswa pengundi yang jauh nun di sana. Anda mungkin dikenal oleh beberapa puluhan sahabat atau ratusan mahasiswa lain. Namun beri peluang 16 000 mahasiswa UPSI mengenali anda sebagai bakal pemimpin harapan mereka. Biar mahasiswa terbanyak menjadi hakim dalam menilai ideologi dan perjuangan yang cuba anda bawa.

11. Mungkin akan ada pendapat lain memberi argumen bantahan terhadap kenyataan saya. Apapun itu tidak bermaksud untuk meng-kondem orang lain. Niat saya hanya satu iaitu untuk melihat untung nasib semua mahasiswa benar-benar terbela dan mempunyai sinergi berimpak maksima dalam memberi pengaruh dan mewujudkan situasi menang-menang bersama pihak pentadbiran universiti demi kebaikan semua.

12. Jika anda bertanya apa posisi saya menulis sebegini rupa. Jawapan saya ialah, saya tidak bernaung pada mana-mana proksi, kumpulan atau ideologi tertentu. Saya tidak terpengaruh dengan mana-mana fahaman tertentu yang menyebabkan Mahasiswa UPSI berpecah dan suara menjadi lesu. Pada saya yang baik tiada alasan untuk dibantah, yang salah pula pasti tidak boleh dibenarkan.

13. Jika benar anda betul, saya tetap sokong anda dan jika pula anda salah anda perlu berubah untuk membuktikan anda pemimpin sejati yang mendokong tauladan kepimpinan Nabi Muhammad S.AW.

14. Pengalaman 6 semester saya berada dalam komuniti UPSI memanggil saya untuk berjuang. Walaupun saya tidak berjaya mengatasi fenomena politik sebenar UPSI sebagai calon yang sah layak bertanding pada pemilihan MPP kali ini, namun saya tidak kalah dan tetap berjuang dengan cara saya sendiri. Harapan semua mahasiswa disandarkan pada MPP sesi akan datang ini. Apapun kedudukan atau ideoloi, BERSATU itu kunci kekuatan sebenar “MAHASISWA PELOPOR”. Tunjukkan sahabat-sahabatku anda benar-benar layak menggalas harapan dan cabaran itu agar tidak dipersoalkan diakhirat kelak.

Jumaat, 22 Januari 2010

PENAMAAN CALON PRK UPSI : ANTARA KELALAIAN DAN KELEMAHAN SISTEM

1. 22 JANUARI 2010, Hari ini saya sememangnya bersemangat untuk ke pusat penamaan calon. Segala persiapan yang sepatutnya sediakan sudah saya laksanakan. Segala dokumen penting, wakil-wakil calon, pencadang dan penyokong pun kelihatannya bersemangat untuk bersama-sama saya pada pagi tersebut.

2. Saya tiba ke pusat penamaan calon lebih kurang pukul 9.40am, sepanjang tempoh menunggu giliran untuk ke kaunter seketeriat, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

3. 10.55am tibalah giliran saya, saya bersama-sama penyokong dan pencadang mengambil tempat. Saya agak rungsing dengan borang pencalonan saya yang ada sedikit masalah. Menurut rakan-rakan yang juga sama-sama menghantar borang pencalonan, borang pencalonan saya ada masalah.

4. Setibanya di Kaunter Pertama, saya terlebih dahulu memaklumkan kepada pegawai seketeriat akan masalah borang pencalonan tersebut. Masalah pertama borang pencalonan saya ialah pengunaan huruf kecil dalam ejaan nama. Pegawai yang terlibat pun kemudiannya memeriksa borang pencalonan saya. Dalam masa yang sama, saya mencadangkan agar saya menulis semula nama penuh dengan menggunakan huruf besar, namun pegawai seketeriat menghalang saya dari berbuat demikian.

5. Menurut pegawai terbabit hal tersebut tidak menjadi masalah asalkan jelas dan boleh dibaca. Namun saya tidak yakin dengan jaminan yang diberikan, lalu saya kemudiannya bertanya jika perkara ini akan menyebabkan pencalonan saya dibatalkan. Menurut pegawai seketeriat lagi, saya tidak perlu risau kerana hal terbabit tiada apa-apa masalah yang akan timbul kerana mereka mempunyai autoriti dalam hal ini.

6. Setelah yakin dengan jaminan yang diberikan, maka saya mengekalkan penggunaan huruf kecil tersebut kerana beranggapan hal tersebut sudah pun selesai. Segala kata-kata dan jaminan oleh pegawai seketeriat di Kaunter Pertama juga turut disaksikan oleh penyokong dan pencadang saya.

7. Maka dengan itu, saya kemudiannya beralih ke Kaunter Kedua untuk memaklumkan kepada Dr. Mohamad Suhaily Yusri b. Che Ngah, Tim. Dekan FSSK UPSI bahawa borang pencalonan saya telah pun disokong oleh Dr. Ibrahim bin Hashim iaitu Dekan FSSK UPSI.

8. Selesai hal tersebut, saya dengan diiringi oleh penyokong dan pencadang seterusnya beralih ke Kaunter Ketiga iaitu tempat dimana borang pencalonan akan disemak untuk kali terakhir dan diserahkan kepada pihak seketeriat.

9. Di Kaunter Ketiga ini, sekali lagi saya mengemukanan akan masalah borang pencalonan tersebut. Kali ini saya menjelaskan satu lagi masalah borang pencalonan saya iaitu tiada cop dan tandatangan oleh pihak penganjur Program Kempimpinan Mahasiswa 2009 yang dibawa kendalian seorang pegawai JHEPA UPSI.

10. Sebelum pergi kepada penjelasan lebih lanjut, saya mengimbas kembali hari semalam iaitu semasa penjualan borang pencalonan pada 21 JANUARI 2010. Saya kelmarin sudah pun berjumpa pegawai JHEPA UPSI terbabit untuk mendapatkan cop serta tandatangan beliau, namun saya diyakinkan bahawa berkenaan hal cop dan tandatangan terbabit tidak diperlukan kerana menurut beliau, saya tidak perlu risau kerana beliau yang bertanggungjawab pada hari penamaan calon, dan menyatakan bahawa perkara itu tidak menjadi masalah. Jadi saya pun beranggapan masalah kedua ini sudah pun selesai.

11. Berbalilk kepada situasi di Kaunter Ketiga, menurut pegawai seketeriat di sana mereka juga menyatakan saya tidak memerlukan cop ataupun tandatangan pegawai JHEPA terbabit atas alasan program tersebut adalah dibawah kendalian sepenuhnya oleh beliau. Masalah yang terakhir ialah, borang pencalonan saya mengandungi kesalahan menulis nombor yang saya garisakn sahaja tanpa menurunkan tandatangan bersebelahan penulisan itu. Juga saya diberitahu bahawa hal tersebut dianggap sudah selesai. Walaubagaimanapun saya masih berasa bimbang. Untuk itu saya sekali lagi bertanya untuk konfirmasi akan kenyataan tersebut. Setelah bersoal jawab dengan pihak seketeriat, mereka memberi jaminan bahawa masalah borang pencalonan saya juga sudah dianggap tiada masalah dan selesai.

12. Justeru saya pun bersama-sama dengan penyokong serta pencadang pun beredar selepas tamat sesi penyerahan dan penyemakan terakhir borang pencalonan tersebut. Sejurus selepas itu saya dengan penuh semangat pergi ke ruang fotografi untuk mengambil gambar sebagai calon.

13. Setelah selesai solat Jumaat, saya balik semula ke rumah dan berehat sebentar. Pukul 4.30pm saya kembali semula ke pusat penamaan calon. Untuk makluman, pukul 2.45pm sehingga 3.45pm merupakan tempoh masa bagi calon mengemukakan bantahan, rayuan serta tarik diri.

14. Seorang sahabat saya telah mengemukakan bantahan terhadap ketiga-tiga masalah borang pencalonan saya tadi. Sepanjang tempoh terbabit, saya tidak dimaklumkan oleh pihak seketariat akan bantahan yang dibuat terhadap saya.

15. Saya hanya menyedari akan hal bantahan terbabit semasa pengumuman keputusan bantahan dan pengumuman calon-calon yang layak bertanding. Justeru saya tidak berkesempatan untuk mengemukakan rayuan. Semasa mendengar pengumuman tersebut, saya sudah pasti terkejut kerana menyedari hal bantahan itu hanya semasa pengumuman muktamad calon.

16. Selepas pengumuman tersebut, saya tidak duduk diam sebaliknya menyatakan bantahan keras kepada pihak seketeriat. Pihak seketeriat bersetuju untuk saya mengemukakan rayuan kepada Prof. Dr. Sahaharudin selaku pengerusi.

17. Dalam sesi perbincangan dengan Prof. iaitu selepas pengumuman keputusan bagi calon yang layak bertanding. Saya menjelaskan dengan terperinci setiap permasalahan dan penjelasan kukuh dalam borang pencalonan saya.

18. Prof. selaku pengerusi untuk seketeriat pemilihan MPP kali ini mengaku tidak mempunyai autoriti mengubah keputusan suruhanjaya bebas yang telah dilantik mengendalikan jawatankuasa bantahan. Walaupun ada alasan yang kukuh dan hujah tanpa bantahan yang saya kemukakan tidak mampu untuk mengubah keputusan muktamad.

19. Saya akur dengan keputusan terhadap bantahan terbabit. Saya bukan mahu menunding jari kepada mana-mana pihak terutamanya pihak UPSI, itu juga adalah disebabkan kelalaian saya sendiri. Namun perkara yang lebih bermakna disebalik kekecewaan tidak berpeluang bertanding ialah Prof. sendiri mengaku dan akur akan kelemahan sistem pemilihan MPP kali ini. Hal ini disaksikan saya sendiri dan wakil-wakil.

20. Saya secara jujurnya sudah pasti kecewa dengan perkara ini.. Sepatutnya pihak seketeriat membuat pengumuman jika ada apa-apa bantahan dalam tempoh tersebut. Saya dimaklumkan oleh wakil calon saya yang setia menunggu sepanjang tempoh bantahan, memang tiada pengumuman yang dibuat oleh pihak seketeriat. Hal ini mengecewakan kerana nyata terdapat kelemahan dalam pengurusan sistem pemilihan kali ini. Tambahan pula masa sejam yang diberikan untuk membuat bantahan, rayuan dan tarik diri memang tidak praktikal serta dilihat mempunyai kepentingan tersembunyi dari sudut politik sehingga Prof. sendiri mengaku atas kelemahan sistem dan peraturan pemilihan kali ini. Saya sendiri mengemukakan saranan kepada Prof. dan Prof berjanji sistem dan peraturan yang sebegini akan diperbaiki pada masa akan datang. Ini satu usaha “MAHASISWA PELOPOR” yang dapat menundukkan dan membuat pihak bertanggungjawab menelan ludah sendiri.

21. Saya tidak tahu sama ada hal ini sengaja diada-adakan untuk mengekang calon seperti saya, segalanya mempunyai seribu satu kemungkinan. Sejujurnya sejak mula lagi saya tidak bersetuju terhadap peraturan sedemikan. Justeru saya terpanggil menyentuh isu sistem dan peraturan pilihanraya kampus yang lebih saksama tidak berkepentingan, tidak menindas serta tidak ultra vires yang sudah pasti menjadi agenda dan bahan berkempen jika berjaya dalam pencalonan hari ini. Namun segalanya musnah akibat kelalaian saya dan kelemahan sistem hinggakan pihak lawan mengambil kesempatan.

22. Kepada sahabat saya yang mengemukakan bantahan, saya ucapkan jutaan terima kasih kerana berikan saya pelajaran yang sangat bermakna ini. Anda sahabat yang baik kerana sanggup memberi saya tiga pelajaran. PERTAMA - Jangan Percayakan Orang Lain 100% Hatta Sahabat Kita Sendiri. KEDUA - Jangan Lalai Dan Cuai Hingga Membuka Ruang Untuk Memusnahkan Harapan, Cita-Cita Serta Usaha Diri Sendiri. KETIGA - Meningatkan Saya Supaya Jangan Jadi Pemimpin Hasil Menjatuhkan Orang Lain. Apapun saya sedar akan hakikat asam garam politik. Sabahatku yang membuat bantahan anda tidak perlu risau, dunia akhirat saya tidak berdendam pada anda. Sudah menjadi amalan saya, setiap malam sebelum tidur pasti saya akan memaafkan seluruh orang yang meyakiti saya.

23. Teristimewa buat rakan-rakan yang banyak menyokong saya, maafkan saya kerana mengecewakan anda semua atas kegagalan menjadi calon untuk MPP kali ini. Saya sudah cuba sedaya upaya mengikut saluran yang ada. Terima kasih sokongan anda, Anda sahabatku dunia akhirat.

24. Pasti ini ujian Allah S.W.T untuk saya menjadi lebih terdidik dan berpengalaman dalam menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi Allah S.W.T ini. Sekali lagi sabahat-sabahat yang menyokongku, maaf mengecewakan harapan menggunung anda.

25. Perjuangan saya tidak behenti disini, saya mempelawa calon-calon yang bertanding untuk melihat 25 perkara yang saya saya senaraikan sebagai garis panduan pejuangan kebaikan semua. “Yang Baik Anda Sokong Yang Buruk Anda Perbaiki”. Tinggi harapan saya agar sahabat-sahabat yang sah bertanding sebagai calon MPP akan datang, lebih berwaspadalah, bersaing secara berhikmah dan sihat. Ingat pejuanganmu untuk Agama, Bangsa dan Negara.

“MAHASISWA PELOPOR” di http://mohammadazriamatan.blogspot.com/

Khamis, 21 Januari 2010

“ MAHASISWA PELOPOR” DI POSISI UMUM

1. Setelah berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk menjadi calon di posisi UMUM pada sesi pemilihan MPP yang julung-julung kali saya sertai ini.

2. Pada pendapat saya posisi ini memang bertepatan dengan minat, prinsip serta moto “MAHASISWA PELOPOR ” yang ingin saya ketengahkan sebagai landasan utama meneruskan legasi kecemerlangan kepimpinan di peringkat pelajar.

3. Mungkin ramai tertanya-tanya apa sebenarnya yang ingin saya tonjolkan melalui moto tersebut. Sepanjang 22 tahun usia saya di muka bumi ini, pengalaman dan pengamatan saya dalam mana-mana organisasi ataupun kumpulan dalam konteks pelajar sangat sedikit ataupun hampir tidak pernah saya saksikan mana-mana individu tampil secara sukarela dan berani dengan penuh komitmen menawarkan diri menjadi "PELOPOR" dalam kumpulan tersebut.

4. Situasi Tunggu Lihat Ikut (SiTuLI) sudah menjadi budaya yang menular dalam kalangan pelajar tidak kira diperingkat manapun. Saya yakin anda bersetuju dengan saya, malah pengalaman anda juga membuktikan pandangan saya.

5. Saya bukanlah hendak mengata, meninggi diri ataupun takbur, sepanjang saya menyertai mana-mana program, kumpulan ataupun organisasi tidak pernah saya saksikan seseorang yang benar-benar menjiwai semangat “PELOPOR” kalau ada pun mesti akan menjadi SiTuLI terlebih dahulu. Saya akui memang sukar membudayakan semangat PELOPOR apatah lagi dalam konteks “MAHASISWA PELOPOR ”.

6. Justeru, saya mengajak para mahasiswa UPSI supaya memikirkan akan hal ini. Beri saya kesempatan untuk menjadi platom anda membudayakan semangat PELOPOR kepada warga UPSI. Jadilah "MAHASISWA PELOPOR" bersama saya di posisi UMUM.

TREK MPP PILIHAN SAYA

1. 21 JANUARI 2010 - Borang Pencalonan mula dijual. Ternyata sepanjang hari ini saya sudah mula diuji dan tercabar apabila saya dimaklumkan bahawa saya hilang kelayakan untuk bertanding kerana tidak memenuhi syarat disebabkan kegagalan mengikuti kesemua siri Kursus Kepimpinan Mahasiswa 2009 anjuran JHEPA.

2. Setelah berbincang dengan pihak seketariat dan pihak JHEPA, cabaran pertama pada hari ini dapat diselesaikan. Alhamdulillah saya telah dibenarkan untuk mendapatkan borang pencalonan tersebut. Isunya disini bukanlah bercerita tentang syarat yang ditetapkan oleh pihak seketariat pemilihan MPP, tetapi bagi saya inilah bibit-bibit cabaran dalam mencipta sejarah diri untuk bertanding dalam pemilihan MPP pada sesi kali ini.

3. Jujurnya sepanjang hari ini saya bersemangat untuk menterjemah komitmen dan nada perjuangan yang tidak berbelah bahagi kepada legasi kepimpinan pelajar yang saya fikir perlu saya kongsikan bersama seluruh Mahasiswa UPSI.

4.Tarikh hari ini adalah antara hari yang amat bermakna bagi saya, mungkin ini adalah tarikh yang akan melonjakkan minat dan bakat saya sebagai khalifah kecil di muka bumi Allah ini.

5. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sabahat yang menyokong dan membantu saya. Terutamanya kepada Abang Li kerana sudi menjadi transporter saya ke hulu ke hilir sepanjang hari ini. Tanpamu sahabatku, perjalanan urusan hari ini agak lebih mencabar. Terima kasih atas pertolongan semua.

6. Semoga segalanya berjalan lancar. Amin.

"MAHASISWA PELOPOR" : KENAPA PERLU UNDI SAYA

1. Memperkasakan program dakwah kepada saudara baru di UPSI.

2. Memupuk kefahaman dan kesedaran mahasiswa dalam aspek kerohanian dan pembangunan insaniah.

3. Peningkatan tahap perkhidmatan ICT di UPSI agar lebih menyeluruh dan berkesan terutamanya di setiap kolej-kolej kediaman.

4. Kemudahan di dalam dewan kuliah diperbaiki dan diselenggara sesuai dengan kehendak ISO; memperbaiki LCD dan kemudahan komputer di dalam kuliah supaya pembelajaran lebih selesa.

5. Sistem perkongsian maklumat dan aduan pelajar secara telus dan efektif contohnya melalui SMS, talian dan peti aduan.

6. Memperkasa tahap keselamatan harta benda dan warga kampus di peringkat kolej-kolej kediaman dan kampus.

7. Memperluas kemudahan infrastruktur supaya lebih mesra OKU di UPSI.

8. Berusaha untuk mendapatkan kadar yuran pengajian dan kolej kediaman yang berpatutan dan dikaji dari semasa ke semasa.

9. Memperjuangkan kebajikan dan hak-hak seluruh mahasiswa tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan ideologi.

10. Memperjuangkan isu-isu berbangkit seperti masalah pengangkutan, AUKU, isu posting dan PTPTN.

11. Mewujudkan suasana kampus yang kondusif dan selesa selaras keperluan pelajar.

12.Mengadakan dan menyokong program-program yang membantu ke arah pembangunan mahasiswa.

13. Penambahan sumber-sumber rujukan di Perpustakaan Tuanku Bainun

14. Penyelarasan harga makanan yang sama dan berpatutan di seluruh kafe kolej-kolej kediaman dan kiosk-kiosk di kampus.

15. Memberi pendedahan mengenai kemudahan peruntukan kewangan kepada pelajar.

16. Cadangan penerbitkan Buku Birokrasi UPSI yang menghimpunkan birokrasi seluruh institusi pengurusan di UPSI.

17. Mewujudkan dana menyokong program-program yang membantu ke arah pembangunan mahasiswa selaras kehendak universiti.

18. Mengusulkan perhimpunan bulanan bersama Naib Canselor UPSI

19. Berusaha mengembalikan semula prinsip secrecy of voting (kerahsiaan undi).

20. Perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang kampus yang lebih telus dan adil.

21. Sistem dan peraturan pilihanraya kampus yang lebih saksama tidak berkepentingan, menindas serta tidak ultra vires.

22. Pemupukan nilai akauntabliti, etika dan integriti di semua peringkat pengurusan universiti.

23. Mempertingkatkan imej dan kapasiti MPP dan UPSI.

24. Sistem penyampaian dan hebahan aktiviti MPP yang lebih agresif, konsisten dan menyeluruh.

25. Jawatankuasa bakat sukan yang akan menyokong pelajar aktif dan berbakat dalam bersukan membawa nama UPSI ke peringkat luar.

Selasa, 19 Januari 2010

TERSENTAK

1. 10 JAN 2010, semasa Saya duduk dalam bas TM mengambil perjalanan dari K.L ke Tanjung Malim untuk balik ke UPSI selepas bercuti semester 5 di Sabah. Saya ternampak papan iklan dengan kata-kata ini. Saya tidak ingat persis ayatnya, tapi lebih kurang begini bunyi ayatnya.

" PELOPOR TIDAK SEMESTINYA MEMERLUKAN LANGKAH YANG BANYAK SEBALIKNYA HANYA MEMERLUKAN SATU LANGKAH KE HADAPAN"


2. Saya suka kata-katanya yang membuatkan Saya berfikir dan bermotivasi. Ayat ini mendalam maknanya buat diri Saya.

3. Terima Kasih pada syarikat yang meletakkan papan iklan tersebut.

Selasa, 1 Disember 2009

KUNAK Tanah Tumpah Darahku

















KUNAK adalah sebuah bandar kecil terletak di Bahagian Tawau, Pantai Timur Sabah. Ia dahulunya satu subwilayah yang ditadbir di bawah Pejabat Daerah Lahad Datu, tetapi mencapai statusnya sebagai sebuah daerah penuh pada 1 Jun, 1981.

Terletak di koordinat
Garisan Latitud : 4° 40' 0 Utara
Garisan Longitud : 118° 4' Timur


Pentadbiran Mukim Dan Kampung
Daerah Kunak terbahagi kepada dua mukim iaitu Mukim Pangi dan Mukim Madai. Mukim Pangi mengandungi 18 buah kampung, manakala mukim Madai 11 buah kampung.

Mukim Madai
1.Kampung Asli Baru
2.Kampung Cina
3.Kampung Dasar Baru
4.Kampung Dasar Lama
5.Kampung Kabog
6.Kampung Kunak Darat
7.Kampung Kunak Jaya
8.Kampung Kunak Tiga
9.Kampung Lormalong
10.Kampung Madai
11.Kampung Ulu Madai

Mukim Pangi
1.Kampung Airport Bt. 10
2.Kampung Cenderawasih
3.Kampung Getah
4.Kampung Giram
5.Kampung Hampilan
6.Kampung Jaya Baru
7.Kampung Kadazan
8.Kampung Kansuri
9.Kampung Mostyn
10.Kampung Pangi
11.Kampung Pangi Hujung
12.Kampung Pengkalan
13.Kampung Sapang Air
14.Kampung Selamat
15.Kampung Skim Kokos
16.Kampung Sungai Atas
17.Kampung Sungai Langgas
18.Kampung Telaga Tujuh


Pentadbiran JKKK dan Ketua Kampung

Jumlah JKKK di kawasan D.U.N. N41 Kunak (kini N51 ekoran persempadanan baru berkuatkuasa pada tahun 2004) adalah sebanyak 74 buah iaitu 36 buah terletak di Daerah Kunak dan 38 buah terletak di daerah Semporna. Jumlah Ketua Kampong bagi Daerah Kunak ialah 18 orang.

Banci Penduduk Dan Perumahan Daerah Kunak Tahun 2000.
Di bawah adalah statistik Banci Penduduk dan Perumahan bagi daerah Kunak mengikut Banci Penduduk & Perumahan Malaysia tahun 2000:-

Tempat Kediaman;
Didiami = 5,372,
Kosong = 1,029,
Jumlah = 6,402
Dengan isi rumah berjumlah 5,568.

Penduduk (Hari Banci);
Lelaki = 13,641 orang,
Perempuan = 11,273 orang,
Jumlah = 24,907 orang.


Daerah Kunak mempunyai keluasan 438 batu persegi / 112386 hektar. Berada diantara Bandar Tawau dan Lahad Datu. Pada tahun 2005 penduduknya seramai 54,326 orang, Warganegara : 25, 179 orang dan Bukan warganegara : 29, 147 orang. Masyarakat Kunak terdiri daripada pelbagai suku kaum seperti Bajau, Bugis, Cina, Kadazan dan lain-lain.

INFRASTRUKTUR

KEMUDAHAN BEKALAN AIR
Pada keseluruhannya, kemudahan bekalan elektrik di Daerah Kunak adalah memuaskan. Ini adalah kerana seluruh daerah ini termasuk kawasan luar bandar dan kampong-kampong telah memperoleh bekalan elektrik.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat gangguan dan catuan di beberapa kawasan kerana bekalan tenaga yang disalurkan oleh stesen janakuasa SESB Kunak sudah tidak mencukupi dan tidak dapat menampung permintaan yang kian meningkat seiringan dengan pembangunan pesat di Daerah Kunak kebelakangan ini.

KAWASAN LUAR BANDAR / KAMPUNG-KAMPUNG YANG TELAH MENDAPAT KEMUDAHAN BEKALAN AIR SETAKAT 2004

1. Kampong Pangkalan
2. Kampong Jaya Baru
3. Kampong Getah
4. Kampong Bagiang
5. Kampong Selamat
6. Kampong Kunak Tiga
7. Kampong Kabog
8. Kampong Cendrawasih
9. Kampong Lormalong
10. Kampong Kunak Jaya


CADANGAN PELAN TINDAKAN UNTUK MENGATASI MASALAH AIR DI DAERAH KUNAK


RANCANGAN JANGKA PENDEK

1. CADANGAN MENGGUNAKAN SEMULA LOJI AIR LAMA
Sekiranya Loji Air Lama di Kg. Bagiang dapat digunakan semula, loji ini dapat membekalkan air bersih / dirawat sebanyak 0.5 juta liter sehari.

2. MENGGANTIKAN PAIP-PAIP LAMA
Dengan menggantikan paip-paip lama jenis A.C. ke MSCL terutamanya di kawasan-kawasan di mana kes kecurian air adalah tinggi.

3. MENAIKKAN TARAF SISTEM BACAAN METER KE SISTEM SPOT BILLING BERKOMPUTER
Dengan penggunaan sistem spot billing berkomputer, bacaan meter serta sistem penghantaran (delivery system) bil dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan tepat.

4. PROGRAM PEMOTONGAN PENYAMBUNGAN HARAM
Ini akan menggalakkan penyambungan secara sah di kalangan masyarakat.


RANCANGAN JANGKA PANJANG
1.CADANGAN UNTUK PEMBESARAN LOJI AIR KALUMPANG
Cadangan untuk pembesaran Loji Air Kalumpang telah dikemukakan semula dalam Rancangan Malaysia Ke 9. Projek ini dianggarkan memakan belanja sebanyak RM 29,860,000.00. Loji ini dijangka akan dapat membekal sebanyak 15 juta liter air sehari.


KEMUDAHAN PENDIDIKAN
Kemudahan pendidikan yang terdapat di Daerah Kunak adalah memuaskan. Setakat Bulan Jun 2004, terdapat sebanyak 15 buah Sekolah Rendah, 2 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), sebuah Sekolah Rendah Agama (SUIS) dan sebuah Sekolah Menengah Agama (SMUI) di Daerah ini. Jumlah murid di Sekolah Menengah Kebangsaan adalah seramai 2530 orang manakala jumlah murid di Sekolah Rendah (tidak termasuk SUIS) adalah seramai 5333 orang. Jumlah tenaga pengajar (Guru) di Sekolah Rendah adalah seramai 339 orang manakala di Sekolah Menengah seramai 136 orang.

INSTITUSI PENDIDIKAN DI DAERAH KUNAK
1. Sekolah Rendah : 15 buah
2. Sekolah Menengah Kebangsaan : 3 buah
3. Sekolah Rendah Agama (SUIS) : 1 buah
4. Sekolah Menengah Agama (SMUI) : 1 buah
5. Pra Sekolah : 7 buah
6. Tabika KEMAS : 2 buah
7. Sekolah Pendidikan Khas : 1 buah


PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN UNTUK PEMBANGUNAN DAERAH KUNAK
Negeri
1. Membina Jalan Tingkayu (40km gravel road) RM 15,700.000, Siap
2. Membina Jalan Sabahan 16km RM 7,420,000, Siap
3. Membina Jalan Sapang/Skim 10km RM 3,250,000, Siap

Persekutuan
1. Menaiktaraf Jalan Buyung Madai(3.8km seal road RM 1,985,151.23,Siap
2. Membaiki permukaan dan mengukuh Jalan L/Datu/Semporna/Kunak RM5,580,205.40 Siap
3. Kegagalan cerun di sepanjang jalan Tawau/Sandakan di Kunak(Design/Build) RM 6,980,000, Siap


Rangkaian Jalanraya Dan Jambatan Di Kunak

Rangkaian jalanraya di Daerah Kunak merangkumi jalanraya negeri dan persekutuan. Jumlah panjang jalan persekutuan ialah 45.96km manakala panjang jalan negeri ialah 134.9km. Jumlah rangkaian jalanraya yang berdaftar dengan Jabatan Kerja Raya ialah 180.85 KM. Daripada jumlah ini 77.87KM ialah jalan Tar 101.77 KM jalan gravel dan 1.21 KM jalan tanah merah. Dari segi jambatan pula ia boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu RC Deek. Sawn Timber Deek,Log Bride dan Low Level Crossing.


Bekalan Letrik (SESB)

Pada keseluruhannya bekalan letrik di Daerah KUnak adalah baik dan memuaskan. Bolehlah dikatakan 100% daripada kampung-kampung di Daerah ini sudah memperolehi bekalan letrik. Pada tahun 1997 dan tahun 1998, Lembaga Letrik Sabah pada masa itu telah melaksanakan 2 buah projek untuk menambah jumlah keperluan tenaga letrik di Kunak dengan tambahan tersebut bekalan letrik di Kunak dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk beberapa tahuna kan datang.

( I ) Kunak Power Station Extension (Siap Feb 1998)
- 2 x (620)KW Disel set
- 2 x 1250 KVA stepup Transformer & 11 KV
- Control Panel
Kos =RM 1,791,323

(II)Menambah Diesel Generating set )Siap Jan 1999)
- 1 x(620) KW Diesel Set
- Control Panel
- Civil Works
Kos = RM 676,982

Bekalan Letrik Kunak
Keupaaayaan dijana : 4100 KW
Jumlah tenaga dipakai (Peak) - 2365
Jumlah tenaga dipaaaakai (Low) - 1295
Jumlah pengguna (meter) - 2434
Unit dijana - 1,155,780 KWH
Industri - 35
(Rumah) Domestik - 2060
Kilang - 7
Street Light - 16
Data: SESB Sdn. Bhd Kunak

Pada 1998 dan 1999, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia melakukan konsep payung telah melaksanakan beberapa projek bekalan letrik luar bandar di Kunak iaitu dibeberapa kampung yang masih belum mendapat bekalan pada masa itu iaitu seperti di Kg. Airport Batu 10,Kg. Ladang Forest, Gading-Gading Lama/Sapang Air, Kg. Pekebun Kecil Sapang dan Kg Sri Wawasan dengan memakan jumlah kos sebanyak RM4,493,638.

Bekalan Letrik Luar Bandar - Jumlah RM 4,493,638.00
1. Airport Bt. 10 RM 978,000
2. Ladang Forest RM 463,810.40
3. Gading-Gading Lama/Sapang Air RM1,785,283
4. Pekebun Kecil Sapang/Asli Baru/Ulu Madai RM 962,071.70
5. Kg. Sri Wawasan Simpang Empat RM 304474.40

KEMUDAHAN KESIHATAN
Pada keseluruhannya kemudahan kesihatan di Daerah Kunak masih perlu dipertingkatkan. Di pekan ini terdapat Pusat Kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada penduduk kunak dengan khidmat seorang Doktor dan 42 orang kakitangan perubatan. Jumlah Purata pesakit luar meningkat hingga 250 hingga 300 orang sehari. Pada masa ini Pejabat Kesihatan Daerah dan Kuaters sedang dalam pembinaan dan dijangka siap dalam 3 tahun yang menelan kos sebanyak RM 16 Juta. Pada tahun 2001, difahamkan Hospital baru akan dibina dan dijangka siap dalam tempoh 3 tahun yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 43 juta. Bagi penduduk yang berkemampuan boleh mendapatkan khidmat rawatan di Klinik Swasta.


PERKHIDMATAN DAN PERNIAGAAN DI PEKAN KUNAK

1.Kedai Konkrit 107 buah
2.Pasar Ikan 1 buah (44 lot)
3.Pasar Umum 104 lot
4.Pasar Ayam 11 lot
5.Tamu Pekan 1 lot
6.Hotel 2 buah
7.Pelabuhan 1 buah
8.Taman Bunga 2 buah
9.Tandas Awam 3 buah
10.Dewan Masyarakat 1 buah
11.Panggung Wayang 1 buah
12.Pusat Hiburan Keluarga 1 buah
13.Kedai Papan sementara 38 buah
14.Bank / Finance 3 buah
15.Taman Perumahan 1 buah
16.Klinik Swasta 2 buah

Program PPRT di Daerah Kunak
Mengikut Banci PPRT yang dibuat pada tahun 2004, Daerah Kunak merekodkan sejumlah 697 Keluarga Isi Rumah Termiskin yang menerima pendapatan kurang dari RM345 sebulan.
Setakat akhir tahun 2004, pelbagai tindakan/projek socio-ekonomi secara bersepadu telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan untuk meningkat taraf hidup golongan ini.

Program Pembinaan Rumah Termiskin Daerah Kunak 1997,1998,1999
Tahun Rumah Dibina Rumah Dibaiki Kos (RM)
1997 31 14 226,100
1998 28 - 193,320
1999 70 - 486,500
2000 - - -
Jumlah 129 14 905,920

Program Ladang PPRT
Program ladang PPRT telah dirancang untuk dilaksanakan di Daerah Kunak. Tanah seluas 5540 ekar telah dikenalpasti di Ulu Tingkayu, di mana pihak Borneo Samudera, KPLBK, Pejabat Daerah Kunak, dan Jabatan Tanah dan Ukur telah bersetuju untuk menjadikan kawasa 5540 ekar ini sebagai Ladang PPRT. Bagaimanapun, setelah kajian lapangan dibuat, didapati tanah tersebut adalah terlalu curam, dan mungkin tidak sesuai dijadikan ladang sawit PPRT. Pejabat ini mencadangkan supaya tanah hutan simpan yang rata dan berdekatan dengan jalan besar diganti denga tanah Kerajaan yang curam dan tidak sesuai untuk pertanian untuk dijadikan Ladang PPRT di Kunak.

Pembangunan Ekonomi
Pertanian merupakan aktiviti utama bagi Daerah Kunak. Adalah dianggarkan 80,000 hektar kawasan tanah di Daerah Kunak sesuai untuk aktiviti pertanian. Adalah dianggarkan terdapat lebih kurang 120 estet (100 ekar ke atas) di Daerah Kunak.

Mengikut laporan dari Jabatan Pertanian, tanah seluas72,272.75 hektar telah ditanam dengan kelapa sawit, koko, kelapa, dan lain-lain tanaman kontan. Antara syarikat-syarikat besar (listed companies) yang mempunyai estet di Daerah ini adalah Golden Hope, IOI, Guthrie, Taiko dan Mycom. Kebanyakan syarikat besar ini berkecimpung dalam bidang penanaman kelapa sawit. Syarikat-syarikat ini memiliki lebih 70 peratus daripada tanaman kelapa sawit di Daerah Kunak

Kelapa Sawit Kelapa sawit merupakan tanaman utama bagi Daerah Kunak. Tanaman ini telah menjadi semakin penting pada hari ini dan keluasan tanaman juga semakin meningkat. Banyak syarikat besar telah menebang tanaman koko dan beralih ke tanaman kelapa sawit.

Mengikut laporan Jabatan Pertanian, kawasan seluas lebih kurang 58620.35 hektar tanah di Kunak telah ditanam dengan kelapa sawit. Walaupun jumlah luas kawasan kelapa sawit adalah besar, namun lebih 65 peratus adalah dimiliki oleh syarikat-syarikat besar (listed companies) dan hanya lebih kurang 35 peratus dimiliki secara persendirian dan pekebun-pekebun kecil. Pertambahan tanaman kelapa sawit di daerah ini menyokong perkembangan industri kelapa sawit. Pada masa ini terdapat 6 buah kilang minyak sawit mentah di Kunak seperti berikut :

a. Ladang Binuang - 1 buah
b. Ladang Giram - 1 buah
c. Ladang Mostyn - 1 buah
d. Ladang IOI - 1 buah
e. Borneo Samudera - 1 buah
f. Guthrie - 1 buah LADANG PEMILIK LUAS (HEKTAR)

Senarai Ladang landang Kelapa Sawit Di Daerah Kunak
1.Mostyn Golden Hope - 3,126 Hektar
2.Sungang Estate Golden Hope - 2,993 Hektar
3.Tingkayu Estate Golden Hope - 1,567 Hektar
4.Ladang Binuang Golden Hope - 3,233 Hektar
5.Tohun Sug Estate Golden Hope - 438 Hektar
6.Madai Estate Golden Hope - 259 Hektar
7.Ladang Baturong IOI - 6,965 Hektar
8.Ladang Sungai Tingkayu Mycom - 3,179 Hektar
9.Tingkayu Plantation S/B Mycom - 435 Hektar
10.Ladang Ulu Tingkayu Mycom - 2,911 Hektar
11.Sy Jeleta Bumi Baturong Guthrie - 180 Hektar
12.Sy. Jeleta Bumi Tingkayu Guthrie - 970 Hektar
13.Ladang Jatika Taiko - 2,154
14.Ladang Madai Borneo Samudera - 2,910 Hektar
15.Ladang Yayasan Tun Fuad Borneo Samudera - 2,017 Hektar


Penternakan

Industri penternakan bukanlah satu aktiviti utama bagi Daerah Kunak. Kebanyakan penternak hanyalah merupakan penternak sampingan dengan ternakan utama seperti ayam dan itik. Terdapat 4 ladang komersial (1000 ekor ke atas) yang mengusahakan ternakan ayam daging di daerah ini dan 5 orang yang mengusahakan ternakan itik antara 500 hingga 1000 ekor. Purata pengeluaran ayam dan itik adalah 1000 ekor sebulan. Pasaran utama daging ayam dan itik adalah di sekitar kawasan Tawau dan Lahad Datu.

Pelancongan

Sektor pelancongan bukanlah satu sektor yang aktif di Daerah Kunak, namun sektor ini mempunyai masa depan yang baik dan cerah. Beberapa tempat strategik seperti Gua Madai dan Air Terjun Madai dan beberapa buah pulau seperti Maganting dan Bohayan mempunyai tarikan tersendiri yang boleh menarik pelancong ke daerah ini. Mungkin sudah tiba masanya bagi STPC atau mana-mana agensi pelancongan swasta mempromosikan tempat-tempat ini.

Industri Sarang Burung
Industri memungut sarang burung merupakan satu aktiviti tradisi yang diusahakan oleh kaum Idahan sejak turun temurun. Sarang burung dipungut dua kali setahun (April dan Ogos) secara giliran mengikut keluarga dan dijual kepada para peniaga di sekitar Kunak.Walaupun industri ini dianggap secara kecil-kecilan, namun sebenarnya ia melibatkan pusingan wang berjuta-juta ringgit

Perhutanan
Industri perhutanan menjadi salah satu aktiviti penting pada masa dahulu. Bagaimanapun industri ini telah
kurang aktif pada hari ini disebabkan masalah kekurangan kayu balak di daerah ini. Menurut laporan Jabatan Perhutanan, keluasan hutan simpan di Daerah Kunak adalah lebih kurang 66,842 hektar.

1.Hutan Simpan Kalumpang VJR 107C, 950 hektar
2.Hutan Simpan Kalumpang VJR 107D, 1950 hektar
3.Hutan Simpan Kalumpang VJR 107E, 868 hektar
4.Hutan Simpan Madai Baturong VJR 107F, 2430.497 hektar
5.Hutan Simpan Madai Baturong VJR 107F, 3436.503 hektar
6.Hutan Simpan Pulau Tabawan, 625 hektar
7.Hutan Simpan Pulau Silumpat, 120 hektar
8.Hutan Simpan Pulau Bohayan, 162 hektar
9.Hutan Simpan Pulau Maganting, 66 hektar
10.Hutan Simpan Ulu Kalumpan Kelas 1, 51118 hektar
11.Hutan Simpan Bakau Kuala Tingkayu Klas V, 4745 hektar
12.Hutan Simpan Bakau Semporna Klas V, 371 hektar

Koko
Penanaman koko secara komersial telah bermula sejak tahun 1960an. Bagaimanapun tanaman koko tidak lagi dianggap tanaman penting pada hari ini. Banyak estet telah menebang pokok koko untuk diganti dengan tanaman kelapa sawit. Sebab utama yang mendorong kepada pengurangan tanaman koko adalah dari segi penjagaan di mana tanaman koko memerlukan tenga buruh yang ramai yang menyebabkan kos pemeliharaan meningkat. Pada hari ini, keluasan tanaman koko di Daerah Kunak adalah lebih kurang 11455.06 hektar sahaja dan kebanyakan daripada ladang koko dipunyai oleh individu dan pekebun-pekebun kecil. Hasil koko dijual ke Tawau dimana terdapat kilang memproses biji koko.

Perikanan
Perikanan merupakan salah satu aktiviti ekonomi harian yang penting bagi penduduk Daerah Kunak. Aktiviti menangkap ikan boleh dikatakan telah menjadi satu tradisi bagi penduduk Bumiputera tempatan yang kebanyakan menetap di pesisiran pantai. Mereka ini menjalankan kegiatan menangkap ikan untuk dijual di pasar untuk kehidupan harian. Jumlah pengeluaran yang dilaporkan di pasar harian daerah ialah 438 tan metrik (rekod Jabatan Perikanan). Jumlah nelayan yang direkodkan Jabatan Perikanan di daerah ini ialah lebih kurang 1200 orang. Manakala nelayan sambilan adalah 350 orang, jumlah bot yang ada di daerah ini adalah 254 buah. Selain dari nelayan tempatan, daerah ini juga mempunyai 2 buah syarikat iaitu Thai Chia Marine dan Lucky Ocean yang beroperasi secara komersial dalam industri perikanan. Kedua-dua syarikat ini mengusahakan kilang baja ikan secara komersial. Kedua-dua syarikat ini mempunyai kapasiti pengeluaran 9840 tan metrik setahun. Jumlah pengeluaran baja ikan pada Tahun 1997 dan 1998 adalah 4332 tan metrik. Kesemua baja ikan digunakan dalam negeri.Pengeluaran Hasil-Hasil Laut Daerah Kunak 1995 - 2000


Kilang Papan

Terdapat sejumlah 7 buah kilang papan yang berdaftar dengan Jabatan Perhutanan dan hanya 2 buah sahaja yang masih beroperasi.

Senarai Kilang Papan Di Daerah Kunak
1.Kilang Papan Salim/Lasano Lumberco (S) Sdn. Bhd. Kunak Jaya
2.Kilang Papan Sri Langgas Kunak Jaya
3.Kilang Kingswood S.B, Kunak Jaya
4.Kilang Papan Bitano,S.B. Sabahan
5.Kilang Mini H&L Enterprise, Tingkayu
6.Kilang Mini Kung Hing, Tingkayu
7.Kilang Papan Panasaan S.B, Sapang


PERHUBUNGAN

Kedudukan Geografinya yang terletak dipesisir laut dan kemudahan infrasruktur Jalanraya yang baik membolehkan Daerah ini atau Pekan Kunak di hubungi melalui jalan laut dan darat.

Rangkaian jalanraya di Daerah Kunak merangkumi jalanraya negeri dan persekutuan. Jumlah panjang jalan persekutuan ialah 45.96km manakala panjang jalan negeri ialah 134.9km. Jumlah rangkaian jalanraya yang berdaftar dengan Jabatan Kerja Raya ialah 180.85 KM Daripada jumlah ini 77.87KM ialah jalan Tar 101.77 KM jalan gravel dan 1.21 KM jalan tanah merah.

Daerah Kunak bersempadan dengan Tawau di selatan, Semporna di timur, Lahad Datu di utaranya dan
jarak dari bandar-bandar lain adalah seperti berikut;

Tawau - 82km
Semporna – 90km
Lahad Datu – 74km
Kota Kinabalu – 500km



STATISTIK PILIHANRAYA KE-13 DI KUNAK

P. 188 SILAM N.51 - KUNAK

NILWAN BIN KABANG BN - 5,083 MENANG
BEDU BIN KUDUSA PKR - 968

JUMLAH PEMILIH : 9,694
KERTAS UNDI DITOLAK : 225
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 6,283
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 7
PERATUSAN PENGUNDIAN : 64.81%
MAJORITI : 4,115




PENTADBIRAN DAERAH

Pendahuluan
Pejabat Daerah Kunak, yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Daerah Kecil, mula beroperasi pada Januari, 1965. Pembinaan bangunan pejabat ini siap dibina dalam pertengahan tahun 1964. Pada awal operasinya, pejabat ini diketuai seorang Ketua Kerani. Hanya pada Januari 1965 barulah seorang pegawai dari daerah Lahad Datu dihantar untuk mentadbirnya. Pada ketika itu, Penolong Pegawai Daerah dibantu oleh seramai empat orang kakitangan terdiri daripada seorang Ketua Kerani, seorang Kerani Am, seorang Peon dan seorang pemandu. Pejabat ini diletak di bawah pentadbiran Daerah Lahad Datu. Penolong Pegawai Daerah yang pertama bertugas selaku Ketua Pejabat di pejabat ini ialah Encik Thomas Koroh. Beliau bertugas dari Jan 1965 hingga November 1966. Pegawai-pegawai lain yang pernah bertugas di Pejabat Daerah Kecil, Kunak sebagai Penolong Pegawai Daerah adalah seperti berikut;-

* Encik Sanin Haji Pandin - Februari 1968 hingga November 1968
* Encik Yusof Yahya - November 1968 hingga Jun 1969
* Encik Rahim Musally - Julai 1969 hingga Januari 1970
* Encik Sapari Haji Amir - Januari 1970 (maaf tiada catatan yang jelas)
* Encik Sari Bin Suhut - 1970 hingga 1971 (maaf tiada catatan yang jelas)
* Encik Adenan Haji Yusuf - 1971 hingga Disember 1974
* Encik Uda Bin Sulai - Januari 1975 hingga September 1975
* Encik Musa Haji Nasir - September 1975 hingga November 1979
* Encik Arah Haji Mohammad Dara - Disember 1979 hingga Februari 1980
* Haji Habib Yussof Bin Habib Jaafar - Mac 1980 hingga Julai 1981

Naik Taraf Sebagai Pejabat Daerah:


Pejabat Daerah Kecil, Kunak dinaik taraf sebagai Pejabat Daerah pada 01 Julai 1981. Encik Salleh Bin Ajak merupakan orang yang pertama menyandang jawatan sebagai Pegawai Daerah Kunak. Pada 05 Oktober, 1983, bangunan pejabat ini diubahsuai untuk memenuhi keperluan sesuai dengan pertambahan anggota dan peralatan.

Senarai Pegawai-Pegawai Daerah;-

* Encik Salleh Bin Ajak - Ogos 1981 hingga September 1982
* Encik Mohammad Bin Zenin - September 1982 hingga Disember 1983
* Encik Louis Rampas - Januari 1984 hingga Januari 1987
* Encik Mohammad Yaacub Bin Abdul Hamid - Januari 1987 hingga November 1988
* Encik Suhaili Bin Riman - November 1988 hingga Januari 1993
* Encik Lnus Dani - Januari 1993 hingga Jun 1994
* Encik Elmin Bin Haji Kassim - Jun 1994 hingga Januari 1996
* Encik Ahmad Bin Samsuri - Januari 1996 hingga Januari 1998
* Encik Wong Foo Tin - Januari 1998 hingga 10 Februari 2003
* Encik Kamlun Bin Haji Pasal - 11 Februari 2003 sehingga sekarang

Senarai Penolong-Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran);-

* Encik Abdul Samad Bin Salleh - Oktober 1981 hingga April 1988
* Haji Alimardan Bin Mohd. Tahir - April 1988 hingga November 1991
* Encik Edwin Bolingin - November 1998 hingga September 1998
* Encik Bahri Haji Yunus - September 1998 hingga sekarang

Jawatan Penolong Pegawai Daerah (Luar Bandan/Pembangunan)

Pentadbiran Pejabat Daerah Kunak dinaiktarap dengan pertambahan satu lagi jawatan Penolong Pegawai Daerah (Luar Bandar/Pemangunan) pada Julai 1985. Dengan pertambahan ini, Pegawai Daerah Kunak dibantu oleh dua orang Penolong Pegawai Daerah. Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) diletak di Bahagian Pentadbiran manakala Penolong Pegawai Daerah (Luar Bandar/Pembangunan) diletak di Bahagian Pembangunan.

Senarai Penolong-Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan);-

* Encik Awang Bin Selamat - Julai 1985 hingga Disember 1991
* Encik Abdullah Bin Sukimin - Januari 1992 hingga November 1993
* Encik Yusof Bin Haji Osman - November 1993 hingga Oktober 1995
* Encik Mohd. Salim Bin Gabot - Oktober 1995 hingga April 2002
* Encik Hussin Bin Ibrahim - 01 Mei 2002 hingga sekarang


PROJEK-PROJEK SEDANG DILAKSANA DAN PROJEK MASA DEPAN


Beberapa projek telah dirancang untuk dilaksanakan pada masa akan datang. Projek-projek ini termasuklah projek Persekutuan dan Negeri yang mana akan memberi faedah kepada Daerah Kunak.

1. Pembinaan Hospital Daerah Kunak
Pada Tahun 1999, upacara pecah tanah telah diadakan oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia di Kg. Selamat. Tanah seluas 30 ekar telah diambil oleh Kerajaan. Projek telah dimulakan pada Julai, 2001 dengan anggaran kos RM 43 juta dan dijangka siap dalam masa 2 tahun. Pembinaan projek ini sedang giat dijalankan dan kini berada ditahap 50% setakat suku tahun kedua 2003.

2. Pembinaan Semporna – Kunak Coastal Highway
Projek ini telah dimulakan pada Julai, 2001 dengan anggaran kos RM160 juta sepanjang 43km. Projek ini dijangka siap dalam tempoh 2 tahun. Pembinaan projek ini sedang giat dijalankan dan kini berada ditahap 45% setakat suku tahun kedua 2003.

3. Pembinaan Pasar Umum Di Pekan Kunak
Projek ini telah diluluskan pada dasarnya oleh Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan pada mesyuarat anggaran 1999. Projek ini dicadangkan di kawasan tapak di pinggir pantai dengan kos RM3.5 juta. Perancangan untuk memulakan projek ini dalam tahun 2001 tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

4. Pembinaan Bangunan Mini Urusetia Daerah Kunak Di Tanah Seluas 50 ekar
Masih dalam proses pengurusan dan pertimbangan pihak kementerian berkaitan.

5. Pembinaan Jeti Pendaratan Ikan
Masih dalam proses pengurusan dan pertimbangan pihak kementerian berkaitan.

6. Pembinaan Kompleks Memproses Ikan
Masih dalam proses pengurusan dan pertimbangan pihak kementerian berkaitan

7. Pembinaan 180 Unit Rumah Kos Rendah Dan 6 Unit Kedai Di Simpang Empat, Kunak.
Perancangan pihak LPPB untuk memulakan perojek ini dalam tahun 2001 tergendala dan hanya dapat dimulakan pada suku tahun keempat 2002. Penimbusan dan meratakan tapak sedang giat dijalankan setakat suku tahun kedua 2003.

8. Pembinaan Bangunan Mini Sekretariat Di Tapak Pejabat Daerah
Projek ini mula dibina pada 07 Disember, 2000 dan siap sepenuhnya pada 26 Julai, 2002.

9. Pembinaan Kilang Ais.
Projek ini masih dalam peringkat perancangan


Jabatan Kerajan Dan Agensi Di Kunak

1. Kunak District Office
2. Kunak District Council
3. Royal Malaysian Police
4. Public Works Department
5. Agriculture Department
6. Forestry Department
7. Education Department
8. Health Department
9. Medical Department
10.Fisheries Department
11.Veternery Services Department
12.Information Department
13.Registration Department
14.Water Department
15.Treasury Department
16.Social Welfare Department
17.State Youth And Sport Ministry
18.State Islamic Affairs Department
19.State Library
20.Labour Department
21.Sabah Electricty Sdn. Bhd.
22.Telekom Malaysia
23.Malaysian Postal Services
24.RELA
25.Pertubuhan Peladang
26.Yayasan Usaha Maju
27.Koperasi Pembangunan Desa
28.Ko- Nelayan


"Sumber diperoleh daripada Majlis Daerah Kunak, Jabatan Bomba Kunak dan Hospital Kunak"